dari milis tetangga

INTISARI KITAB
Mau'izhatul Mu'minin min
"IHYA' ULUMIDDIN"
==Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali==
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)

--------------------------------------------------------------------------------


Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah
amma ba'du...

KITAB ADAB PERNIKAHAN (7/7)
=========================

Hak-hak suami atas isteri

      Isteri wajib mentaati suami pada segala yang dikehendaki oleh suami
      daripada perkara-perkara yang tiada maksiat padanya. Di sana terdapat

      banyak hadis yang diriwayatkan dalam menentukan hak suami atas
isteri.

      Rasulullah s.a.w telah bersabda:

      "Mana saja wanita yang meninggal dunia, sedangkan suaminya redha
      terhadapnya maka ia akan masuk syurga."

      Sabdanya lagi:

      "Apabila seorang wanita bersembahyang lima waktunya, berpuasa
sebulannya,
      memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya niscaya ia akan masuk
syurga
      yang disediakan oleh Tuhannya."

      Berkata Ibnu abbas: Telah datang seorang wanita dari Khat's am kepada

      Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Saya ini seorang wanita yang janda
dan
      saya akan berkahwin . Apakah haknya suami? Baginda menerangkan: Di
antara
      hak suami atas isteri, ialah apaila ia mengingininya serta memujuknya

      supaya menyerahkan diri sedang isteri suci dari haidh, janganlah
      menolaknya.

      Hak-hak yang lain ialah: Isteri tidak boleh memberi apa-apa yang ada
di
      dalam rumah kepada orang lain, melainkan dengan izin suami. Jika ia
      melanggar juga maka berdosalah isteri itu manakala suami mendapat
pahala
      dari pemberian itu. Isteri tidak boleh berpuasa secara sukarela,
melainkan
      dengan izin suami, jika isteri melanggar juga, niscaya jadilah
puasanya
      itu lapar dan dahaga semata-mata, tanpa mendapat apa-apa balasan dari

      Allah. Jika isteri keluar dari rumah tanpa izin suami, niscaya
Malaikat
      akan melaknatinya sehingga ia kembali ataupun bertaubat.

      Kesimpulannya, hak-hak suami atas isteri itu ada banyak, tetapi yang
      terpenting sekali ialh dua perkara:
      (1)              Memelihara diri dan menutup rahsia
      (2)              Tidak terlampau menuntut perkara-perkara yang tidak
      diperlukan, dan menjaga agar usahanya tidak termasuk perkara yang
haram.

      Hak puteri atas kedua ibu-bapa ialah: Mendidiknya cara pergaulan yang
baik
      dan adab-adab percampuran dengan suami sebagaimana yang diriwayatkan
dari
      Asmak binti Kharijah al-Fizari, katanya kepada puterinya ketika hari
      perlangsungan puterinya itu: Kini engkau telah keluar dari sangkar
yang di
      dalamnya engkau telah dibesarkan, berpindah ke tempat tinggal yang
engkau
      belum pernah mengenalinya lagi, dan kepada seorang teman hidup yang
engkau
      belum biasa dengannya. Maka umpamakanlah dirimu itu sebagai sekeping
      tanah, niscaya ia akan menjadi tiangnya. Kalau engkau menganggap
dirimu
      sebagai jariah, tentulah ia akan menganggap dirinya hamba sahaya.
Jangan
      membebaninya agar ia tiada meningalkanmu. Jangan menjauhinya agar ia
tiada
      melupaimu. Jika ia mendekatimu setapak, datangilah ia dua tapak. Jika
ia
      menjauhimu, jauhilah ia dengan baik. Jagalah hidungnya, telinganya
dan
      matanya, sehingga ia tiada mencium sesuatu melainkan yang baik-baik,
      tiada mendengar sesuatu melainkan yang indah-indah dan tiada melihat
      sesuatu melainkan yang cantik-molek.

