INTISARI KITAB
Mau'izhatul Mu'minin min
"IHYA' ULUMIDDIN"
==Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali==
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)
--------------------------------------------------------------------------------
Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah
amma ba'du...
KITAB ADAB BERUSAHA DAN MENCARI RIZKI (4/5)
Ihsan dalam mu'amalah
Allah s.w.t. telah memerintahkan kita supaya berlaku adil dan
berbuat baik pada setiap sesuatu. Keadilan itu adalah sebab keselamatan
saja, dan ia pula diumpamakan di dalam perniagaan sebagai saluran
keselamatan modal. Manakala ihsan atau berbuat baik sebagai sebab
kemenangan dan penerimaan kebahagiaan, dan ia pula diumpamakan di dalam
perniagaan sebagai saluran keuntungan. Tiadalah dikira seseorang itu
berakal sempurna, selagi ia merasa puas dengan urusan-urusan keduniaan
dengan setakat modal yang ada padanya saja. Begitu pula halnya dengan
urusan-urusan keahiratan juga.
Tiada sepatutnya seseorang yang beragama itu merasa puas dengan
melakukan keadilan semata-mata serta menjauhi penganiayaan, sedangkan
pintu-pintu keihsanan atau berbuat baik ditinggalkan begitu saja.
Allah telah berfirman:
"Dan berbuat baiklah, seperti Tuhan berbuat baik kepadamu."
(al-Qashas: 77)
Berfirman Allah lagi:
"Sesungguhnya Allah menyuruh berbuat keadilan dan keihsanan."
(an-Nahl: 90)
Allah berfirman:
"Sesunguhnya rahmat Allah itu paling hampir kepada orang-orang
yang berbuat baik"
(al-A'raf: 56)
Ketahuilah seseorang yang berjual beli itu akan mencapai
tingkatan keihsanan itu, dengan salah satu enam perkara yang berikut:
(1) Pengelabuan mata dalam perjual-belian. Hendaklah ia
tidak
mengelabui mata rakannya dalam berjual beli terhadap barang-barang yang
biasanya tidak boleh dilakukan pengelabuan. Adapun pengelabuan itu pada
asalnya memanglah dibolehkan dalam melakukan jual beli, kerana tujuan
utama dari berjual beli itu ialah untuk mendapatkan keuntungan dan ia
tidak akan berhasil melainkan dengan taktik dan pengelabuan yang
tertentu.
Meskipun begitu maka hendaklah perenggang keuntungan itu jangan terlalu
jauh. Sesiapa yang cukup dengan sedikit keuntungan akan larislah
perniagaannya dengan baik, dan dari keuntungan-keuntungan yang sedikit
itu, lama-lama menjadi bukit, Itulah yang dikatakan perniagaan yang
diiringi dengan keberkatan.
(2) Menanggung kerugian. Seseorang pembeli yang membeli
makanan dari seorang yang lemah ekonominya, ataupun membeli sesuatu
barang
dari seorang yang miskin, sebaiknya ia menanggung sedikit kerugian dari
mereka itu dan cuba mengambil jalan mudah. Dengan itu dia akan menjadi
seorang yang berbuat baik, dan termasuk ke dalam sabda Nabi s.a.w.:
"Allah merahmati orang yang mudah jualannya dan orang yang mudah
pembeliannya."
Adapun menanggung kerugian dari seorang kaya, maka itu bukanlah sifat
yang
terpuji, malah itu adalah mensia-siakan harta tanpa mendapat apa-apa
pahala atau kepujian.
Kabanyakan para salaf sentiasa berjimat-cermat bila membeli
sesuatu barang. Meskipun begitu keadaannya, tetapi mereka sentiasa
memberikan orang ramai banyak dari harta kekayaannya. Ada yang bertanya
mengapa sikap tuan-tuan macam itu? Mereka menjawab: Sesungguhnya orang
yang memberi itu, memberikan dari kelebihannya, manakala orang yang
mengelabui mata dalam berjual beli itu, dia mengacau fikiran.
(3) Dalam menunaikan harga atau nilai barang, serta membayar
seua hutang dengan cara berihsan, kadang-kadang dengan memaafkan hutang
itu sekaligus, atau menggugurkan sebahagiannya. Kadang-kadang dengan
memberi tempoh, atau menangguhkannya ke masa yang panjang. Dan
kadang-kadang dengan mempermudahkan, sehinngga terdapat mata wang yang
sah. Semua itu hukumnya harus dan amat digalakkan sekali.
Dalam sebuah sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sesiapa yang meminjamkan satu dinar kepada sesuatu masa yang
tertentu, maka baginya setiap hari sedekah sehingga sampai tempohnya.
Apabila cukup tempohnya, lalu diperpanjangkan lagi tepohnya, maka baginya
setiap sehari sedekah seperti banyaknya hutang itu."
Rasulullah s.a.w. pernah memerhatikan seseorang menagih hutang
kepada yang lain, lalu baginda mengisyaratkan supaya dia memaafkan
separuh
dari hutang itu. Penagih hutang bersetuju, lalu baginda berkata kepada
yang berhutang: Ayoh, bayar segera!
(4) Cara membayar hutang: Sayugialah hendaknya dibayar
hutang
itu dengan secara baik, iaitu orang yang berhutang itu sendiri pergi
mendapatkan orang yang menghutangkan dan jangan sampai ia menyusahkan
orang yang mempunyai hak itu datang menuntutnya Rasulullah s.a.w. telah
bersabda:
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang baik cara menunaikan hutangnya".
Orang yang berhutang, bila mendapat kelapangan, hendaklah
segera
menyelesaikan hutangnya, walaupun tempohnya belum sampai lagi. Jika telah
sampai waktunya, sedangkan ia tidak mempunyai wang untuk membayar,
hendaklah ia berniat di dalam hati, bahwa ia akan membayar hutangnya itu
bila mampu. Jika orang yang mempunyai hak menuntutnya dengan kata-kata
yang kasar atau sebagainya, hendaklah ia bersabar dan menahan marah.
Malah
sebaliknya, hendaklah ia menjawab dengan lemah lembut dan nada suara yang
rendah, iaitu mengikut perilaku Rasulullah s.a.w. sewaktu baginda
dituntut
oleh orang yang menagih hutang daripadanya dengan cara yang kasar; lalu
setengah para sahabat mahu bertindak terhadap orang itu, maka Rasulullah
menahan mereka sambil menyeru: Biarkanlah ia dengan sikapnya, kerana
orang
yang mempunyai hak itu ada jalan untuk berkata apa saja.
Dari cara berihsan atau berbuat baik juga, hendaklah ia
bersifat
belas kasihan terhadap orang yang berhutang yang tak mampu untuk membayar
hutangnya, bila menjatuhkan hukuman ke atasnya.
(5) Hendaklah ia bersetuju mengurangkan harga, bila pembeli
meminta pengurangan: iaitu setelah selesai akad jual beli, sebab ia tidak
mungkin meminta pengurangan harga, melainkan ia telah merasa menyesal di
dalam hati, ataupun setelah terasa sesuatu mudharat tertimpa atas dirinya
kerana jual beli itu. Maka tidak semestinya si penjual merasa senang
hati,
sebab kemudharatan saudaranya itu berpunca dari dirinya. Dalam sebuah
sabda:
"Sesiapa yang mengurangkan harga pembelian seseorang yang merasa menyesal
atas jual belinya, niscaya Allah akan mengurangkan kesalahannya di Hari
Kiamat"
(6) Hendaklah is menguruskan jual belinya terhadap kaum
fakir
miskin dengan segala kelonggaran yang boleh. Dalam pada itu, ia berniat
di
dalam hati tidak akan menuntut jika mereka dalam kesusahan. Para salaf
Saleh biasanya berkata kepada si fakir: Ambillah apa yang engkau hajati,
bila ada kelapangan barulah bayar. Kalau tidak, maka anggaplah ia sebagi
halal dan sedekah. Begitulah caranya para salaf mengurus perniagaannya.
Kesimpulannya perniagaan itu ialah puncak ujian seseorang. Di sinilah
dapat di uji agama seseorang dan kawara'annya.
(Bersambung)
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Give at-risk students the materials they need to succeed at DonorsChoose.org!
http://us.click.yahoo.com/SBefZD/LpQLAA/E2hLAA/.DlolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
______________________________________________________________________
http://www.numesir.org untuk informasi tentang Cabang Istimewa NU Mesir dan
KMNU2000, atau info-info seputar Cairo dan Timur Tengah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami berharap Anda selalu bersama kami, tapi jika karena suatu hal Anda harus
meninggalkan forum ini silakan kirim email ke:
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/kmnu2000/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/