mudah2an ini ngga terlalu OOT, yaa...
=============================================
> I got this on the net ... buat renungan bersama ...
>
> ---
>
> Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan
> sepenuh hatinya. Beliau berkorban dan membantu aku dalam
> segala hal.
>
> Hari ini, wanita yang hebat itu telah kami semadikan untuk
> selama-lamanya.
> Dapatkah anda bayangkan perasaanku apabila suatu hari aku pergi ke
> rumah ibuku, aku telah terjumpa sajak ini terlipat sepi di dalam
> laci
> mejanya?
>
> Sajak nya berbunyi begini.
>
> ***---***
>
> INILAH MASANYA
>
> Jika kau ingin menyintai ibu
> Cintalah ibu sekarang supaya ibu tahu
> Keindahan dan kelembutan kasih
> Yang mengalir daripada sanubarimu
>
> Cintalah ibu sekarang
> Semasa ibu masih hidup
> Usah tunggu sehingga ibu telah pergi
> Kemudian barulah diukir di batu nisan
> Dengan kata kata indah pada sekujur batu yang sepi
>
> Jika kau memiliki ingatan manis buat diri ibu
> Tunjukkanlah pada ibu sekarang
> Jika kau tunggu sehingga ibu mati
> Sudah pasti ibu tidak dapat mendengar
> Kerana kita dibatasi kelemahan
>
> Oleh itu, jika kau menyintai ibu
> Walaupun hanya secebis daripada lautan hidupmu
> Lafazkan dan buktikan sekarang
> Sementara ibu masih hidup
> Agar ibu dapat menikmati dan menyanjunginya
>
> ***---***
>
>
> Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah
> sebab
> aku tidak pernah menyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini.
> Malah aku tidak pernah melayani ibuku dengan sewajarnya.
>
> Aku layani semua orang untuk semua urusan, tetapi aku tidak pernah
> meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya aku mampu
> menuangkan air kedalam cawannya, kemudian memeluknya ketika
> bersarapan, tetapi aku telah mengutamakan urusan rekan-rekanku.
>
> Pernahkan rekan-rekanku melayaniku seperti ibuku? Aku tahu
> jawabannya.
>
> Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa lakukan dengan cepat,
> ringkas
> dan tergesa-gesa. Aku benar-benar berasa malu apabila mengingatkan
> tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat berapa banyak
> masa yang aku berikan padanya dan banyak manakah masa aku biarkan
> dia begitu sahaja.
>
> Anak-anakku sayang akan nenek mereka sejak mereka kecil lagi. Mereka
> mengunjunginya untuk mendapatkan nasihat dan ketenangan. Nenek
> memahami mereka.
>
> Aku sedar dan mengerti sekarang bahawa aku terlalu kritikal,
> sensitif
> dan terlalu susah untuk menghargai nenek yang telah mencurahkan
> kasih
> tanpa syarat kepada cucunya.
>
> Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak sepertiku. Aku berharap mereka
> insaf
> dan mendapat manfaat dari surat ini. Aku sudah terlambat dan kini
> aku
> sedang dilanda derita dan penyesalan yang tiada penghujung dan
> nokhtahnya.
>
Layanan Informasi Iklan Baris Internet * http://www.iklan-25.co.id
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
To unsubscribe, e-mail : [EMAIL PROTECTED]
To subscribe, e-mail : [EMAIL PROTECTED]
Autoresponders Netiket : [EMAIL PROTECTED]
UNLIMITED POP3 Account @ http://www.indoglobal.com