--- On Wed, 8/13/08, Deddy Setiawan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: Deddy Setiawan <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: RE: MUI Siapkan Fatwa Haram untuk Rokok
To: "Endi" <[EMAIL PROTECTED]>, "Dedi Mulyadi" <[EMAIL PROTECTED]>, "[EMAIL
PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: "asep t" <[EMAIL PROTECTED]>, "Arif Amiarsa" <[EMAIL PROTECTED]>, "engkos"
<[EMAIL PROTECTED]>, "Agus Pakusarakan" <[EMAIL PROTECTED]>, "yedi suhaedi"
<[EMAIL PROTECTED]>, "asepivo asep" <[EMAIL PROTECTED]>, "irwan hadi" <[EMAIL
PROTECTED]>, "dede saripin" <[EMAIL PROTECTED]>, "Jajang Supriatna" <[EMAIL
PROTECTED]>, "Irwan Rahayu" <[EMAIL PROTECTED]>, "kutiadi" <[EMAIL PROTECTED]>,
"Dik dik Roekendi" <[EMAIL PROTECTED]>, "tasik tasik" <[EMAIL PROTECTED]>,
"asep dasuki" <[EMAIL PROTECTED]>, "asep dasuki" <[EMAIL PROTECTED]>, "Sahman
Dede" <[EMAIL PROTECTED]>, "johani" <[EMAIL PROTECTED]>, "el-mujahid
abdurrahim" <[EMAIL PROTECTED]>, "eris riso" <[EMAIL PROTECTED]>, "arief
ganefianto" <[EMAIL PROTECTED]>, "aherd" <[EMAIL PROTECTED]>, "affandi" <[EMAIL
PROTECTED]>, "M Nuh" <[EMAIL PROTECTED]>, "dani kustoni" <[EMAIL PROTECTED]>,
"dani kustoni" <[EMAIL PROTECTED]>,
"Manager Indonesia" <[EMAIL PROTECTED]>, "SPD Supardi" <[EMAIL PROTECTED]>,
"Topan Suryadi" <[EMAIL PROTECTED]>, "Fachri Hasibuan" <[EMAIL PROTECTED]>,
"setyo hadi" <[EMAIL PROTECTED]>, "Agus Susilo" <[EMAIL PROTECTED]>, "obon
subandi" <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Wednesday, August 13, 2008, 12:46 AM
Assalamu’alaikum Wr Wb
Yeuh jalan pikiran salah saurang anu ngaharamkeun roko.
Wassalamu’alaikum Wr Wb.
Abah Téa.
----------------------------------------------------------------------
HUKUM ROKOK
Rokok terbukti mengandung berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya,
diantaranya ialah nikotin. Menurut pakar atau ahli kimia, telah jelas
dibuktikan bahwa nikotin yang terdapat dalam setiap batang rokok atau pada daun
tembakau adalah ternyata sejenis kimia memabukkan yang diistilahkan sebagai
candu.
Dalam syara pula, setiap yang memabukkan apabila dimakan, diminum, dihisap atau
disuntik pada seseorang maka ia di kategorikan sebagai candu atau dadah kerana
pengertian atau istilah candu adalah suatu bahan yang telah dikenal pasti bisa
memabukkan atau mengandung elemen yang bisa memabukkan. Dalam
mengklasifikasikan hukum candu atau bahan yang memabukkan, jumhur ulama fikah
yang berpegang kepada syara (al-Quran dan al- Hadith) sepakat menghukumkan atau
memfatwakannya sebagai benda "Haram untuk dimakan atau diminum malah wajib
dijauhi atau ditinggalkan". Pengharaman ini adalah jelas dengan berpandukan
kepada hujah-hujah atau nas-nas dari syara sebagaimana yang berikut ini:
"Setiap yang memabukkan itu adalah haram" H/R Muslim.
Hadith ini dengan jelas menegaskan bahawa setiap apa sahaja yang memabukkan
adalah dihukum haram. Kalimah kullu (ßõáøõ)di dalam hadith ini bererti "setiap"
yang memberi maksud pada umumnya, semua jenis benda atau apa saja benda yang
memabukkan adalah haram hukumnya. Hadith ini dikuatkan lagi dengan hadith di
bawah ini: "Setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan tersebut itu adalah
haram". H/R al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud.