      Kesimpulan dari kata-kata yang berkaitan dengan adab-adab kaum wanita

      tanpa banyak bicara ialah: Hendaklah ia merupakan sendi utama di
dalam
      rumah tangganya. Senantiasa melazimi jahitan dan tenunannya. Tidak
banyak
      naik-turunnya. Sedikit bicaranya dengan tetangga, ia tidak mendatangi

      tetangganya melainkan jika ada perkara yang perlu yang mendorongnya
ke
      sana. Memelihara hak suaminya ketika ia ada di rumah ataupun tiada di

      rumah. Sentiaa menimbulkan kegembiraan hati suami pada segala
kelakuannya.
      Tiada mengkhianati dirinya terhadap suami dan hartanya. Tiada keluar
dari
      rumah melainkan dengan izin suami. Dan jika diizinkan ia keluar,
hendaklah
      dalam keadaan tertutup. Memilih jalan-jalan yang sepi dari orang
ramai,
      tidak memilih jalan raya atau pasar. Memelihara suaranya supaya tidak

      terdengar oleh orang-orang asing atau dikenali peribadinya oleh
mereka
      itu. Tidak memperkenalkan dirinya kepada rakan-rakan suaminya dalam
      menunaikan segala keperluan, tetapi handaklah ia berpura-pura
terhadap
      sesiapa yang disangka mengenalinya ataupun memang di mengenalinya.

      Tugas utama kaum wanita ialah memperbaiki urusannya sendiri dan
urusan
      rumahtangganya, tetap menunaikan semua sembahyang dan puasa. Jika
rakan
      suaminya meminta izin masuk ke dalam rumahnya sedang suami tiada di
rumah,
      maka tidak boleh diizinkan masuk dan tiada boleh banyak berbicara
      dengannya, sebagai menunjukkan tanda cemburu atas dirinya sendiri dan

      suaminya. Hendaklah isteri sentiasa merasa puas dengan segala yang
      diberikan oleh suaminya, sebagai rezeki dari Allah ta'ala. Ia harus
selalu
      mengutamakan hak suami atas dirinya sendiri, begitu pula atas segala
hak
      kaum kerabatnya. Sering membersihkan dirinya sendiri, serta bersedia,
pada
      bila-bila masa untuk menerima keinginan suami. Hendaklah ia sentiasa
      bersifat belas kasihan terhadap anak-anaknya, memelihara dan
melindungi
      mereka dari segala yang tidak baik, tidak mengeluarkan caci-maki
terhadap
      anak-anak dan tiada menggunakan lidahnya hanya untuk menjawab dan
      menentang suami.

      Di antara adab-adabnya pula ialah: isteri tiada terlalu
bermegah-megah
      dengan kecantikan dirinya, dan tiada pula mengeji suaminya kerana
      keburukannaya. Adab yang lain lagi ialah: Hendaklah isteri sentiasa
      melazimkan dirinya dalam kebaikan dan memelihara dirinya pada masa
      ketiadaan suaminya. Apabila suami kembali bergembiralah ia
      bersenang-hatilah ia semula bersamanya.

      Di antara yang wajib atas isteri dari hak-hak perkahwinan, apabila
      suaminya meninggal dunia, ia tidak berkabung kerana berdukacita lebih
dari
      empat bulan sepuluh hari. Wajib meninggalkan memakai air wangi, tidak

      menghiaskan diri dalam masa perkabungan itu.

      Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
      "Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah dan Hari
      Kemudian berkabung atas seorang yang mati lebih dari tiga hari,
melainkan
      atas suami iaitu empat bulan dan sepuluh hari."

      Wajib atas isteri juga tinggal di dalam rumah suaminya yang meninggal

      dunia itu sehingga iddahnya, tidak boleh berpindah ke rumah
keluarganya
      dan tidak boleh keluar rumah, melainkan kerana sesuatu dharurat saja.

      Di antara adabnya lagi, hendaklah ia menjalankan perkhidmatanya yang
ia
      mampu melakukan di dalam rumah, sebagaimana biasanya isteri-isteri
para
      sahabat melakukan, moga-moga Allah redha atas mereka sekalian.

wallohu a'lam bish-showab,-








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Ajaklah teman dan saudara anda bergabung ke milis Media Dakwah.
Kirim email ke: [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/media-dakwah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke