Roslan SMS Corner
Kerjaaan Negeri Selangor bawah Khir Toyo gagal

Negara kita dijangka mencapai status Negeri Maju pada tahun 2020, 
sekurang-kurangnya itulah impian kerajaan BN sejak zaman Tun Dr Mahathir lagi. 
Di Malaysia walaubagaimanapun sebuah negeri telah pun mengisytiharkan negerinya 
maju iaitu 15 tahun sebelum Malaysia sendiri mencapai status itu. Negeri 
tersebut adalah Selangor yang MB nya Khir Toyo, telah isytiharkan sebagai 
sebuah Negeri Maju pada tahun 2005 lalu.

Apakah pengisytiharan itu benar-benar mencerminkan kedaan rakyat di negeri itu 
atau sekadar retorik politik, jawapannya hanya rakyat di negeri itu yang lebih 
arif untuk menilainya.

Semalam akhbar NST telah memberikan liputan satu muka buat MB Selangor Khir 
Toyo. Dalam wawancara itu Khir dengan bangganya menyatakan bahawa dalam satu 
kajian yang dibuat oleh BN negeri sebanyak 70 peratus rakyat di Selangor 
berjanji akan terus menyokong BN dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Ringkasnya segala-galanya OK di Selangor, dan beliau selaku MB telah 
memperkenal dan melaksanakan banyak langkah-langkah yang kini menurut 
pemerhatiannya telah memuaskan hati rakyat di negeri tersebut. Adapun yang tak 
berpuas hati kata beliau hanya tertumpu di satu kawasan parlimen iaitu Petaling 
Jaya Utara (anehnya kerusi Parlimen dan dua DUN di sini dimiliki BN), dimana 
pengundinya majoriti Cina.

Wawancara Khir itu dimuatkan pada muka 13 tetapi dimuka 12 penulis NST Abdul 
Razak Ahmad pula membuat liputan berkenaan kajian sebuah badan bebas iaitu 
Merdeka Centre berkenaan keadaan di negeri Selangor. Ternyata apa yang Khir 
sebutkan di muka 14 itu lebih indah khabar dari rupa, kerana kajian yang badan 
ini lakukan menerbitkan hasil yang agak berbeza.

Salah satu soalan yang diajukan dalam kajian tersebut berbunyi: Sejauh manakah 
anda berpuas hati atau tidak berpuas hati dengan cara kerajaan (Selangor) 
menguruskan ekonomi negeri? Jawapannya:

50% Berpuas hati
43% Tidak berpuas hati
(Dengan 7% tidak tahu)

Ini bermakna hanya separuh sahaja rakyat yang berpuas hati dengan Khir Toyo 
manakala selebihnya tidak! Dan pecahan pandangan tadi menurut kaum menunjukkan 
58% kaum Cina tidak berpuas hati diikuti 44% kaum India dan 32% Melayu.

Satu lagi soalan yang menarik dari kajian itu adalah: Bagaimanakah anda 
menghadapi kesan kenaikkan kos hidup? Jawapannya:

55% Mampu hadapi
44% Tidak mampu hadapi
(Dengan 1% tidak tahu)

Bagi saya Khir tidak boleh langsung berbangga sekiranya 44% rakyatnya tidak 
mampu menghadapi kesan kenaikkan kos hidup yang semakin kronik hari ini. Dan 
pecahan pandangan tadi menurut kamum menunjukkan 51% kaum India tidak mampu 
hadapi kesan kenaikkan kos hidup ini diikuti 44% Melayu dan 40% Cina.

Dan akhirnya soalan yang paling menarik itu dilihat hasil kajiannya adalah: 
Bagaimanakah berleluasanya rasuah pada pandangan anda diperingkat kerajaan 
tempatan? Jawapannya:

54% Tidak serius
26% Serius
(Dengan 19% tidak tahu)

Yang menariknya di sini adalah keputusannya menurut pecahan kaum. 63% 
masyarakat Cina mengatakan masalah rasuah ini serius, diikuti 51% Melayu dan 
44% India. Ini menunjukkan penyakit rasuah terus-menerus membarah dalam 
kerajaan negeri di Selangor.

Adakah hasil kajian ini benar-benar mencerminkan denyut nadi dan jantung rakyat 
di Selangor atau mungkinkah realitinya lebih parah lagi? Jika beginilah 
keadaannya maka memang berasaslah anggapan bekas Menteri Kewangan Tun Daim 
Zainuddin bahawa Selangor adalah salah sebuah negeri yang dikiran ”Hotspot” 
bagi BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Kalau tanya Khir: Ahhh semuanya OK!

*****.*.*****

Screenshots
61%? Abdullah's approval rating plunged to all-time low                         
                                                           Screenshots was told 
that PM Abdullah Badawi's approval rating after the Hindraf Rally has plunged 
to the all-time low of 61%.


  The results have emerged in the latest Merdeka Centre poll survey, conducted 
nationwide with a skew towards Klang Valley sampling, which will be released 
soon.


  It is noted that Abdullah's approval ratings have been hovering in the mid 
70's, except for the two occasions when he came under Dr Mahathir's severe 
criticism in the last two years, dropping to around 64% at the trough.


  Let's see how the mainstream media spin this.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke