INTISARI KITAB
Mau'izhatul Mu'minin min
"IHYA' ULUMIDDIN"
==Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali==
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)

--------------------------------------------------------------------------------

Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah
amma ba'du... 

Kitab Adab Pergaulan, Persaudaraan Dan Persahabatan (7/15)

 (4) HAK MEMELIHARA LIDAH DALAM UCAPAN 
        
      Persaudaraan itu bukanlah semata-mata dengan menutup mulut dari 
      menyebut-nyebut segala yang dibenci oleh saudara itu, malah 
      menyebut-nyebut segala yang disukai dan digemarinya juga, bahkan yang 
      akhir ini lebih utama lagi. Sebab jika memadai dengan berdiam diri saja, 
      maka lebih baiklah kita bersahabat dengan ahli-ahli kubur. Jadi nyatalah, 
      bahwa tujuan utama persaudaraan itu, ialah supaya kita menimbulkan 
      kebaikan kepada saudara kita, dan bukanlah dengan semata-mata 
      menghindarkan dirinya dari gangguan atau bahaya yang mungkin kita lakukan 
      terhadapnya.
        
      Sememangnya berdiam diri dari menyebut-nyebut keburukan kawan itu, 
seperti 
      menolak bahaya daripadanya, tetapi yang patut dilakukan juga ialah 
      menyebut-nyebut kebaikannya dan memuji-mujinya. Tambahan lagi. 
      Sewajarnyalah kita bertanyakan hal-ehwalnya seperti bertanyakan kalau ada 
      sesuatu halangan yang mungkin menimpa dirinya, lalu kita melahirkan 
      perasaan kurang senang dan mengambil berat mengenainya. Ataupun jika 
kawan 
      sakit, kita tunjukkan perasaan dukacita kalau terlalu lambat sembuh dari 
      penyakit itu. Ataupun jika berlaku lain-lain hal yang mungkin tiada 
      menyenanginya. Ataupun jika berlaku lain-lain hal yang mungkin tiada 
      menyenanginya, maka hendaklah kita turut melahirkan perasaan simpati 
      terhadapnya dengan ucapan dan perbuatan. Sebaliknya jika hal yang berlaku 
      itu mendatangkan rasa gembira dan senang dalam hatinya, maka hendaklah 
      kita turut melahirkan perasaan simpati terhadapnya dengan ucapan dan 
      perbuatan. Sebaliknya jika hal yang berlaku itu mendatangkan rasa gembira 
      dan senang dalam hatinya, maka hendaklah kita turut melahirkan perasaan 
      yang sama terhadapnya dengan ucapan, ataupun kita turut bersama-sama 
      bergembira kerana peristiwa atau sempena itu.
        
      Pendek kata pengertian persaudaraan itu ialah bersama-sama berkongsi jiwa 
      dalam kesenangan dan kesusahan.
        
      Berkta Rasulullah s.a.w dalam sabdanya.
        
      "Kiranya seseorang kamu mencintai saudaranya, maka hendaklah 
diberitahukan 
      kepadanya.

      Sebabnya Rasulullah s.a.w. menyuruh kita memberitahukannya kerana hal itu 
      akan melahirkan perasaan kasih sayang yang lebih. Jika kawan anda 
      mengetahui, bahwa anda mencintainya, tentulah ia akan mencintai anda 
sama, 
      bahkan barangkali lebih dari itu. Demikianlah cinta antara kedunya itu 
      akan terus bertambah dari masa ke semasa dan cinta antar Mu'min dengan 
      Mu'min yang lain, adalah amat dituntut di dalam syariat dan paling 
      dikasihi oleh Agama Islam.
        
      Oleh itu juga, maka Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kepada kita jalan 
      ini, dengan sabdanya:
        
      "Beri memberilah antara kamu, niscaya kamu akan cinta-mencintai antara 
      sesama kamu" 
        
      Di antaranya hendaklah anda memanggilnya dengan nama-nama yang amat 
      disukai olehnya sama ada pada masa ia berada di hadapan anda ataupun 
tidak.
        
      Berkata Umar Ibnul-Khattab r.a.: Tiga perkara akan menimbulkan kasih 
      sayang saudaramu kepadamu:
        
      (1)               Hendaklah anda memberi salam kepadanya bila bertemu
      (2)               Hendaklah meluaskan tempat duduk baginya dalam majlis.
      (3)               Hendaklah memanggilnya dengan sebaik nama yang 
      disukainya.
        
      Juga seharusnyalah anda memuji perilakunnya yang baik kepada orang-orang 
      yang memang dia senang kalau diceritakan tentang perilakunya. Itu juga 
      akan membawa sebab rasa gembiranya kepada anda. Ataupun anda memuji 
      anak-anaknya, isterinya, usahanya dan perbuatannya yang baik, malah patut 
      juga anda memuji akal pemikirannya, budi pekertinya, bentuk dan rupanya, 
      tulisannya, syair-syairnya, karya-karyanya dan segala apa saja yang boleh 
      menimbulkan kegembiraan pada diri kawan itu. Tetapi itu semua tidak boleh 
      dilakukan secara berpura-pura, atau dengan itu bohong, atau secara 
      berlebihan-lebihan, hanya yang dibolehkan ialah mengindahkan mana-mana 
      berita yang patut diindahkan saja.
      Lebih digalakkan lagi, ialah supaya anda menyampaikan pujian orang jika 
      memang ada yang memujinya, kemudian anda tunjukkan rasa gembira atas 
      pujian itu, kerana menyembunyikan berita itu boleh dikira semacam dengki 
      dan iri hati.

      Selain itu, hendaklah anda berterima kasih kepada kawan anda, bila dia 
      membuat sesuatu perkara baik terhadap anda. Bahkan wajar sekali anda 
      berterima kasih atas cita-citanya yang baik, meskipun dia belum sempat 
      menyempurnakan cita-cita itu.

      Lebih berkesan lagi dalam menarik rasa cinta kawan anda, ialah membela 
      dirinya pada masa ia absen (tidak hadir); iaitu apabila ada orang 
      mengkecam kehormatannya, sama ada dengan ucapan yang terang-terangan 
      ataupun sindiran. Sebab hak persaudaraan itu ialah menyegerakan diri 
untuk 
      melindungi kawan dalam segala hal, dan menolongnya menentang orang yang 
      mencacinya, sehinggakan jika perlu boleh dikeraskan suara dalam menangkis 
      kecaman dan cacian orang itu. Mendiamkan diri dalam persoalan seumpama 
ini 
      akan menyempitkan dadanya, dan menyebabkan kawan melarikan diri tidak 
      ingin bersahabat terus dengan anda. Ini merupakan suatu kecacatan dalam 
      hak persaudaraan. Jadi membiarkan saja orang lain mencemarkan kehormatan 
      kawan tanpa membuat sesuatu, samalah seperti membiarkan orang lain 
      mengoyak-ngoyakkan dagingnya di hadapan anda. Sejelek-jelek kawan, ialah 
      bila ia melihat kawannya sedang diserang oleh anjing, dagingnya 
      digigit-gigit oleh anjing tadi, padahal dia berdiam diri saja menonton 
      kejadian itu berlaku di hadapan matanya. Dia tiada mempunyai belas 
kasihan 
      atau simpati untuk mempertahankannya. Dan sudah memang di akui, bahwa 
      mencemarkan kehormatan diri itu pada tekanan jiwa, adalah lebih berat 
      ditanggung daripada dagingnya dikoyak-koyak oleh gigitan anjing. Sebab 
      itulah Allah s.w.t. telah menyamakan orang yang mencemarkan kehormatan 
      orang lain itu dengan memakan daging saudaranya yang sudah mati.
        
      Firman Allah Ta'ala:
        
      "Sukakah seseorang kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?  
      (al-Hujurat: 12)
        
      Jelaslah, bahwasanya melindungi kawan dengan menolak celaan 
musuh-musuhnya 
      dan menentang orang-orang yang mencacinya itu adalah wajib dan menentang 
      yang tulen.
      Setengah orang berkata: Setiap kali kawanku dicaci orang, melainkan 
      kugambarkan dirinya berada di hadapanku, maka akan kuucapkan apa-apa yang 
      patut didengarnya, jika ia hadir.

      Tugas yang lain terhadap kawan, ialah mengajarnya ilmu pengetahuan yang 
      berguna serta memberikan nasihat yang berfaedah. Sebab hajat kawan kepada 
      ilmu pengetahuan tidak kurang dari hajat kawan kepada ilmu pengetahuan 
      tidak kurang dari hajatnya kepada harta kekayaan. Maka jika anda kaya 
      dengan ilmu pengetahuan, sayugialah anda membantu mengajarnya dari 
      kelebihan ilmu yang ada pada anda, dan menunjukinya ke jalan mendatangkan 
      baginya manfaat dunia dan akhirat.

      Andaikata sesudah anda mengajar dan menunjukkannya jalan yang benar, 
      malah dia tidak menurut petunjuk itu, maka hendaklah anda memberi 
masihat; 
      iiatu dengan mengingatkannya tentang bencana-bencana perbuatan itu serta 
      dengan mengingatkannya tentang bencana-bencana perbuatan itu serta 
      faedah-faedahnya pula, jika ditinggalkan kelakuan itu. Kemudian 
      diingatkannya pula tentang perkara-perkara yang harus dibencinya, dunia 
      dan akhirat, mudah-mudahan ia menginsafi dirinya dan tersedar akan 
      kesalahan-kesalahan atau keburukan yan dilakukannya.

      Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia, supaya tiada 
      seorang pun yang mengetahuinya, kerana nasihat yang disampaikan di 
hadapan 
      khalayak ramai itu, bukanlah teguran atau nasihat, melainkan suatu 
      kecemaran yang memalukan. Teguran yang disampaikan secara rahsia itulah 
      yang dinamakan belas kasihan dan nasihat yang sebenarnya.

      Berkata Zun-Nun: Bersahabat kepada Tuhan dengan menurut perintahNya. 
      Bersahabat kepada makhluk dengan mengambil nasihatnya. Bersahabat kepada 
      nafsu dengan meninggalkan keiginannya.

      Janganlah menyangka bahwa menasihati seorang kawan itu akan menyebabkan 
      hatinya tak senang, kerana mengingatkan apa yang ia tiada mengetahui itu, 
      merupakan tanda belas kasihan dan itulah yang dinamakan persepakatan hati 
      - yang maksudnya di sini ialah jiwa orang-orang yang waras fikirannya.

      Adapun orang-orang yang kurang akalnya, maka tentu sekali tiada boleh 
      dikira dalam kategori di atas tadi. Ketahuilah, bahwa orang yang 
      mengingatkan kamu atas perbuatanmu yang jahat, atau menegur kelakuanmu 
      yang tak senonoh supaya kamu mengubahnya itu, samalah seperti orang yang 
      memberitahu kamu; ada seekor ular atau kala jengking dikakimu, dan 
      binatang itu hampir pula membinasakan kamu. Andai kata kamu marah kepada 
      orang yang memberitahu itu, tentulah amat dahsyat sekali kebodohan kamu 
      itu?!
      Kelakuan-kelakuan yang buruk itu samalah seperti kala-jengking dan ular, 
      sebab ia akan membinasakan kamu di akhirat kelak. Kelakuan-kelakuan itu 
      akan merosakkan hati dan jiwa, dan pedihnya lebih hebat daripada anggota 
      dan tubuh badan yang digigit ular atau kala jengking, kerana 
      kelakuan-kelakuan yang tak senonoh itu dijadijan Allah dari api neraka 
      yang bernyala-nyala.

      Oleh kerana itulah maka Umar Ibnul-Khattab r.a. meminta para sahabatnya 
      untuk menunjukkan keaibannya. Beliau berkata: Moga-moga Allah merahmati 
      orang yang menunjukkan keaiban saudaranya.

      Salah seorang para salaf menulis kepada saudaranya, katanya: Ketahuilah 
      wahai saudaraku, bahwa orang yang selalu membaca al-Quran sedangkan 
      hatinya amat terpikat kepada harta kekayaan dunia, maka saya belum yakin 
      bahawasanya ia tiada tergolong orang-orang yang suka mengejek-ejek 
      keterangan-keterangan Allah Ta'ala.
      Allah s.w.t telah mensifatkan orang-orang yang suka berbohong itu dengan 
      sikap orang yang membencikan orang-orang yang menyampaikan nasihat, 
      firmanNya:
        
      "Akan tetapi kamu tiada menyukai orang-orang yang memberikan nasihat." 
      (al-A'raf: 78)
        
      Ini sekiranya keaiban itu dilakukan secara tidak sengaja atau secara 
      lalai. Akan tetapi sekiranya keaiban itu dilakukan dengan sengaja, maka 
      hendaklah mengambil sikap lemah-lembut dalam menyampaikan nasihat atau 
      teguran. Sekali dengan sindiran dan sekali lagi dengan terang-terangan, 
      dengan syarat tidak sampai menimbulkan kebosanannya. Jika anda dapati 
      bahwa nasihat itu tidak memberi apa-apa kesan pada dirinya, malah semakin 
      dinasihati semakin menjadi-jadi kelakuan tak baik itu ditunjukkannya, 
maka 
      berdiam diri itu adalah lebih utama. Itu semua jika berkaitan dengan 
      maslahat-maslahat kawanmu dalam hal-ehwal agama dan dunianya.

      Adapun jika berkaitan dengan kepentingan diri kamu, di mana ia telah 
      dicuaikan oleh kawan, maka hendaklah kamu menanggungnya dengan sabar dan 
      cuba memaafkan dan melupakan saja, ataupun pura-pura tidak melihat.

      Melibatkan diri dalam menegur orang serupa itu tidak ada gunanya. Ya, 
jika 
      keterlaluan kelakuan buruknya itu mungkin akan menyebabkan putus 
      perhubungan antaranya dengan anda, maka memarahnya dengan secara rahasia 
      itu lebih baik daripada menegur secara terus terang, ataupun menulis 
      surat kepadanya adalah lebih utama daripada mencelanya dengan lisan. 
      Walaupun begitu, yang lebih utama dari ini semua ialah menahan diri dari 
      bertindak, jika boleh.
   
(Bersambung)     


[Non-text portions of this message have been removed]



______________________________________________________________________
http://www.numesir.org untuk informasi tentang Cabang Istimewa NU Mesir dan 
KMNU2000, atau info-info seputar Cairo dan Timur Tengah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami berharap Anda selalu bersama kami, tapi jika karena suatu hal Anda harus 
meninggalkan forum ini silakan kirim email ke: 
[EMAIL PROTECTED] 
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/kmnu2000/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke