Sent: Tuesday, August 19, 2008 1:19 PM
Subject: SHAUM menurut Al-Imam Ghozali Ra - 1/5


SHAUM menurut Al-Imam Ghozali Rodiallahu'an. 1/5

Hujjatul Islam Al-Imam Ghozali dalam kitab Ihya Ulumiddin bab puasa 
mengatakan :

Sebesar-besar nikmat yang pernah dikurniakan Allah ke atas hamba-hambaNya 
ialah dengan menjadikan puasa itu benteng bagi para wali dan pelindungan 
bagi mereka dari segala tipu daya syaitan dan angan-angannya, sebagimana 
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Puasa itu separuh kesabaran"

Allah telah berfirman:
"Hanyasanya orang-orang yang sabar itu dipenuhi pahalanya tanpa 
 perhitungan."   (az-Zumar: 10)

Kalau begitu pahalanya kesabaran itu telah melampaui batas-batas perkiraan 
dan perhitungan dan memadailah kalau kita mengetahui keutamaannya dengan 
sabda Rasulullah s.a.w. yang berikut:

"Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut 
seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah dari bau-bauan 
minyak kasturi. Allah azzawajalla berkata: Sesungguhnya ia telah 
meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumannya kerana Aku. Puasa itu 
(dilakukan) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya sendiri."

Orang yang berpuasa itu dijanjikan Allah akan bertemu denganNya untuk 
menerima balasan puasanya itu.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan: Kegembiraan yang pertama 
ketika masa berbuka puasanya, dan kegembiraan yang lain ialah ketika masa 
menemui Tuhannya."

Dalam penafsiran makna ayat yang berikut:

"Tiada seorang pun yang mengetahui apa-apa yang telah disembunyikan daripada 
mereka itu dari cahaya mata, iaitu sebagai pembalasan terhadap segala yang 
mereka kerjakan."   (as-Sajdah:17)
Yakni amalan yang mereka kerjakan itu ialah berpuasa sebab Allah berfirman 
pula pada ayat yang lain:

"Hanyasanya orang-orang yang bersabar itu dipenuhi pahalanya tanpa 
perhitungan."  (az-Zumar: 10)

Nyatalah orang yang berpuasa itu akan diberikan balasan secukup-cukupnya dan 
dilipat-gandakan pahalanya tanpa dapat diragukan lagi atau diperhitungkan 
banyaknya. Sudah sewajarnyalah ia menerima balasan yang begitu besar, sebab 
puasa itu adalah dikerjakan kerana Allah semata-mata dan ditujukan 
kepadaNya, tiada lain. Walaupun ibadat-ibadat yang lain itu pun ditujukan 
kepada Allah jua, tetapi ada dua perbedaannya:

1.-Bahawasanya puasa itu adalah menahan diri dan meninggalkan hawa nafsu, dan 
ia adalah rahsia di dalam diri seseorang dan bukan merupakan amalan yang 
boleh dilihat. Semua ketaatan dibuat di mata ramai dan dapat diketahui, 
melainkan puasa saja, tiada yang melihatnya selain Allah azzawajalla. Ia 
adalah suatu amalan dalam kebatinan yang disertai dengan kesabaran 
semata-mata.

2.-Bahawasanya puasa itu merupakan suatu jalan penentangan terhadap musuh Allah 
azzawajalla, sebab jalan syaitan itu, ialah melalui syahwat dan hawa nafsu 
yang meminta banyak makan dan minum. Jadi dalam menekan dan menentang 
kemahuan musuh Allah itu adalah suatu pertolongan kepada Allah Ta'ala 
sedangkan pertolongan Allah kepada kita itu tergantung atas pertolongan dari 
Allah Ta'ala.

Allah telah berfirman:

"Jika kamu sekalian menolong Allah (menurut perintah Allah), tentulah Allah 
akan menolong kamu dan akan menetapkan kaki kamu (kedudukan kamu)." 
(Muhammad: 7)
Dengan jalan inilah puasa itu menjadi pintu bagi segala peribadatan dan 
perlindungan dari hawa nafsu. Jika kita telah mengetahui keutamaannya begitu 
besar sekali, maka hendaklah kita menuntut syarat-syaratnya yang lahir dan 
batin dengan mempelajari rukun-rukunnya, sunat-sunatnya dan syarat-syarat 
kebatinannya.

===ed:hmd==
=============================
Bagi Anda yang ingin mendengarkan Audio MP3 Pengajian Tradisional Kitab 
IRSYADUL IBAD ila Sabilirrosyad
dapat mendownload filenya di :

http://www.4shared.com/dir/6411196/58e36731/MP3_TALIM_IRSYADUL_IBAD.html

Pengajian dipimpin oleh Ustad Drs.H.Ruslan Mawardi MAg. Pimpinan Majlis Taklim 
DARUUT TAUBAH
Kebon Nanas Selatan Jakarta Timur.
File-file MP3 yang di share, sdh mendapat izin untuk disebar luaskan untuk 
Dakwah Islamiyah.






[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke