kang GUN, ieu aya artikel ihwal MUSLIM THAILAND. mudah-mudahan bisa memberikan gambaran, kana naon anu kajadian anyar-anyar ieu.
salam, mh ========= UTUSAN. 30 Oktober 2004 15 `lesap' selepas dibunuh -- Pelajar nampak rakan ditembak, mayat dilarikan komando Thailand Daripada: ZULKIFLEE BAKAR CHA AI RONG, Narathiwat 29 Okt. - Penduduk mendakwa tentera Thailand menembak mati 15 pelajar pondok pengajian agama yang dikatakan menjadi perancang utama tunjuk perasaan di depan Balai Polis Tak Bai, di sini Isnin lalu. Seorang pelajar pondok yang terselamat berkata: ``Apabila tembakan berhenti, saya melihat unit komando tentera Thailand dengan pantas menyeret semua 15 mayat rakan saya dan menghumbankan ke dalam empat kenderaan jenis pikap. ``Keempat-empat kenderaan itu yang ditutup dengan kanvas bergerak laju meninggalkan tempat kejadian manakala jurugambar dihalang merakamkan gambar oleh unit komando tersebut.'' Perbuatan kejam itu diceritakan oleh Muhamad Zahar Hussaini, 32, yang terselamat setelah segera meniarap dan merangkak untuk melepaskan diri. Sehingga hari ini kaum keluarga pelajar terbabit tidak mengetahui di mana jenazah mereka disembunyikan tetapi yang pasti nama mereka tidak termasuk dalam 84 orang yang diisytiharkan terbunuh dalam tragedi berdarah itu. Selepas menembak mati 15 pelajar tersebut yang tidak pun bersenjata, saksi itu mendakwa tentera melepaskan pula tembakan tanpa henti selama 10 minit ke arah kira-kira 2,000 penunjuk perasaan dan orang ramai di situ. ``Sasaran utama mereka ialah hampir 500 pelajar pondok pengajian agama yang terlibat dalam tunjuk perasaan berkenaan, saya percaya jumlah yang mati adalah tinggi,'' katanya ketika ditemui di sebuah kampung di sini hari ini. Muhamad Zahar berkata, ketika kejadian, dia bersama 15 orang rakan menjadi peneraju kepada barisan depan tunjuk perasaan tersebut. Katanya, mereka berada betul-betul di hadapan Balai Polis Tak Bai yang dikawal oleh hampir 300 anggota tentera dan polis yang berselindung di sebalik tembok. ``Mereka menghalakan senjata ke arah kami seolah-olah kami mempunyai senjata api dan secara tiba-tiba kami terdengar tembakan dan saya melihat kawan-kawan saya rebah. ``Tembakan tersebut dilepaskan secara serentak dan dituju tepat ke arah kepala dan dada rakan-rakan saya,'' katanya. Dia yakin pihak tentera memang sejak awal lagi merancang untuk menembak mati semua 15 rakannya itu, walaupun perundingan terus dijalankan untuk membolehkan perhimpunan itu berlangsung dalam keadaan aman. ``Ini kerana dua jam sebelum ditembak, anggota tentera merakamkan dengan video wajah-wajah barisan depan yang menerajui tunjuk perasaan tersebut termasuk wajah saya. ``Sebaik rakaman itu selesai, saya melihat pegawai berkenaan membawa rakaman tersebut ke dalam balai polis dan ia disusuli dengan pembunuhan 15 rakan saya,'' katanya. Menurut beliau, kesemua pelajar terlibat menyertai tunjuk perasaan itu secara sukarela demi untuk menyelamatkan enam guru agama yang ditahan. ``Kami datang dari seluruh wilayah selatan terutamanya dari daerah ini dan matlamat kami ke Tak Bai adalah untuk menyelesaikan masalah itu secara baik,'' katanya. Sebelum tiba di Tak Bai, kata beliau, kesemua mereka yang menaiki motosikal dan kereta berkumpul di sebuah masjid di Bacho. ``Selepas menunaikan solat Subuh dan berdoa memohon pertolongan Allah, kami bergerak ke tempat kejadian, niat kami hanya satu untuk membebaskan enam guru agama itu tanpa sebarang kekerasan. ``Malah kami diberi ingatan berkali-kali oleh saudara yang lebih tua supaya tidak melakukan tindakan ganas dan menyelesaikan masalah yang terjadi secara aman,'' katanya. Ditanya kenapa mereka begitu beria-ria benar untuk menyelamatkan enam guru berkenaan, Muhamad Zahar berkata, ini bukanlah kali pertama pihak berkuasa Thailand menangkap guru agama tanpa memberi sebarang alasan. ``Sudah banyak kali ia berlaku, malah ada di antara mereka hilang begitu sahaja, kami tidak mahu ia terjadi kepada enam guru tersebut,'' katanya. Muhamad Zahar menjelaskan, mereka tidak membawa sebarang senjata dan bom tangan ketika menghadiri tunjuk perasaan itu seperti mana didakwa oleh pihak tentera. ``Kami pergi dengan tangan kosong, kalau benar kami ada bom tangan buat apa kami lontar batu kepada tentera lebih baik kami lontar sahaja bom tersebut. ``Begitu juga dengan parang, adalah tidak munasabah kalau kami membawa senjata yang berkarat untuk bertempur seperti mana ditunjukkan oleh pihak tentera kepada media,'' katanya. Beliau menegaskan, adalah tidak munasabah untuk mereka membuang bom berkenaan ke dalam Sungai Tak Bai yang terletak kira-kira 100 meter dari penunjuk perasaan. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> $9.95 domain names from Yahoo!. Register anything. http://us.click.yahoo.com/J8kdrA/y20IAA/yQLSAA/IotolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> PENTING..! attachment akan dihapus & tidak diteruskan kepada seluruh member. dilarang beriklan. pelanggaran atas peraturan ini akan dikenai sanksi berupa pencabutan membership. terutama bagi pengguna ms outlook/outlook express, dihimbau untuk selalu mengupdate antivirusnya. Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/kisunda/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
