INTISARI KITAB
Mau'izhatul Mu'minin min
"IHYA' ULUMIDDIN"
==Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali==
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)
--------------------------------------------------------------------------------
Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah
amma ba'du...
KITAB RAHASIA HAJI (7/13)
=======================
BAHAGIAN KELIMA:
TERTIB MELAKUKAN SA'I
Apabila selesai melakukan tawaf, hendaklah ia keluar dari Bab-Shafa (Pintu
Shafa), terus menuju ke Bukit Shafa, lalu mendaki kaki bukit itu. Dari situlah
ia memulakan Sa'inya antara Shafa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Sebelum itu
hendaklah ia bersuci (berwudhu') terlebih dulu, kerana bersuci ketika bertawaf.
BAHAGIAN KEENAM:
TERTIB WUKUF DAN SEBELUMNYA.
Seorang haji yang telah berada di Arafah di Hari Arafah tidaklah perlu
melakukan Tawaful-Qudum dan memasuki Makkah dulu sebelum selesai wukufnya di
Arafah itu. Jika ia sampai di Arafah beberapa hari sebelum hari wukuf, maka
bolehlah ia membuat Tawaful-Qudum dulu, kemudian ia pun tetap dalam ihramnya
beberapa hari sebelum hari wukuf, maka bolehlah ia membuat Tawaful-Qudum dulu,
kemudian ia pun tetap dalam ihramnya, hingga hari ketujuh dari Zulhijjah.
Pada hari itu, Imam akan berpidato di Makkah selepas sembahyang zohor di
Ka'bah, seraya memberitahu orang ramai agar bersiap sedia untuk berangkat ke
Mina pada Hari Tarwiah (8 Zulhijjah) dan bermalam di situ. Pada paginya
berangkat pula ke Arafah untuk menunaikan fardhu wukuf di sana, iaitu selepas
tergelincir matahari. Waktu wukuf itu bermula dari tergelincirnya matahari pada
9 Zulhijjah berterusan hingga terbitnya Fajar Sadiq dan Hari Raya Korban atau
Hari Raya Haji (10 Zulhijjah).
Dalam masa berangkat ke Mina, hendaklah ia memperbanyakkan talbiah, lalu tidur
malam itu di Mina. Pada hari esoknya yakni Hari Arafah sesudah bersembahyang
sebuh di sana, barulah berangkat ke Arafah; iaitu setelah matahari terbit di
senaik bukit. Hendaklah ia mandi terlebih dulu sebelum wukuf dan menjamakkan
kedua-dua sembahyang zohor dan asar dengan satu azan dan dua iqamah dan
kedua-dua sembahyang itu hendaklah ditunaikan dengan qashar.
Di Arafah itu hendaklah ia memperbanyakkan pada sebutan berbagai-bagai tahmid
(puji-pujian), tasbih dan tahlil, memuji Allah azzawajalla dan berdoa serta
bertaubat kepada Allah. Janganlah hendaknya ia berpuasa pada hari itu, supaya
ia kuat untuk meneruskan segala amalan-amalan ini dan berdoa. Janganlah
berhenti dari membaca apa saja yang dipandang perlu, sambil memperbanyakkan
istighfar (minta ampun) bagi dirinya dan kedua ibubapanya serta sekalian kaum
Muslimin dan Muslimat. Dalam berdoa itu hendaklah ia bersungguh-sungguh
bermohon dan membesarkan permintaannya itu sebab pada sisi Allah tiada sesuatu
pun yang dianggap besar, semuanya boleh dikabulkan jika Dia mahu.
(bersambung)
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
<font face=arial size=-1><a
href="http://us.ard.yahoo.com/SIG=12hpt0c1s/M=320369.6903865.7846595.3022212/D=groups/S=1705136382:TM/Y=YAHOO/EXP=1124083260/A=2896112/R=0/SIG=1107idj9u/*http://www.thanksandgiving.com
">Give the gift of life to a sick child. Support St. Jude Children¿s Research
Hospital</a>.</font>
--------------------------------------------------------------------~->
______________________________________________________________________
http://www.numesir.org untuk informasi tentang Cabang Istimewa NU Mesir dan
KMNU2000, atau info-info seputar Cairo dan Timur Tengah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami berharap Anda selalu bersama kami, tapi jika karena suatu hal Anda harus
meninggalkan forum ini silakan kirim email ke:
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/kmnu2000/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/