Laman web Ahli Parlimen PAS dilancarkan                                   
              Abdul Aziz Mustafa      
         Wed | Nov 21, 07 |  1:08:51 pm MYT                        KUALA 
LUMPUR, 21 Nov (Hrkh) - Dengan kandungan yang padat dan terkini serta reka 
bentuk yang ringkas tetapi lebih menarik, laman web yang khusus untuk ahli-ahli 
Parlimen PAS dilancarkan baru-baru ini. -->

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


-->
Boleh dilayari di alamat www.mppas.com, tampilan utama laman web tersebut ialah 
video persidangan yang dikemaskinikan.

  
Untuk mengetahui siaran dua video dalam laman web berkenaan, para pengunjung 
dikemaskinikan dengan jadual siarannya.

  
Laman web itu juga menyiarkan aturcara persidangan Parlimen yang terkini.

  
Selain itu, laman web tersebut juga memuatkan berita-berita pilihan terutama 
yang melibatkan para pemimpin dan ahli-ahli Parlimen PAS, berita-berita 
terbaru, undian, forum dan pelbagai imej menarik.

 
Pengendali laman web tersebut, Wan Johari Wan Omar, menjemput semua pihak 
memeriahkan lagi undian dan forum dalam laman web tersebut.

 
"Apa yang lebih penting ialah penglibatan para pengunjung dalam ruangan forum 
yang disediakan kerana idea-idea yang bernas dan berasas besar kemungkinan akan 
menjadi bahan rujukan ahli-ahli Parlimen PAS untuk membolehkan mereka mengambil 
bahagian dengan lebih efektif di dalam Dewan Rakyat."

 
"Sebab itulah, saya amat berharap semua yang mengunjungi laman web tersebut 
menyumbangkan idea-idea bernas mereka dalam ruangan forum yang disediakan," 
kata beliau yang juga penyelaras ahli-ahli Parlimen PAS di Pejabat Agung PAS.

 
Walaupun begitu, laman web tersebut adalah usaha persendirian Wan Johari 
sendiri dan sebahagian kos pengendaliannya adalah hasil sumbangan ahli-ahli 
Parlimen PAS yang bersimpati.

 
Bagi meningkatkan lagi mutu persembahan laman web tersebut, beliau 
mengalu-alukan sumbangan dari mereka yang bersimpati.

   
"Saya tidak mampu mengendalikan laman web ini bersendirian dan terpaksa 
mengeluarkan perbelanjaan terutama dalam soal-soal teknikal. Oleh kerana 
perbelanjaannya agak tinggi, saya mengalu-alukan sumbangan dari mereka yang 
bersimpati," katanya.-->  

    Klik untuk Sumbangan Dana Pembaca HarakahDaily.Net.

*****.*.*****

Sila klik pada tajuk di bawah untuk melihat dan mendengar rakaman di Dewan 
Rakyat, atau terus ke laman web di MPPAS

Dato’ Kamarudin minta kerajaan jelaskan kedudukan undang-undang sivil dan 
syariah kini
Abdul Fatah minta kerajaan tidak politikkan peranan JPP di Kelantan
Dato Halim: Jangan ada diskriminasi dalam pembahagian baja

Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/

Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better sports nut! Let your teams follow you with Yahoo Mobile. Try it now.

Kirim email ke