INTISARI KITAB Mau'izhatul Mu'minin min "IHYA' ULUMIDDIN" ==Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali== (Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)
-------------------------------------------------------------------------------- Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah amma ba'du... Catatan : Intisari Kitab IHYA' ULUMIDDIN sudah memasuki kitab yang ke 10, yaitu kitab Adab Makan, sebelumnya sudah diposting 9 kitab yaitu : 1.Kitab Ilmu Pengetahuan 2.Kitab Aqidah Ahli Sunnah 3.Kitab Rahasia Bersuci 4.Kitab Rahasia Sholat dan Keutamaannya 5.Kitab Rahasia Zakat 6.Kitab Rahsia Puasa 7.Kitab Rahasia Haji 8.Kitab Adab Membaca Al-Qur'an 9.Kitab Zikir dan Doa Kali ini kita memasuki kitab yang ke 10 yaitu kitab Adab Makan. Bagi rekan-rekan yang membutuhkan arsipnya dapat dicari di : http://groups.google.com/group/mencintai-islam KITAB ADAB MAKAN (5/7) ============================= Beberapa masalah yang harus diperhatikan Masalah pertama: Menghidangkan makanan di atas meja dapat memudahkan cara memakan, maka tiadalah dihukumkan makruh tetapi mubah atau harus, jika tiada menunjukkan perasaan sombong atau membesarkan diri. Kalau ada orang yang mengatakan hukumnya bidah, maka jawabannya bukan semua perkara bidah itu di larang oleh agama. Adapun bidah yang dilarang itu, ialah jika ia bertentangan dengan sunnat yang sudah jelas atau suatu perkara yang menyalahi dasar syariat yang sudah terang dalilnya. Dalam masalah ini hanya diangkatkan hidangan itu dari atas lantai dan diletakkan keatas meja untuk memudahkan cara memakannya saja, ataupun sebagainya dari perkara-perkara yang tidak dihukumkan makruh. Masalah Kedua : Makan dan minum dengan bersandar hukumnya makruh dan membahayakan bagi alat pencernaan dalam perut. Begitu pula makan dalam keadaan berbaring atau meniarap. Masalah Ketiga : Sunat memulakan makan sebelum sembahyang. Dalam sebuah Hadis: Jika telah tersedia makan malam sebelum sembahyang isya, maka hendaklah kamu mulakan makan terlebih dahulu. Ibnu Umar r.a kadang-kadang mendengar imam sudah memulakan bacaan dalam sembahyang, namun ia tiada segera menghentikan makan malamnya. Tetapi jika nafsu hendak makan belum ada, dan jika dilambatkan masa makan malamnya tidak pula mendatangkan mudarat bagi diri, maka yang baik sekali didahulukan sembahyang. Keterangan tentang undangan dan jamuaan Ketahuilah, bahawa keutamaan memberi jamuan itu nyata sekali seperti sabda Rasulullah s.a.w Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya. Dalam sebuah atsar ada yang berkata: Adalah sia-sia orang yang tiada menghormati tetamu. Rasulullah s.a.w pernah ditanya: Apa itu Iman? Baginda bersabda: Memberi orang makan dan menyebarkan salam. Dalam sebuah Hadis lain, baginda bersabda mengenai membayar denda dan memperoleh darjat ketinggian, katanya: Memberi orang makan dan bersembahyang di malam hari sedang orang-orang masih tidur. Tentang undangan pula, hendaklah orang yang mengundang itu memilih orang-orang yang kukuh taqwanya kepada Allah dan meninggalkan orang-orang yang fasik. Rasulullah s.a.w. bersabda: Berilah makan kepada orang-orang yang berbakti kepada Tuhan. Dalam suatu atsar pula: Jangan makan melainkan dari makanan orang yang berbakti, dan jangan biarkan orang yang memakan makananmu pula, melainkan orang yang berbakti juga. Jangan sampai mengundang orang-orang yang kaya saja, bahkan hendaklah diundang sama orang-orang fakir dan miskin. Rasulullah s.a.w. bersabda: Seburuk-buruk makanan, ialah makan walimah yang diundang orang-orang kaya saja dan tinggalkan orang-orang miskin pula Bila membuat sesuatu undangan jangan sampai meninggalkan kaum keluarga dan famili, sebab meninggalkan mereka dari diundang akan menjengkelkan dan memutus tali silaturrahim. Begitu pula, hendaklah ia menjaga ketertiban dalam masa menghundang sahabat-sahabat dan kenalan-kenalannya, kerana mengutamakan sebahagiannya akan menjengkelkan yang lain. Hendaklah jangan meniatkan untuk berbangga-bangga atau bermegah-megah diri bila melakukan undangan itu, tetapi haruslah ia berniat untuk merapatkan lagi perhubungan hati antara satu kawan dengan yang lain. Hendaklah ia sematkan perasaan gembira dalam hati tiap-tiap seorang dari kaum Muminin. Hendaklah jangan mengundang orang yang memang sukar baginya untuk menerima undangan itu ataupun orang yang kehadirannya akan mengkocar-kacirkan majlis, dan merosakkan ketenangan tetamu-tetamu yang lain dalam majlis. Akhir sekali, hendaklah jangan mengundang melainkan orang yang ia tahu akan menerima undangannya saja. Tentang menjawab atau menerima undangan hukumnya adalah sunnat muakkadah, yakni sunnat yang dituntut oleh agama. Ada pula yang mengatakan, hukumnya wajib dalam beberapa tempat. Menerima undangan itu ada lima adab, sila perhatikan berikut: (1) Jangan dibedakan antara orang kaya dengan orang miskin bila menerima sesuatu undangan. Jika melakukan yang demikian, itulah yang dikatakan takabbur yang yang dilarang. (2) Jangan sekali-sekali menolak undangan si miskin kerana kemiskinannya atau kerana kedudukanya yang rendah. Bahkan jauh perjalanan yang biasanya boleh ditanggung, tidak patut dijadikan sebab untuk menolak undangan orang. (3) Hendaklah jangan ditolak sesuatu undangan hanya semata-mata kerana ia berpuasa, maka sebaliknya terimalah undangan itu. berbuka itu akan menyebabkan saudaranya merasa gembira, maka hendaklah ia berbuka. Dalam berbuka itu, hendaklah ia berniat untuk menimbulkan perasaan gembira dalam hati saudaranya, maka pahalanya samalah seperti ia berpuasa malah lebih lagi. Ini kalau pada puasa tathawwu (sukarela). Kalau puasanya wajib (kerana qadha atau sebagainya) dan dia tidak boleh berbuka, maka hendaklah diberikan alasan-alasannya dengan baik. Telah berkata Ibnul Abbas r.a: Termasuk perkara yang paling utama sekali memuliakan kawan-kawan dengan berbuka puasa, kerana berbuka puasa yang bercampur dengan niat ini adalah seumpama ibadat dan suatu kelakuan yang terpuji. Jadi pahalanya besar sekali melebihi pahala puasa. Sekalipun kiranya orang yang diundang itu tiada berbuka, tetapi undangannya itu tetap dikira baik, kerana ia telah mengumpulkan orang dalam suatu majlis yang diiringi dengan cakap-cakap yang baik. (4) Hendaklah ia menolak undangan, di mana makanan yang dihidangkan itu dari barang yang ada syubhat ataupun jika dalam majlis undangan itu diadakan berbagai-bagai kemungkaran,* ataupun orang yang mengundang itu bersifat zalim atau fasik, atau suka bermegah dan membesar diri. _________________________ * Imam Ghazali memasukkan dalam kemungkaran membentang hamparan sutera, menggantung gambar-gambar di tembok, mendengar seruling. Pada pendapat saya, perkara mungkar yang dilarang untuk dihadirinya dan yang mesti ingkarinya ialah perkara yang telah disepakati dan dipersetujui oleh para alim-ulama, manakala yang belum ditentukan oleh para fuqaha tentang pengharamannya, maka ia masih belum boleh dikira mungkar dan tidaklah orang yang membuatnya dikira fasik. Mazhab Hanafi telah mengharuskan duduk di atas hamparan sutera, manakal Mazhab Maliki pula membolehkan menggantung gambar di tembok. Mengenai mendengar seruling, Ibnul Hazm sendiri bersama-sama pengikut Imam-imam yang termasyhur tidak mengatakan larangan. Bahkan telah disusun beberapa buku yang terkenal mengenai hal ini. Bagaimana boleh dikatakan ianya sebahagian dari kemungkaran? Saya berpendapat yang dianggap mungkar itu ialah sesuatu yang telah disepakati oleh orang ramai. Ya, untuk bersikap wara dan memelihara diri serta meninggalkan yang meragukan kepada yang tidak meragukan adalah seperkara yang lain yang dimaksudkan untuk menghindari kesyubhatan Jamaludin al-Qasimi. (5) Janganlah hendaknya bila menerima undangan itu, dia meniatkan untuk memenuhi syahwat perutnya. Dengan cara itu, dia telah menjadikan memakan makanan undangan itu sebagai urusan keduniaan. Bahkan yang sewajarnya ia memperbaiki niatnya dengan menganggap itu sebagai suatu urusan dari urusan-urusan keakhiratan; iaitu dengan niat menuruti jejak-langkah Rasulullah s.a.w dan memuliakan seorang Mumin serta menziarahinya, agar ia termasuk golongan hamba-hamba Allah yang kasih-mengasihi kerana Allah Taala. Selain itu, hendaklah dia meniatkan untuk memelihara hati saudaranya, supaya tidak timbul darinya hal-hal yang buruk kiranya dia menolak undangan itu. Ataupun untuk menahan lidah saudaranya dari menuduh perkara yang bukan-bukan, seperti menganggapnya sombong, atau kurang ajar, ataupun kerana hendak menghina seorang Muslim yang lain dan sebagainya. Berkata setengah para salaf: Saya suka sekali, agar semua perbuatanku itu diiringi dengan niat yang baik, sehinggakan pada makan dan minum sekalipun. Ketahuilah perkara-perkara yang mubah (harus) boleh dikirakan ke dalam perkara-perkara kebajikan yang diberi pahala dengan niat yang baik. (BERSAMBUNG) [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/.DlolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ______________________________________________________________________ http://www.numesir.org untuk informasi tentang Cabang Istimewa NU Mesir dan KMNU2000, atau info-info seputar Cairo dan Timur Tengah. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kami berharap Anda selalu bersama kami, tapi jika karena suatu hal Anda harus meninggalkan forum ini silakan kirim email ke: [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/kmnu2000/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