Hadith di atas ini pula telah menyatakan dengan cukup terang dan jelas bahwa
setiap apa saja yang bisa memabukkan adalah dihukum haram. Pada hadith ini juga
Nabi Muhammad s.a.w menggunakan kalimah kullu (ßõáøõ) iaitu "Setiap apa saja",
sama ada berbentuk cair, padat, debu (serbuk) atau gas.
Mungkin ada yang menolak kenyataan atau nas di atas ini kerana beralasan atau
menyangka bahwa rokok itu hukumnya hanya makruh, bukan haram sebab rokok tidak
memabukkan. Mungkin juga mereka menyangka rokok tidak mengandung candu dan
kalau adapun kandungan candu dalam rokok hanya sedikit. Begitu juga dengan
alasan yang lain, "menghisap sebatang rokok tidak terasa memabukkan langsung".
Andaikan, alasan atau sangkaan seperti ini boleh diselesaikan dengan
berpandukan kepada hadith di bawah ini: "Apa saja yang pada banyaknya
memabukkan, maka pada sedikitnya juga adalah haram". H/R Ahmad, Abu Daud dan
Ibn Majah.
Kalaulah meneguk segelas arak hukumnya haram kerana ia benda yang memabukkan,
maka walaupun setetes arak juga hukum pengharamannya tetap sama dengan segelas
arak. Begitu juga dengan seketul candu atau sebungkus serbuk dadah yang dihukum
haram. Secebis candu atau secubit serbuk dadah yang sedikit juga telah
disepakati oleh sekalian ulama Islam dengan memutuskan hukumnya sebagai benda
yang dihukumkan haram untuk dimakan, diminum, dihisap (disedut) atau disuntik
pada tubuh seseorang jika tanpa ada sebab tertentu yang memaksakan atau
keperluan yang terdesak seperti darurat kerana rawatan dalam kecemasan.
Begitulah hukum candu yang terdapat di dalam sebatang rokok, walaupun sedikit
ia tetap haram kerana dihisap tanpa adanya sebab-sebab yang memaksa dan
terpaksa.
Di dalam sepotong hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi
Muhammad s.a.w telah mengkategorikan setiap yang memabukkan itu sebagai sama
hukumnya dengan hukum arak. Seorang yang benar-benar beriman dengan kerasulan
Nabi Muhammad s.a.w tentulah meyakini bahawa tidak seorangpun yang layak untuk
menentukan hukum halal atau haramnya sesuatu perkara dan benda kecuali Allah
dan RasulNya. Tidak seorangpun berhak atau telah diberi kuasa untuk merubah
hukum yang telah ditetapkan oleh Allah melalui Nabi dan RasulNya kerana
perbuatan ini ditakuti boleh membawa kepada berlakunya syirik tahrif, syirik
ta'til atau syirik tabdil. Hadith yang mengkategorikan setiap yang memabukkan
sebagai arak sebagaimana yang di dimaksudkan ialah: "Setiap yang memabukkan itu
adalah arak dan setiap (yang dikategorikan) arak itu adalah haram". H/R Muslim.
Dalam perkara ini ada yang berkata bahawa rokok itu tidak sama dengan arak.
Mereka beralasan bahawa rokok atau tembakau itu adalah dari jenis lain dan arak
itu pula dari jenis lain yang tidak sama atau serupa dengan rokok. Memanglah
rokok dan arak tidak sama pada ejaan dan rupanya, tetapi hukum dari kesan bahan
yang memabukkan yang terkandung di dalam kedua-dua benda ini (rokok dan arak)
tidak berbeza di segi syara kerana kedua benda ini tetap mengandungi bahan yang
memabukkan dan memberi kesan yang memabukkan kepada pengguna atau penagihnya.
Tidak kira sedikit atau banyaknya kandungan yang terdapat atau yang digunakan,
yang menjadi perbincangan hukum ialah bendanya yang boleh memabukkan, sama ada
dari jenis cecair, pepejal, serbuk atau gas apabila nyata memabukkan sama ada
kuantitinya banyak atau sedikit maka hukumnya tetap sama, iaitu haram
sebagaimana keterangan dari hadith sahih di atas.
Di hadith yang lain, Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan bahawa ada di kalangan
umatnya yang akan menyalahgunakan benda-benda yang memabukkan dengan menukar
nama dan istilahnya untuk menghalalkan penggunaan benda-benda tersebut: "Pasti
akan berlaku di kalangan manusia-manusia dari umatku, meneguk
(minum/hisap/sedut/suntik) arak kemudian mereka menamakannya dengan nama yang
lain". H/R Ahmad dan Abu Daud.
