Pembantu rumah di Arab Saudi - Rezeki dicari derita melanda
TANPA maya, Nur Miyati kini terlantar di katil hospital dengan tangan berbalut,
jari-jari kakinya hitam kerana gangren dan parut masih jelas kelihatan pada
tubuhnya. Dengan suara parau, wanita berusia 22 tahun itu menceritakan kisah
penderitaannya. Dosa wanita ini hanyalah meminta gajinya, lalu dia dipukul dan
dikurung di dalam rumah.
Nur Miyati sudah dalam keadaan tenat apabila majikan itu membawanya ke sebuah
hospital di Riyadh. Majikan lelakinya sempat memberi amaran kepada jururawat
supaya melaporkan bahawa wanita itu cedera kerana terjatuh.
Kini para doktor pula bimbang terpaksa memotong sebahagian daripada kaki wanita
malang itu.
Laporan perubatan yang tergantung di atas katil hospitalnya menyebut,
``Serangan gangren di kaki dan tangan.'' Namun dengan mata kasar dapat dilihat
kesan lebam pada sekeliling mata, bibir, bahu, telinga dan luka pada salah satu
kakinya.
Penghidupan
Nur Miyati sama seperti beratus-ratus ribu warga Indonesia lain yang
meninggalkan kampung halaman untuk mencari penghidupan baru di Arab Saudi.
Mereka membentuk sebahagian daripada komuniti pekerja asing yang kini berjumlah
6 juta orang, termasuk dari India, Filipina, Pakistan dan Bangladesh.
Para pegawai Arab Saudi pula menyifatkan kejadian penderaan tersebut sebagai
kes terpencil dan siasatan penuh akan dijalankan. Para diplomat Indonesia dalam
reaksinya memberitahu, pihaknya menerima di antara 10 hingga 15 aduan setiap
hari mengenai layanan buruk, tidak membayar gaji dan serangan seksual.
Empat hari selepas dimasukkan ke hospital, Nur Miyati ternyata masih lemah
untuk menjelaskan apa yang sebenarnya telah berlaku. Tetapi para petugas
perubatan dan diplomat telah berjaya mengumpul sedikit demi sedikit cerita yang
melingkungi dirinya.
Wanita yang berasal dari Pulau Sumbawa itu telah bekerja selama lapan bulan
dengan gaji sebanyak RM608 sebulan. Malangnya dia tidak pernah menerima gaji
untuk tempoh tersebut.
``Semuanya bermula apabila dia bertanyakan tentang gajinya,'' kata Mohamad
Sugiarto, atase buruh di Kedutaan Indonesia di Riyadh.
``Bukan sekadar suami, malah isterinya turut mendera.''
Menurut jururawat yang merawat Nur Miyati, wanita itu mengalami gangren di
tangan dan kaki yang berpunca daripada luka dan lebam. Bagaimanapun apabila
gangren itu mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, majikannya mengarahkan
dia tidur di bilik air yang terletak di luar rumah dan mengurungnya tatkala
keluarga majikannya keluar.
Mohamad memberitahu sepanjang tahun lalu pihaknya mendapat 4,582 aduan daripada
pembantu rumah warga Indonesia di Arab Saudi. Hampir suku daripadanya adalah
aduan tidak dibayar gaji. Lebih 800 lagi berkaitan `seksaan dan layanan buruk'
sementara 400 mangsa mengalami serangan seksual.
Bagaimanapun angka tersebut secara relatifnya masih rendah kerana ia kurang
daripada satu peratus daripada jumlah keseluruhan 600,000 pembantu rumah negara
itu di Arab Saudi.
``Saya berharap pembantu rumah yang lain mendapat layanan yang baik. Kami tidak
tahu kes lain yang mungkin melarikan diri,'' tambahnya.
Sebuah badan hak asasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Human Right
Watch dalam laporannya Julai lalu menyatakan terdapat di kalangan tenaga kerja
asing di Arab Saudi bekerja dalam situasi sebagai hamba dan begitu bimbang
dengan keadaan tenaga kerja wanita.
Pertubuhan itu meletakkan kesalahan terhadap situasi yang berlaku ke atas
majikan persendirian, penaja dan pihak berkuasa kerana membiarkan berlakunya
eksploitasi tenaga kerja yang melampaui batas.
Namun laporan itu disanggah oleh pihak berkuasa Arab Saudi dengan menyatakan
bahawa ia sengaja diperbesar-besarkan.
Badan pelaksana
Keganasan terhadap tenaga kerja biasanya akan dirujuk kepada jawatankuasa
buruh, sebagai badan pelaksana undang-undang pekerjaan dan para pegawai
berkata, jawatankuasa itu telah menyiasat lebih 7,000 aduan sepanjang tahun
2003.
``Kami memandang serius perkara itu,'' kata Menteri Buruh, Ghazi Algosaibi.
Mohamad Sugiarto berkata, satu daripada kes yang diuruskannya melibatkan
seorang pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Jeddah. Wanita itu telah
dirogol dan dipukul sehingga mati dan majikannya sekadar membayar ganti rugi
sebanyak 140 juta rupiah (RM57,000).
``Kes seperti ini tidak pernah sampai di mahkamah, termasuk kesalahan membunuh.
Mereka selesaikan kes itu dengan wang,'' katanya.
Di bawah undang-undang syariah yang diamalkan di Arab Saudi, keluarga mangsa
boleh memaafkan pesalah dan menukarkan hukuman dengan wang pampasan biasanya
untuk hukuman seperti pancung di di khalayak kerana kesalahan bunuh atau rogol.
``Jika seseorang dilayan dengan buruk dan mati, majikannya akan datang terus ke
Indonesia untuk mendapatkan surat pengampunan dari keluarga.
``Sekiranya wanita, mereka bayar RM49,400 sementara lelaki RM98,800. Nilai itu
juga digunakan untuk warga India, Filipina dan Indonesia,'' jelas beliau.
Menurut Mohamad Sugiarto lagi, Indonesia telah mengenakan sekatan pada Mac lalu
untuk penghantaran tenaga kerja ke Arab Saudi, Kuwait, Jordan, Oman dan
Emiriyah Arab Bersatu sehinggalah negara-negara tersebut membaiki skim
perlindungan kepada warganya yang mencari rezeki di sana. - Reuters
Roslee bin Kartawi
Mobile: 6-016-3162141
Tel: 6-03-21424768
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan
peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai
misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu. (An-Nur:35)
Yahoo! Messenger
- Log on with your mobile phone!
[Non-text portions of this message have been removed]
PENTING..!
attachment akan dihapus & tidak diteruskan kepada seluruh member.
dilarang beriklan. pelanggaran atas peraturan ini akan dikenai sanksi berupa
pencabutan membership.
terutama bagi pengguna ms outlook/outlook express, dihimbau untuk selalu
mengupdate antivirusnya.
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/kisunda/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/