Isteri PM Endon Mahmood meninggal dunia

KUALA LUMPUR 20 Okt - Isteri Perdana Menteri Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datin Seri Endon Mahmood
meninggal dunia di kediaman rasminya Seri Perdana di
Putrajaya jam 7.55 pagi ini setelah beberapa tahun
bertarung dengan kanser payu dara.

Allahyarham Endon, 64, menghembus nafas terakhir
kira-kira 18 hari selepas kembali daripada menjalani
rawatan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak.

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan orang ramai boleh
menziarahi jenazah Allahyarham untuk memberi
penghormatan terakhir di Seri Perdana mulai jam 11
pagi melalui pintu utama kediaman rasmi itu.

Jenazah Allahyarham kemudian akan dibawa ke Masjid
Putrajaya untuk disembahyangkan pada waktu Asar,
sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di
Precint 20, Putrajaya.

Abdullah bersama-sama dua anaknya, Kamaluddin dan
Nori, menantu Azrene Abdullah dan Khairy Jamaluddin
serta empat cucu, anak kepada Kamaluddin berada di
sisi Allahyarham ketika beliau menghembus nafas
terakhirnya.

Ibu Allahyarham, Datin Mariam Abdullah juga berada di
sisinya.

Berita kematian Endon, ketika orang ramai hendak
memulakan urusan harian, mengejutkan negara yang
kemudiannya diselubungi dengan suasana duka cita.

Cuaca di Lembah Klang, termasuk di Putrajaya mendung
seolah-olah turut merasai pemergian beliau ke
rahmatullah.

Orang kenamaan, wakil-wakil negara asing mula
menziarahi jenazah Allahyarham di Seri Perdana pada
pukul 9.30 pagi.

Antara yang tiba awal ialah Menteri Luar Datuk Seri
Syed Hamid Albar yang kelihatan sibuk mengelolakan
keadaan.

Ratusan orang ramai juga berduyun-duyun tiba untuk
memberi penghormatan terakhir mereka.

Pegawai-pegawai kanan kerajaan termasuk ketua
setiausaha dan ketua pengarah yang berpejabat di
Putrajaya juga turut bergegas ke Seri Perdana.

Orang ramai terdiri daripada pelbagai kaum semakin
ramai tiba di Seri Perdana menjelang waktu menziarah
pada pukul 11 pagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Seri
Perdana pada kira-kira pukul 10.30 pagi.

Tidak lama kemudian Perdana Menteri keluar dengan
berbaju Melayu biru serta bersampin bertemu dan
bersalaman dengan para hadirin.

Abdullah kelihatan tenang, walaupun mata berlinangan
ketika didakap beberapa hadirin.

Beliau kemudian dilihat berkata-kata dengan Najib dan
juga Syed Hamid.

Menurut seorang pembantunya, Abdullah kelihatan tenang
menerima kematian Endon malah sebaik sahaja isterinya
menghembuskan nafas terakhir, Perdana Menteri terus
mengatur urusan mengendalikan jenazah. - Bernama



Roslee bin Kartawi
Mobile: 60126139140
Tel: 60321424768
 
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan 
peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai 
misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap 
sesuatu. (An-Nur:35)







        
        
                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB free storage! 
http://sg.whatsnew.mail.yahoo.com


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/IotolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

PENTING..!

attachment akan dihapus & tidak diteruskan kepada seluruh member.

dilarang beriklan. pelanggaran atas peraturan ini akan dikenai sanksi berupa 
pencabutan membership.

terutama bagi pengguna ms outlook/outlook express, dihimbau untuk selalu 
mengupdate antivirusnya.
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/kisunda/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




Kirim email ke