Skandal seks: Ahli Parlimen letak jawatan  JAKARTA 5 Dis. – Seorang ahli 
Parlimen Indonesia meletakkan jawatan daripada parti Golkar semalam selepas 
skandal seksnya dengan seorang penyanyi terbongkar.
  Para pegawai Indonesia hari ini berkata, Yahya Zaini meletakkan jawatan 
sebagai ketua jawatankuasa hal ehwal agama Golkar.
  Yahya kini sedang disiasat berhubung dengan dakwaan memaksa penyanyi itu, 
Maria Eva menggugurkan kandungannya, kata para pegawai itu.
  Skandal itu terbongkar selepas rakaman video yang menunjukkan perlakuan seks 
Yahya dengan Maria tersebar secara meluas di Indonesia dan dipercayai dirakam 
dengan telefon bimbit di sebuah hotel terkemuka.
  Para pegawai Indonesia berkata, ahli Parlimen itu juga menghadapi kemungkinan 
disingkir daripada Parlimen. 
  “Yahya meletak jawatan semalam. Kedudukannya di Parlimen juga sedang dikaji 
sekarang,” kata ketua kumpulan Golkar di Parlimen, Andi Mattalatta.
  Dalam surat peletakan jawatannya, Yahya “melahirkan rasa kesalnya di atas apa 
yang berlaku dan meminta maaf,” kata Timbalan Pengerusi Golkar, Agung Laksono 
kepada akhbar harian Tempo.
  – AFP

                
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke