Ass,wrwb. Selawat! Berita ini tadi saya baca dari koran. Kawan2,yang tinggal di Jakarta dsk, yang ingin jumpa dg Ahmadinejad! Datanglah! he he.. InsyaALlah, mulai Rabu Besok, selama 3 hari, beliau akan berkunjung ke Malaysia, tempat yang didatangi adalah,Wisma Putra, Kawasan Twin-Tower Petronas, Putra jaya, Cyberjaya,dll. Beliau juga akan sowan pada Yang Dipertuan Agung Sirojuddin.. Kawalannya sebagaimana biasa saja, layaknya kunjungan antar kepala Negara. Bagi Ahmadinejad pengawal yang sesungguhnya hanyalah Allah SWT, dengan para MalaikatNYA... InsyaALlah. Lain halnya dengan Bush seperti yang diceritakan di bawah ini, padahal dia sering cakap Tuhan bersama kita...? 71,000 polis kawal Bush lawat India NEW DELHI 27 Feb. - India hari ini memulakan latihan keselamatan besar-besaran menjelang lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush minggu ini dengan menggerakkan pasukan komando dan polis antirusuhan. Bush dijadual tiba esok ini untuk lawatan tiga hari yang turut membawa beliau ke Hyderabad, ibu negeri Andhra Pradesh. Polis New Delhi meletakkan keseluruhan 71,000 anggotanya dalam keadaan berjaga-jaga dan menutup laluan ke hotel penginapan Bush. Sumber polis memberitahu, pasukan awal yang terdiri daripada 250 orang anggota Perkhidmatan Rahsia AS telah tiba dengan empat kapal terbang yang juga membawa kenderaan termasuk limosin berperisai yang akan digunakan oleh Bush. AS juga telah menghantar sekurang-kurangnya empat helikopter ke ibu negara India untuk lawatan tersebut yang berakhir Sabtu ini apabila Bush terbang ke Pakistan, kata sumber itu. ``Ia akan menjadi sistem keselamatan tiga pe-ringkat dengan Pasukan Polis Simpanan Tengah mengawal lingkaran luar dan jalan yang akan digunakan,'' kata seorang pegawai polis anti-rusuhan. Bush akan menemui rakan sejawatannya Abdul Kalam di istana yang dibina oleh British di bawah kawalan ketat. Beliau kemudiannya akan mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Manmohan Singh di rumah tetamu negara yang kini telah dijadikan kawasan larangan kepada orang awam. Para pegawai berkata, Presiden AS itu dijadualkan melawat universiti pertanian, sekolah perniagaan dan kemudahan penyelidikan perubatankistan, kata sumber itu. ``Ia akan menjadi sistem keselamatan tiga pe-ringkat dengan Pasukan Polis Simpanan Tengah mengawal lingkaran luar dan jalan yang akan digunakan,'' kata seorang pegawai polis anti-rusuhan. Bush akan menemui rakan sejawatannya Abdul Kalam di istana yang dibina oleh British di bawah kawalan ketat. Beliau kemudiannya akan mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Manmohan Singh di rumah tetamu negara yang kini telah dijadikan kawasan larangan kepada orang awam. Para pegawai berkata, Presiden AS itu dijadualkan melawat universiti pertanian, sekolah perniagaan dan kemudahan penyelidikan perubatan. Sumber "Utusan Malaysia"
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ______________________________________________________________________ http://www.numesir.org untuk informasi tentang Cabang Istimewa NU Mesir dan KMNU2000, atau info-info seputar Cairo dan Timur Tengah. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kami berharap Anda selalu bersama kami, tapi jika karena suatu hal Anda harus meninggalkan forum ini silakan kirim email ke: [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/kmnu2000/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