Seseorang yang benar-benar beriman dan ikhlas dalam beragama, tentunya tanpa
banyak persoalan atau alasan akan mentaati semua nas-nas al-Quran dan al-hadith
yang nyata dan jelas di atas. Orang-orang yang beriman akan berkata dengan
suara hati yang ikhlas, melafazkan ikrar dengan perkataan serta akan sentiasa
melaksanakan firman Allah yang terkandung di dalam al-Quran : "Kami akan
sentiasa dengar dan akan sentiasa taat". Tidaklah mereka mahu mencontohi sikap
dan perbuatan Yahudi yang dilaknat dari dahulu sehinggalah sekarang kerana
orang-orang Yahudi itu apabila diajukan ayat-ayat Allah kepada mereka maka
mereka akan menentang dan berkata : "Kami sentiasa dengar tetapi kami
membantah".
Sebagai contoh iman seorang Muslim yang sejati ialah suatu peristiwa yang
mengisahkan seorang sahabat yang terus menuangkan gelas sisa-sisa arak yang ada
padanya ke tanah tanpa soal dan bicara sebaik sahaja turunnya perintah
pengharaman arak. Hanya iman yang mantap dapat mendorong seseorang mukmin
sejati dalam mentaati segala perintah dan larangan Allah yang menjanjikan
keselamatannya di dunia dan di akhirat.
Kalaulah Nabi Muhammad s.a.w telah menjelaskan melalui hadith-hadith baginda di
atas bahawa setiap yang boleh memabukkan apabila dimakan, diminum atau
digunakan (tanpa ada sebab-sebab keperluan atau terpaksa), maka ia dihukum
sebagai benda haram dan ia dianggap sejenis dengan arak. Penghisapan dadah
nikotin yang terdapat di dalam rokok bukanlah sesuatu yang wajib atau terpaksa
dilakukan seumpama desakan dalam penggunaan dadah kerana adanya sebab-sebab
tertentu seperti desakan semasa menjalani rawatan atau sebagainya. Sebaliknya,
penghisapan rokok dimulakan hanya kerana tabiat ingin suka-suka yang akibatnya
menjadi suatu ketagihan yang memaksa si penagih melayani kehendak nafsunya.
Dalam pada itu, tanpa kesedaran, ia telah membeli penyakit dan menambah
masalah, mengundang kematian dan tidak secara langsung ia telah melakukan
kezaliman terhadap diri sendiri di samping mengamalkan pembaziran yang amat
ditegah oleh syara (haram).
Dadah (bahan yang memabukkan) telah disamakan hukumnya dengan arak oleh Nabi
Muhammad s.a.w disebabkan kedua-dua benda ini boleh memberi kesan mabuk dan
ketagihan yang serupa kepada penggunanya (penagih arak dan dadah). Melalui
kaedah (cara pengharaman) yang diambil dari hadith Nabi di atas, dapatlah kita
kategorikan jenis dadah nikotin yang terdapat di dalam rokok sama hukumnya
dengan arak dan semua jenis dadah yang lain.
Kesimpulannya, rokok atau tembakau yang sudah terbukti mengandungi dadah
nikotin adalah haram pengambilannya kerana nikotin sudah ternyata adalah
sejenis dadah yang boleh membawa kesan mabuk atau memabukkan apabila digunakan
oleh manusia. Malah dadah ini akan menjadi lebih buruk lagi setelah mengganggu
kesihatan seseorang penggunanya sehingga penderitaan akibat penyakit yang
berpunca dari rokok tersebut mengakibatkan kematian. Rokok pastinya menambahkan
racun (toksin) yang terkumpul di dalam tubuh badan sehingga menyebabkan sel-sel
dalam tubuh seseorang itu mengalami kerosakan, mengganggunya daripada berfungsi
dengan baik dan membuka kepada serangan kuman dan barah.
Apabila pengambilan rokok yang mengandungi bahan yang memabukkan dianggap haram
kerana nyata ia digolongkan sejenis dengan arak (ÎÜóãúÑñ) oleh Nabi Muhammad
s.a.w maka di dalam hadith dan al-Quran pula terdapat amaran keras dari Allah
dan RasulNya:
"Dari Abu Musa berkata : Bersabda Rasulullah saw : Tiga orang tidak masuk
syurga. Penagih arak, orang yang membenarkan sihir dan pemutus silaturrahmi".
H/R Ahmad dan ibn Hibban.
"Mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa
pada keduanya itu dosa yang besar". Al Baqarah:219.
"Hai orang-orang yang beriman, bahawasanya arak , judi, (berkorban untuk)
berhala dan bertenung itu adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan,
sebab itu hendaklah kamu meninggalkannya semuga kamu beroleh kejayaan". Al
Maidah:90.
Hadith di atas Nabi Muhammad s.a.w telah mengkhabarkan bahawa penagih arak
tidak masuk dan dalam ayat di atas pula, Allah mengkategorikan arak (khamar)
sejajar dengan berhala dan bertenung sebagai perbuatan keji (kotor) yang wajib
dijauhi oleh akal yang sihat. Perkataan "rijs" ini tidak digunakan dalam
al-Quran kecuali terhadap perkara-perkara yang sememangnya kotor dan jelek.
Perbuatan yang buruk, kotor, buruk dan jelek ini tidak lain mesti berasal
daripada perbuatan syaitan yang sangat gemar membuat kemungkaran sebagaimana
amaran Allah selanjutnya yang menekankan bahwa: "Sesungguhnya syaitan termasuk
hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran khamar dan
judi itu dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang. Apakah kamu
tidak mahu berhenti?". Al Maidah:91.
Justeru itu Allah menyeru supaya berhenti daripada perbuatan ini dengan
ungkapan yang tajam : "Apakah kamu tidak mahu berhenti?"
Seseorang mukmin yang ikhlas tentunya menyahut seruan ini sebagaimana Umar r.a
ketika mendengar ayat tersebut telah berkata: "Kami berhenti, wahai Tuhan kami,
Kami berhenti, wahai Tuhan kami".
Utsman bin 'Affan r.a juga telah berwasiat tentang benda-benda yang memabukkan
yang telah diistilahkan sebagai khamar (닄) "arak". Sebagaimana wasiat beliau:
"Jauhkanlah diri kamu dari khamar (benda yang memabukkan), sesungguhnya khamar
itu ibu segala kerosakan (kekejian/kejahatan)". Lihat : Tafsir Ibn Kathir
Jld.2, M/S. 97.
Ada yang menyangka bahawa rokok walaupun jelas setaraf klasifikasinya dengan
arak boleh dijadikan ubat untuk mengurangkan rasa tekanan jiwa, tekanan
perasaan, kebosanan dan mengantuk. Sebenarnya rokok tidak pernah dibuktikan
sebagai penawar atau dapat dikategorikan sebagi ubat kerana setiap benda haram
terutamanya apabila dibuktikan mengandungi bahan memabukkan tidak akan menjadi
ubat, tetapi sebaliknya sebagaimana hadith Nabi s.a.w: "Telah berkata Ibn
Masoud tentang benda yang memabukkan : Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan
ubat bagi kamu pada benda yang Ia telah haramkan kepada kamu". H/R al-Bukhari.
"Telah berkata Waail bin Hujr : Bahawa Tareq bin Suwid pernah bertanya kepada
Nabi s.a.w tenang pembuatan arak, maka Nabi menegahnya. Maka baginda bersabda :
Penulis membuatnya untuk (tujuan) perubatan. Maka Nabi bersabda : Sesungguhnya
arak itu bukan ubat tetapi penyakit". H/R Muslim dan Turmizi. Allohu a’lam.
IMPORTANT NOTICE
This e-mail transmission (including attachment hereto, if any) is intended for
the use of the named addressee or authorized recipient(s). It may contains
confidential and/ or legally privileged information otherwise protected by law
from disclosure belong to PT. Krama Yudha Tiga Berlian Motors ("KTB"),
therefore the authorized recipients shall protect this confidential information
with subject to provisions of KTB's policy.
In case any content of this e-mail message does not relate to the official
business of KTB, it should be deemed and understood as neither given nor
endorsed by KTB.
If you are not the intended recipient(s), you are hereby notified that any
dissemination, distribution or copying of this e-mail message is strictly
prohibited, so please immediately notify the sender and/or delete this e-mail
message (including attachment hereto, if any) from your computer appropriately.
Thank you.