PATANI-DARUSSALAM: - 26 oktober,- Beribu-ribu orang Melayu Patani mengada kan tujuk 
persaan dihadapan pejabat daerah Taba, wilayah Menara hari ini ( Isnin 25/10), 
sekurang-kurangnya 6 petujuk perasaan gugur syahid dan beratus-ratus cedera apabila 
pihak askar penceroboh Thai bertindak ganas melepaskan tembokan dengan senjata berat 
kearah mereka. 
Maksud tunjuk perasaan itu hanya mendesak supaya 6 sukarilawan (OSO) yang dituduh 
menjual senjata kepada pejuang kemerdekaan Patani, sedangkan senjata itu diberikan 
oleh penceroboh untuk memerangi pejuang. 

Lebih 400 penunjuk perasaan lagi, kebanyakannya belia, ditahan dan dibawa ke kem 
tentera Inkayut Borikan, Patani manakala pihak pencerobok Thai segera mengenakan 
perintah berkurung mulai pukul 10 malam hingga 6 pagi. 
Pertempuran bermula kira-kira jam 2 petang waktu tempatan itu berlaku di luar sebuah 
balai polis di Tabar. 
Kejadian itu adalah yang terburuk di Patani, selepas peristiwa berdarah di Masjid 
Kerisik di Patani pada 28 April lalu yang menyebabkan 32 orang Jamaat tabligh yang 
keluar berdakwah gugur syahid. 
Dalam kejadian hari ini saksi-saksi berkata, sebaik sahaja askar-askar mara, dan 
melepaskan tembakan kearah penujuk perasaan, manakala penunjuk perasaan melemparkan 
batu kearah tentera penceroboh Thai. 
Pihak penceroboh Thai pula berkata, kira-kira 20 penunjuk perasaan dan 10 askar serta 
polis cedera sewaktu pertempuran mula meletus dengan batu-batu dilemparkan. 

Televisyen penceroboh melaporkan, lebih 400 penunjuk perasaan ditahan dan dibawa ke 
berek askar untuk disoal siasat berhubung peristiwa terbaru itu. 

Siaran televisyen itu juga menyiarkan imej askar-askar penujuk perasaan melepaskan 
penyembur air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan beribu-ribu penunjuk perasaan yang 
berhimpun di balai polis Tabar sejak awal pagi. 

Tunjuk perasaan dilancarkan oleh penduduk kampung hari ini bagi mendesak pihak 
berkuasa membebaskan enam sukarelawan (OSO) yang ditangkap polis, minggu lalu. 
Polis penceroboh Siam menahan mereka atas tuduhan menjual senjata kepada pejuang 
kemerdekaan Patani, 
Bagaimanapun, sukarelawan itu mendakwa, senapang mereka hilang dicuri orang. 
Sebelum kejadian berdarah di Patani April lepas, pejuang kemerdekaan Patani menyerang 
beberapa balai polis dan pos tentera di wilayah Patani, Jala dan Senggora. 
Komander Tentera penceroboh Thai Wilayah Selatan, Pisan Wattanwonngkeree, pada satu 
sidang media hari ini berkata: ``Saya arahkan mereka bersurai. Mereka mempunyai 
senjata. Para pemberita boleh melihat mereka menggunakan senjata untuk bertempur 
dengan pegawai-pegawai keselamatan.'' 

Sementara itu, Perdana Menteri penceroboh Thailand, Thaksin Shinawatra yang melakukan 
lawatan mengejut ke tempat kejadian berkata: ``Saya mahu memberi tahu masyakat Melayu 
bahawa saya tahu apa yang berlaku di Patani dan saya tidak akan membenarkan pihak 
berkuasa menganggu orang awam. 
``Bagaimanapun apabila pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang, mereka perlu 
menghormatinya.'' 
Menurut beliau, kunjungannya itu untuk melihat sendiri tempat berlakunya pertempuran 
itu dan untuk memberi sokongan moral kepada pihak berkuasa. 
pergolakan di Patani mula meletus pada Januari lalu apabila sekumpulan bersenjata 
menyerbu sebuah kem tentera dan membunuh empat askar sebelum merampaskan beratus-ratus 
laras senjata termasuk raifal M 16. 
Sejak itu, pergolakan terus menjadi-jadi dengan lebih 465 orang terkorban dalam 
pergolakan yang berlaku di empat wilayah iaitu Patani, Jala, Menara dan Senggora, yang 
didiami oleh masyarakat Melayu, Patani adalah sebuah negara yang pernah berdaulat 
sebelum ditakluk oleh penceroboh Thailand. 
Masyarakat Melayu Patani sebelum ini mendakwa mereka menjadi mangsa diskriminasi oleh 
penalukan Siam khususnya dari segi pendidikan dan pekerjaan. 

Manakala Thaksin pula berpura-pura memberi perhatian terhadap masalah ini katanya 
beliau sendiri `turun padang' untuk berjumpa dengan masyarakat Melayu bagi mencari 
jalan perdamaian. 
Para pegawai penceroboh Thailand turut mengadakan perbincangan dengan pemimpin pejuang 
pembebasan Patani dalam usaha menamatkan sengketa di wilayah tersebut. - UPM/AP 



Roslee bin Kartawi
Mobile: 6-016-3162141
Tel: 6-03-21424768
 
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) 
kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan 
untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (An-Nur:35)




 Yahoo! Mobile
- Download the latest ringtones, games, and more!

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar.
Now with Pop-Up Blocker. Get it for free!
http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/IotolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

PENTING..!

attachment akan dihapus & tidak diteruskan kepada seluruh member.

dilarang beriklan. pelanggaran atas peraturan ini akan dikenai sanksi berupa 
pencabutan membership.

terutama bagi pengguna ms outlook/outlook express, dihimbau untuk selalu mengupdate 
antivirusnya.
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/kisunda/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke