Salam, Terimakasih pak Ustaz atas postingnya!
  Saya juga akan posting dari koran "Utusan Malaysia" untuk menambah wawasan 
dan tambahan info, semoga berkenan!
   
    http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? 
y=2009&dt=0107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
   
  ARKIB : 07/01/2009     Cinta Asyura dan Karbala    Oleh HELMI MOHD. FOAD
(WARTAWAN UTUSAN)
  
  PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, 
bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam. 
  Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus 
terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam. 
  Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan 
tahun baru Masihi baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas 
mencemarkan kemuliaan Muharam. 
  Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - 
satu amalan yang diperintah Allah. 
  Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati 
kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama 
Muhajirin di Madinah. 
  Hijrahnya Rasulullah, menandakan tamatnya segala penindasan ke atas golongan 
mustadafin (tertindas dan lemah) lantas membuka era baru perkembangan Islam - 
darinya juga bermula sebuah negara yang berlandas pimpinan Ilahiah. 
  Namun bulan Muharam juga mengingatkan kita peristiwa besar yang terjadi dalam 
sejarah tamadun manusia selepas Rasulullah iaitu 10 Muharram 61 Hijrah yang 
menyaksikan cucu kesayangan baginda, Hussin bin Ali bersama rombongannya 
terbunuh di Karbala. 
  Jika Maal Hijrah, umat Islam bergembira, peristiwa 10 Muharam pula disaduri 
dengan kesedihan. Tetapi apabila disebut kita sambut 10 Muharam dengan ingatan 
pada peristiwa Karbala, ia sering kali dianggap suatu yang asing, sesat lagi 
menyesatkan. Benarkah begitu?
  Kerana ia selama ini disambut dengan penuh emosi oleh pengikut Syiah dan 
Ahlul Bait tetapi tidak di sisi pengikut sunni amnya. Bagaimanapun tradisi di 
rantau ini yang Sunni begitu rapat dengan Asyura sebagaimana rapatnya 
masyarakat sebelah sini dengan ritual seperti tahlil dan marhaban yang 
didatangkan dari Hadratulmaut. 
  Semuanya dikaitkan dengan ingatan terhadap Ahlul Bait.
  Bergantung kepada budaya setempat, Asyura (versi Syiah?) disambut seperti di 
ibu kota Teheran, Iran; Karbala di Iraq; Lucknow, India dan Nabatiye, selatan 
Lebanon, malah tidak ketinggalan di serata tempat termasuk Malaysia. 
  Hari mereka berdukacita dari 1 Muharam sampailah kepada 10 Muharam dan ia 
berlanjutan selama 40 hari perkabungan (Arbaen). 
  Ya, semua itu tiada dalam al-Quran dan Hadis nabi secara berterus terang 
sebagaimana sambutan Maal Hijrah. Tetapi peristiwa penjarahan kejam terhadap 
Hussin, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya oleh tentera Umar bin Saad di 
Karbala membuka lembaran sejarah kepada umat.
  Ia tidak seharusnya menjadi milik Syiah semata-mata tetapi ia milik seluruh 
umat yang cintakan perdamaian dan kebencian pada kezaliman. Kerana Ahlul Bait 
adalah warisan tinggalan Rasulullah buat pegangan seluruh umat selepas 
al-Quran. 
  Menyambut 10 Muharam dengan mengingati Hussin bukan bererti kita semua 
menjadi Syiah atau Rafidhah (sesat). Tetapi mengingati kesyahidannya di Karbala 
adalah sebahagian rasa cinta dan sayang pada belahan jiwa Rasulullah itu. 
  Sedih
  Sebagaimana yang diulang sebut dalam tahlil kita, ''Sesungguhnya Allah 
bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait dan membersihkan 
kamu sebersih-bersihnya" (al-Ahzab:33) . 
  Justeru wajarkah manusia-manusia yang dibersihkan oleh Allah itu dibunuh 
kejam. Layakkah insan yang dikasihi Nabi diperlakukan sebegitu rupa. Umat 
apakah kami ini, ya Allah? 
  Jadi wajarkah kita tidak mempunyai secebis rasa sedih meskipun tidak beremosi 
bila mengenangkan sejarah hitam itu. 
  Ketika Hussin menyaksikan dengan matanya, Ali Akbar dipanah dalam keadaan 
tekaknya kering kehausan. Tidak cukup itu, bayi kecil, Ali Asghar yang 
merengek-rengek perlukan air tetapi panah pula yang dilayang ke tubuhnya. 
  Bagi mereka yang begitu rapat dengan sejarah itu, emosinya membuak-buak, 
linangan air mata tidak dapat dibendung. Kadang kala kerana faktor budaya 
setempat, ada yang terdorong melukakan badan mereka, mungkin ingin merasai 
penderitaan Hussin dan keluarganya. 
  Apa peliknya jika Presiden, Gamal Abdul Naser mati dibunuh Khalid Islamboli, 
ada juga orang Mesir meratap hingga membunuh diri, inikan cucu Nabi yang 
dibunuh. Jadi tidak mustahil ada yang bertindak terlalu emosi dan meluahkan 
segala-galanya. 
  Namun wajarkah mereka yang dikatakan sebagai pengamal bidaah itu dihapuskan 
dan dihalalkan darah mereka dengan aksi letupan bom sebagaimana sering terjadi 
di Pakistan dan juga Iraq apabila golongan Syiah beramai-ramai keluar menyambut 
Asyura secara terbuka selepas puluhan tahun dihalang rejim Saddam Hussein. 
  Seharusnya umat Islam kini tidak lagi dibebankan dengan pertelingkahan 
sejarah lama. Ketika ada yang marah kerana sambutan Asyura, sebenarnya Karbala 
moden sedang berlaku dan Asyura terus menangis.
  Bumi Gaza dibedil, dijarah sejak 27 Disember lalu. Serangan darat yang telah 
dimulakan oleh tentera Zionis tidak mengenal kanak-kanak, bayi dan wanita. 
Sasarannya membabi buta - masjid, hospital dan pasar. 
  Tentera rejim itu tiada bezanya dengan kejamnya Umar bin Saad atau Syamir bin 
Dzi Al-Jausyan ketika di Karbala. 
  Keadaannya juga sama, jika tiada seorang pun penduduk Kufah yang berani 
melawan kezaliman tentera Umayyah untuk menyelamatkan Hussin yang sepatutnya 
mereka baiah sebagai pemimpin dan ikutan.
  Begitu juga Gaza, tiada penguasa atau negara yang mampu melawan Israel. 
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tidak mampu berbuat apa-apa meskipun 
Palestin adalah isu yang melibatkan sama ada Sunni atau Syiah. 
  Kita hanya mampu berdemonstrasi, melaung-laungkan ''Jahanam-jahanam Israel, 
Hidup-Hidup Islam' atau Hancur Amerika! dan setidak-tidaknya hulurkan bantuan 
kemanusiaan. Itu semua sekadar tindakan ad-hoc untuk Palestin. 
  Selepas itu, masing-masing pulang ke rumah boleh bersuka ria dan bergelak 
ketawa di bulan Muharam ini. Tetapi Asyura membuatkan penderitaan Palestin 
terasa dekat di hati. 
  Ahli sejarah al-Makrizi dalam al-Khuthath sebagaimana yang dipetik dari 
tulisan Jalaluddin Rakhmat menyebut; ''Dinasti Fatimiah di Mesir menjadikan 
Asyura sebagai hari dukacita (mengenang kematian Hussin di Karbala)… Ketika 
Bani Ayub merebut Mesir, mereka menjadikan hari itu hari gembira… Melanjutkan 
tradisi orang Syam yang dirintis oleh Al-Hajjaj pada zaman Abdul Malik bin 
Marwan.''
  Untuk catatan sepanjang ratusan tahun Hijrah, mimbar masjid di zaman Umaiyah 
disuruh mengutuk Imam Ali sehinggalah ia ditamatkan oleh Khalifah Umar al-Abdul 
Aziz yang mengubahnya kepada kalimah ''Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu 
kepada keadilan dan ihsan.''
  Jalaluddin dalam bukunya, Meraih Cinta Ilahi,Pencerahan Sufistik 
mengungkapkan setiap kali Asyura, pengikut Ali di Karbala merekonstruksi 
peristiwa itu dan merintih penuh nestapa. 
  Mereka berteriak, ''Setiap hari adalah Asyura dan setiap bumi adalah Karbala. 
Kita baca ungkapan itu sebagai ''Setiap hari adalah perjuangan dan di mana saja 
kita berpijak itulah bumi perjuangan," Selawat…
  Kezaliman
  Lantas Asyura bukan sekadar menjadi lambang penentangan kezaliman pemerintah 
dalam dinasti Umaiyah. Memandangkan Khilafah ketika itu mendokong aliran sunnah 
maka ada pihak yang menganggap sambutan Asyura adalah lambang penentangan 
kepada sunni. 
  Namun sebenarnya Asyura adalah sumbu penolakan kepada sebarang kekejaman dan 
penindasan ke atas mustadafin. Gelombang semangat Asyura jugalah satu ketika 
dulu menumbangkan Syahansyah Reza Pahlawi atau Shah Iran oleh pendukung garisan 
Imam Khomeini, meskipun raja segala raja itu adalah Syiah. 
  Sambutan Asyura tahun demi tahun itulah menyalakan semangat penentangan ke 
atas tentera Israel oleh Hizbullah, pimpinan Hassan Nasrallah yang 
mengisytiharkan kemenangan dalam perang 34 hari dengan rejim itu pada 2006. 
  Dan Hizbullah secara jelas mengiktiraf kepimpinan wilayah al-faqih di Iran. 
  Dengan semangat menentang kezaliman itulah juga Presiden George Bush 
dimalukan oleh wartawan, Muntazer al-Zaidi, seorang Syiah dengan lontaran 
jamrah 'kasut but' saiz 10 itu. 
  Oleh itu, apabila membaca sejarah Karbala, ia sebenarnya terlalu dekat dengan 
apa yang telah berlaku sekarang dan mengajak kita berfikir bagaimana harus 
dilakukan untuk merubah nasib umat. 
  Asyura adalah menyatakan rasa sedih dan meluahkan kecintaan mendalam pada 
Hussin dan ahli keluarganya, sebagaimana Nabi pernah menyatakan rasa sedemikian 
rupa pada cucunya itu.
  


  


   
  Wsalam..

"(BAZ)" <[email protected]> wrote:
             
  

    Assalamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. 
Semoga Netter Al-Sofwa Senantiasa Dalam Lindungan Allah Subhannahu wa Ta'ala.
   
  Asyura' Dalam Perspektif Islam, Syi'ah

    A. Asyuro' dalam ajaran Islam 

Ulama Ahlussunnah sepakat bahwa pada hari 10 Muharram disyari'atkan untuk 
berpuasa. Ibnu Abbas menceritakan : 
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tiba di Madinah, lalu beliau melihat 
orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura' ( tanggal 10 Muharram), maka 
beliau bertanya: "Hari apakah ini?" Mereka menjawab: "Ini adalah hari yang 
baik. Ini adalah hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, 
maka Musa shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa pada hari itu karena syukur 
kepada Allah. Dan kami berpuasa pada hari itu untuk mengagungkannya." Nabi 
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Aku lebih berhak atas Musa daripada 
kalian", maka Nabi berpuasa Asyura' dan memerintah-kan puasanya." (HR. 
Al-Bukhari dan Muslim) 

Harus Menyalahi Ahli Kitab 

Para sahabat berkata kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam : "Ya 
Rasulullah, sesung-guhnya Asyura' itu hari yang diagungkan oleh orang Yahudi 
dan Nasrani", maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tahun 
depan insya Allah kita akan puasa (juga) pada hari yang kesembilan." (HR. 
Muslim (1134) dari Ibnu Abbas). 

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Abbas dari jalur lain, sabda Rasulullah 
shallallahu 'alaihi wasallam : 
"Berpuasalah pada hari Asyura' dan selisihilah orang-orang Yahudi itu, 
berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya." (Fathul Bari, 4/245). 
Imam Syafi'i juga meriwayatkan hadits di atas, makanya beliau di dalam kitab 
Al-Um dan Al-Imla' menyatakan kesun-nahan puasa tiga kali tanggal 8, 9 dan 10 
Muharram. (Al-Ibda', Ali Mahfudz hal. 149, Fathul Bari 4/246). 

Keutamaan Asyura' 

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ditanya tentang puasa Asyura', maka 
beliau menjawab: 
"Ia menghapuskan dosa tahun yang lalu." (HR. Muslim (1162), Ahmad 5/296, 297). 

Karena itu, pantas jika Ibnu Abbas menyatakan : "Saya tidak pernah melihat 
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa pada suatu hari karena ingin 
mengejar keutamaannya selain hari ini (Asyura') dan tidak pada suatu bulan 
selain bulan ini (maksudnya: Ramadhan)." (HR. Al-Bukhari (2006), Muslim 
(1132)). 

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :  
"Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah bulan Allah yang bernama 
Muharram. (HR. Muslim,1163). 

B. Bid'ah-bid'ah Asyura' 

10 Muharram 61 H adalah hari terbu-nuhnya Abu Abdillah Al-Husen bin Ali (ra) di 
padang Karbala. Karena peristiwa berdarah ini, setan berhasil menciptakan dua 
kebid'ahan sekaligus. 

Pertama : Bid'ah Syi'ah 

Asyura' dijadikan oleh Syi'ah sebagai hari berkabung, duka cita, dan menyiksa 
diri sebagai ungkapan dari kesedihan dan penyesalan. Pada setiap Asyura', 
mereka memperingati kematian Al-Husen dan melakukan perbuatan-perbuatan yang 
tercela seperti berkumpul, menangis, meratapi Al-Husen secara histeris, 
membentuk kelompok-kelompok untuk pawai berkeliling di jalan-jalan dan di 
pasar-pasar sambil memukuli badan mereka dengan rantai besi, melukai kepala 
dengan pedang, mengikat tangan dan lain sebagainya. (At-Tasyayyu' Wasy-Syi'ah, 
Ahmad Al-Kisrawiy Asy-Syi'iy, hal. 141, Tahqiq Dr. Nasyir Al-Qifari). 

Kedua : Bid'ah Jahalatu Ahlissunnah 

Sebagai tandingan dari apa yang dilakukan oleh orang Syi'ah di atas, orang 
Ahlussunnah yang jahil (Bodoh) menjadikan hari Asyura' sebagai hari raya, pesta 
dan serba ria. 

Menurut Ahmad Al-Kisrawi Asy-Syi'iy: "Dua budaya (bid'ah) yang sangat kontras 
ini, menurut literatur yang ada bermula pada jaman dinasti Buwaihi (321H - 447 
H.) yang mana masa itu terkenal dengan tajamnya pertentangan antara 
Ahlus-sunnah dan Syi'ah. Orang-orang jahalatu (bodoh) Ahlussunnah menjadikan 
Asyura' sebagai hari raya dan hari bahagia sementara orang-orang Syi'ah 
menjadikannya sebagai hari duka cita, mereka berkumpul membacakan syair-syair 
haru kemudian menangis dan menjerit." (At-Tasyayyu' Wasy-Syi'ah hal.142) 

Sementara Syekh Ali Mahfudz mengatakan bahwa di Kufah ada kelompok Syi'ah yang 
sampai ghuluw (berlebihan) dalam mencintai Al-Husen (ra) yang dipelopori oleh 
Al-Mukhtar bin Abi Ubaid Ats-Tsaqafi (tahun 67 H dibunuh oleh Mush'ab bin 
Az-Zubair) dan ada kelompok Nashibah (yang anti Ali beserta keturunannya), yang 
diantaranya adalah Al-Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi. Dan telah disebut di dalam 
hadits shahih. 
"Sesungguhnya (akan muncul) di Tsaqif (kepala suku dari Hawazin) seorang 
pendusta dan pembantai." 

Pendusta tadi adalah Al-Mukhtar yang memperselisihkan keimamahan Ibnul 
Hanafiyah, dan pembantai tadi adalah Al-Hajjaj yang membenci Alawiyyin, maka 
yang Syi'ah tadi menciptakan bid'ah duka cita sementara yang Nashibah 
menciptakan bid'ah bersuka ria. (Al-Ibda' hal. 150) 

Bid'ah-bid'ah tersebut berbentuk :     
   Menambah belanja dapur. 
Banyak riwayat yang mengatakan :"Barangsiapa yang meluaskan (nafkah) kepada 
keluarganya pada hari Asyura', maka Allah akan melapangkan (rizkinya) selama 
setahun itu." (HR. At-Thabraniy, Al-Baihaqi dan Ibnu Abdil Barr). Asy-Syabaniy 
berkata: semua jalurnya lemah, Al-Iraqi berkata : sebagian jalur dari Abu 
Hurairah dishahihkan oleh Al-Hafidz Ibnu Nashir, jadi menurutnya ini hadits 
hasan, sedangkan Ibnul Jauzi menulisnya di dalam kumpulan hadits palsu. 
(Tamyizuth-Thayyib minal Khabits, no. 1472, Tanbihul Ghafilin, 1/367). 
Sementa-ra itu imam As-Suyuthi dengan tegas mengatakan : "Telah diriwayatkan 
tentang keutamaan meluaskan nafkah sebuah hadits dhaif, bisa jadi sebabnya 
adalah ghuluw di dalam mengagungkan-nya, dari sebagian segi untuk menandingi 
orang-orang Rafidhah (Syi'ah) karena syetan sangat berambisi untuk memalingkan 
manusia dari jalan lurus. Ia tidak peduli ke arah mana -dari dua arah- mereka 
akan berpaling, maka hendaklah para pelaku bid'ah menghin-dari bid'ah-bid'ah
 sama sekali." (Al-Amru Bil Ittiba', hal.88-89) 
Imam Ahmad mengatakan ketika ditanya : "Hadits ini tidak ada asalnya, ia tidak 
bersanad kecuali apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Uyainah dari Ibnul Muntasyir, 
sementara ia adalah orang Kufah, ia meriwayatkan dari seorang yang tidak 
dikenal." (Al-Ibda', Ali Mahfudz, 150) 

  
   Memakai celak (sifat mata). 

  
   Mandi. 
Mereka meriwayatkan sebuah hadits: "Barangsiapa yang memakai celak pada hari 
Asyura', maka ia tidak akan mengalami sakit mata pada tahun itu. Dan 
barangsiapa mandi pada hari Asyura', ia tidak akan sakit selama tahun itu." 
(Hadits ini palsu menurut As-Sakhawi, Mulla Ali Qari dan Al-Hakim) (Al-Ibda', 
hal. 150-151) 

  
   Mewarnai kuku. 

  
   Bersalam-salaman. Imam As-Suyuthi mengatakan : " Semua perkara ini (no.2-5) 
adalah bid'ah munkarah, dasarnya adalah hadits palsu atas nama Rasulullah 
shallallahu 'alaihi wasallam ." ( Al-Amru bil Ittiba', hal.88) 

  
   Mengusap-usap kepala anak yatim. 

  
   Memberi makan seorang mukmin di malam Asyura'. Mereka tidak segan-segan 
membuat hadits palsu dengan sanad dari Ibnu Abbas yang mirip dengan haditsnya 
orang Syi'ah yang berbunyi: 
"Barangsiapa berpuasa pada hari Asyura' dari bulan Muharram, maka Allah 
memberinya (pahala) sepuluh ribu malaikat, sepuluh ribu haji dan umrah dan 
sepuluh ribu orang mati syahid. Dan barangsiapa memberi buka seorang mukmin 
pada malam Asyura', maka seakan-akan seluruh umat Muhammad shallallahu 'alaihi 
wasallam berbuka di rumahnya sampai kenyang." (Hadits palsu dinyatakan oleh 
imam As-Suyuthi dan Asy-Syaukani, no. 34, lihat Tanbihul Ghafilin, 1/366). 

  
   Membaca do'a Asyura' seperti yang tercantum dalam kumpulan do'a dan Majmu' 
Syarif yang berisi minta panjang umur, kehidupan yang baik dan khusnul 
khotimah. Begitu pula keyakinan mereka bahwa siapa yang membaca do'a Asyura' 
tidak akan meninggal pada tahun tersebut adalah bid'ah yang jahat. (As-Sunan 
wal Mubtada'at, Muhammad Asy-Syuqairi, hal.134). 

  
   Membaca "Hasbiyallah wani'mal wakil" pada air kembang untuk obat dari 
berbagai penyakit adalah bid'ah. 

  
   Shalat Asyura'. Haditsnya adalah palsu, seperti yang disebutkan oleh 
As-Suyuthi di dalam Al-La'ali Al-Mashnu'ah (As-Sunan wal Mubtada'at, 134).
  C. Asyuro dalam Tradisi dan Kultur Kejawen 

Bulan Suro banyak diwarnai oleh orang Jawa dengan berbagai mitos dan khurafat, 
antara lain : 
Keyakinan bahwa bulan Suro adalah bulan keramat yang tidak boleh dibuat 
main-main dan bersenang-senang seperti hajatan pernikahan dan lain-lain yang 
ada hanya ritual. 

Ternyata kalau kita renungkan dengan cermat apa yang dilakukan oleh orang Jawa 
di dalam bulan Suro adalah merupakan akulturasi Syi'ah dan animisme, dinamisme 
dan Arab jahiliyah. Dulu,orang Quraisy jahiliyah pada setiap Asyura' selalu 
mengganti Kiswah Ka'bah (kain pembungkus Ka'bah) (Fathul Bari, 4/246). Kini, 
orang Jawa mengganti kelambu makam Sunan Kudus. Alangkah miripnya hari ini dan 
kemarin. 

Di dalam Islam, Asyura' tidak diisi dengan kesedihan dan penyiksaan diri 
(Syi'ah), tidak diisi dengan pesta dan berhias diri (Jahalatu Ahlissunnah) dan 
tidak diisi dengan ritual di tempat-tempat keramat atau yang dianggap suci 
untuk tolak bala' (Kejawen) bahkan tidak diisi dengan berkumpul-kumpul. Namun 
yang ada hanyalah puasa Asyura' dengan satu hari sebelumnya atau juga dengan 
sehari sesudahnya. Waallahu-a'lam. 
(Abu Hamzah A. Hasan Bashori) 

* * * 
Jabir bin Abdullah radhiallahu anhu berkata:Jika kamu berpuasa, hendaknya 
berpuasa pula pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu dari dusta dan 
dosa-dosa, tinggalkan menyakiti tetangga, dan hendaknya kamu senantiasa 
bersikap tenang pada hari kamu berpuasa, jangan pula kamu jadikan hari 
berbukamu sama dengan hari kamu berpuasa." 
   
    Netter Al-Sofwa yang dimuliakan Allah Ta'ala, Menyampaikan Kebenaran adalah 
kewajiban setiap Muslim. Kesempatan kita saat ini untuk berdakwah adalah dengan 
menyampaikan buletin ini kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahuinya.
Semoga Allah Ta'ala Membalas 'Amal Ibadah Kita. 
  
    www.alsofwah.or.id 
   
  Wassalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakatuh.
  
*************************************
Mau belajar Al-Islam dan berita2 sekitar dunia Islam ?? silahkan klik disini : 
[email protected]  Atau mau melihat artikel sebelumnya 
silahkan kunjungi web-site kami : www.tauziyah.com 
 


   


  

                           

       
---------------------------------
  Get your preferred Email name!  
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke