-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED] 
On Behalf Of grad it
Sent: 06 Juli 2005 8:56
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; 
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: [sufi-islam] INILAH RENTETAN SEJARAH

Bismillahirrahmanirrahim

Sejarah selalunya berulang.Dan seterusnya akan berulang. Pengalaman 
manusia pada sesuatu abad, akan dirasai juga oleh manusia pada abad 
seterusnya. Demikian juga dengan generasi yang akan datang, akan turut 
mengalami apa yang dialami oleh manusia sebelumnya.Demikianlah 
sunahtulah. Bahawa bermula, berkembang, membangun, menurun dan 
jatuhnya sesuatu kaum adalah berpunca dan bersebab. Dan kalau punca 
dan sebab yang sama berlaku pada satu generasi  yang bangun pada abad  
mana sekali pun, nescaya nasib yang sama akan dirasai oleh generasi 
yang berikutnya.

Sebab jatuh bangunnya sesuatu bangsa adalah mengikut kaedah atau 
presedur yang tertentu. Yang mana kalau prosedur yang sama diikuti 
oleh sesuatu bangsa lain, nescaya sejarah yang lalu berulang untuk 
bangsa yang terkemudian itu.

Demikianlah yang sedang berlaku kini, sebenarnya telah beberapa kali 
berlaku dalam sejarah oleh generasi2 sebelumnya yang berlainan bangsa 
dan keturunan mereka.

Diantara ulamak2 sufi  yang telah dikecam oleh kawan mereka sendiri, 
dituduh kafir, syirik, ekstrim,berbau syiah, zindiq, menentang 
pemerintah, pembawa bidaah, Hinduism, fahaman Parsi Kuno,dituduh 
membawa unsur2 falsafah yang kurang sihat dan lain2 ialah Imam Syafei,
Imam Hanafi, Imam Hambali,Junaid Al Baghdadi,Abu Hassan Al Syaari, 
Syeikh Abdul Qadir Al Jalani, Yazid Bustami,Imam Ghazali, Ibnu Arabi, 
Al Hallaj, Syeikh Nuri, Imam Syarani, Imam Haramain,  Imam Qusyairi 
dan lain2 lagi.

Penentang2 mereka ini termasuklah ulamak2 yakni ulamak2 lahir atau 
ulamak rasmi. Yang mana mereka ini tidak mendalami ilmu tasawuf, 
kesufian dan kerohanian. Namun sejarah juga mencatatkan bahawa 
golongan ulamak2 itu bukan keseorangan.Mereka juga disokong oleh 
rakyat jelata dan ulamak2 yang lain. Ulamak2 besar yang menjadi 
penyokong pada Ulamak2 Sufi dalam sejarah perjuangan mereka ialah  
Imam Sayuti, Imam Ibnu Hajar, Al Haitami,Imam Nawawi, Syeikh Zakaria 
Ansari, Syeikh Syahabudin  Assahrawardi, Syeikh Fakhrudin Ar Radzi,
Syeikh Yafei,Al Firuzabidi, Sirajudin Al Bulqini, Syeikh Taqiyuddin  
As Subki dan lain2.

Mereka ini bukan sebarang ulamak,Ilmu mereka ada yang bertaraf 
mujtahid dan ada yang bertaraf mujadid. Kitab karangan mereka banyak 
dan ada yang tersimpan hingga sekarang. Untuk bahan rujukan masyarakat 
terkemudian. Mereka ini dikenali sebagai ahli ilmi lahir dan ilmu 
batinnya.

Mengapa terjadi pertentangan2 antara ulamak dengan ulamak? Sepatutnya 
ulamak sesama ulamak berbaik antara satu sama lain , supaya masyarakat 
tidak  bergolak dan berpecah disebabkan oleh mereka.  Dengan membaca 
sejarah silam, kita akan dapat menjawab dengan sebaik-baiknya.

Peristiwa penentangan antara ulamak lahir atau ulamak rasmi terhadap 
ulama2 sufi  adalah berpunca kerana adanya perbezaan yang besar antara 
mereka . Ulamak2 lahir atau ulamak rasmi mendapat ilmu dan pendidikan 
yang lebih bersifat `aqliah'. Hasil pengajian begini membolehkan 
sebahagian dari mereka mendapat jawatan rasmi dalam kerajaan atau 
pemerintah dengan imbuhan gaji dalam jumlah yang tertentu. Ilmu mereka 
dilahirkan atas tugas2 rasmi tadi, terutamanya untuk menyelesaikan 
masalah lahiriah masyarakat.  Seperti nikah kahwin, perbalahan, kes 
jenayah dan lain2. 

Ulamak rasmi disebabkan oleh bekerja dengan pemerintah, maka mereka 
mempunyai kuasa dari segi undang2  untuk menghukum  sekiranya pada 
pandangan mereka seseorang individu  muslim atau sesuatu jemaah 
didapati bersalah.

Sebaliknya ulamak2 sufi ialah orang yang mendapat ilmu dan pendidikan 
lahir dan batin, iaitu pengajian Tasawuf. Pengajian tasawuf lebih 
merupakan pengajian dalaman yakni masalah jiwa manusia.(Tapi aspek  
lahir yakni syariat, tamadun dan kemajuan Islam tidak diabaikan)  
Penekanan yang dibuat ialah bertujuan membersihkan hati dari godaan 
nafsu dan syaitan dengan kekuatan iman dan taqwa.

Biasanya sebahagian kelompok ini mengambil tareqat sebagai satu cara 
yang membantu membersihkan  hati serta mendekatkan diri insan pada 
Illahi. Pengajian sufi tidak bermaksud  bekerja untuk makan gaji, 
tetapi lebih mendorong manusia untuk lebih tegas dan gigih 
melaksanakan perintah Allah dan sunnah Rasulullah saw.Hati mereka 
sangat sensitif dengan Allah. Iaitu terlalu takut dengan dosa. Mereka 
sentiasa merindui Allah.

Hasil dari usaha2 membersihkan hati, maka golongan sufi mempunyai 
kemampuan berkorban dan berjuang yang jauh berbeza dengan apa yang 
dibuat oleh ulamak lahir atau ulamak rasmi.Kesungguhan mereka banyak 
mengaut simpati dari orang ramai, sehingga masyarakat banyak merujuk 
masalah pada mereka malah berjuang bersama2 mereka. Sikap tegas mereka 
bukan sahaja pada diri,keluarga dan kelompok mereka, tetapi juga tegas 
terhadap pemerintah serta ulamak2 rasmi yang kebanyakkannya mengampu 
pemerintah dan meringan-ringankan hukum-hukum Allah.

Diantara pejuang2 sufi ini ada juga yang berjuang menentang penjajah.
Di Libya misalnya, golongan tareqat Sanusiah merupakan golongan yang 
kuat menentang penjajah Itali. Di Rusia golongan Sufi yang kuat 
menentang pehak Komunis Rusia. Seperti Ulamak Syamil dari Taskent, 
Rusia adalah penganut tareqat Naqsyabandiah. Begitu juga di China. 
DiAfrika golongan yang menyebarkan  Islam kesana ialah ulamak sufi 
bertareqat Samaniah. Di Indonesia pulak terkenal dengan wali Songo 
yang sangat gigih berdakwah  dan kuat melawan musuh serta melawan 
pengaruh Hindu.Manakala dipesisiran pantai Sumatra, sekitar 100 tahun 
dahulu, usaha2 menegakkan Islam disana dibuat oleh kumpulan Syeikh 
Abdul Wahab Rokan yang mengamalkan tariqat Naqsyanbandiah. Mereka 
berjaya membangunkan sekolah, kampung sendiri, este, rumah anak yatim 
dan mempunyai percetakan sendiri. Mereka juga menghantar wakil ke 
muktamar Islam luar negeri dan dapat mendidik raja negeri Langkat.

Di Malaysia sendiri kumpulan sufi  yang pernah muncul golongan yang 
disegani dan ramai pengikut  ialah Tok Kenali bertareqat Ahmadiah,Tuan 
haji Husin di Kedah, Tuan Syeikh Said di Negeri Sembilan bertareqat 
Ahmadiah, Tokku Paloh diTerenganu dan Tuan Habib Noh di Singapura. Dan 
sudah menjadi menjadi tradisi setiap kumpulan sufi itu ditentang oleh 
ulamak2 rasmi atau ulamak lahir.

Pertentangan ini disebabkan oleh beberapa faktor: Diantaranya

1.    Sikap tegas ulamak2 sufi terhadap hukum Allah dan sunnah 
Rasulullah. Ulamak sufi  berani menasihati pemerintah serta menegur 
ulamak2 rasmi yang cuai dan mempermainkan hukum Allah dan ini sudah 
tentu menimbulkan rasa tidak senang hati pada ulamak rasmi. Bila 
seseorang tidak senang hati dengan seorang yang lain, maka lahirlah 
tindakan dan sikap yang negatif terhadap orang yang tidakdisenanginya 
itu.  Demikian halnya ulama-ulama rasmi, mereka tidak senang hati 
dengan ulamak-ulamak sufi.

Menggunakan kuasa dan keupayaan yang ada, maka dicarilah salah silap 
ulama-ulama sufi untuk membolehkan mereka itu ditekan dan dihukum. 
Paling tidak ulamak2 rasmi itu berusaha untuk membesarkan perkara2 
kecil supaya dari situ blehlah ulama2 sufi dituduh sesat,zindiq,
bid'ah, ada unsur2 Hindu dan lain2.

2. Perbezaan yang ketara antara ulama2 rasmi dengan ulamak2 sufi ialah 
dari segi pengamalan kerohanian. Sejarah hidup ulamak2 sufi banyak 
memaparkan tentang karamah, kasyaf, yaqazah, yakni mereka diberi Allah 
perkara2 luar biasa seperti dapat melihat perkara2 ghaib, berjumpa 
dengan Rasulullah secara jaga, dapat ilmu laduni dan lain2. Dengan 
ilmu laduni ulama2 sufi memberi tafsiran yang berbeza dengan ulama 
lahir atau rasmi tentang sesuatu ayat Al-Quran dan Hadis.Hingga dengan 
pengalaman2nya begini , diri mereka dikatakan sebagai wali Allah, 
sebab hanya pada wali Allah, Allah kurniakan keluarbiasaan itu.Tetapi 
hal ini tidak pernah berlaku pada ulama rasmi atau lahir. Dan jarang 
kita mendengar ulama-ulama rasmi disebut sebagai wali Allah.

Keadaan inilah yang mencetuskan perang mulut dan krisis antara dua 
kelompok ulama itu tadi.Yang sejarahnya sambung menyambung antara satu 
kegenarasi ke genarasi yang seterusnya sehinggalah kehari ini.

Ekoran dari itu  maka timbullah tuduh menuduh . Biasanya ulama2 lahir 
atau rasmi yang menuduh  ulama2 sufi membawa bid'ah. Dalam setengah 
hal, tuduhan itu melarat-larat sampai keperingkat mengkafirkan.Syirik,
zindiq,karut,jahil,hinduism dan lain2 adalah gelaran biasa yang 
ditujukan kepada ulama sufi. Bila sampai pada tahap ini,biasanya ulama 
sufi akan dihukum atau diburu oleh ulamak2 rasmi dengan kuasa yang ada 
pada tangan mereka.

3.  Ulama2 sufi (kerohanian) sangat memelihara hukum-hakam Allah,
banyak beribadah dan banyakn mempertahankan sunnah. Tahajud dan 
menghidupkan amalan malam dengan sembahyang pada mereka adalah tradisi 
dan kehidupan seharian mereka penuh dengan kesederhanaan. Akhlak, 
pengorbanan dan perjuangan mereka menyakinkan orang ramai. Sebab itu 
mereka mempunyai pengikut dan simpati yang ramai. Pengikut taat dan 
para simpati hormat. Maka ulamak2 sufi menjadi tempat rujuk hukum dan 
fatwa serta tempat orang ramai meminta nasihat.

Sebaliknya oleh kerana ulamak rasmi tidak mempunyai pengikut serta 
para simpati, bahkan kurang dihormati oleh masyarakat, maka timbullah 
rasa dengki dan rasa tersinggung serta tercabar dalam diri mereka 
terhadap ulamak2 sufi. Hal ini akan membuat mereka mencari salah, 
menuduh fanatik, taksub,mencari kepentingan diri dan lain2 lagi. Dari 
situ bermacam2 kemungkinan buruk boleh berlaku pada ulama sufi 
lantaran mereka tidak mempunyai kuasa.

4. Ulamak2 sufi dituduh sesat dan zindiq ialah kerana ucapan2 mereka 
yang disalah tafsirkan oelh ulama2 rasmi atau ulamak2 lahir.Hal ini 
berlaku kerana perasaan hati mereka terhadap Allah tidak sama. Ulama2 
sufi sangat asyik dengan Allah. Hati mereka penuh dengan rasa cinta 
dan rindu pada Allah hingga ada yang mabuk cinta(fana) . Sebaliknya 
ulama2 lahir atau rasmi sering putus hubungan dengan Allah, kerana 
cinta pada dunia. Rasa cinta dan rindu pada Allah tidak bertempat 
dalam hati mereka. Dalam keadaan hati yang berbeza, tentulah ulamak 
lahir atau rasmi tidak dapat memahami ucapan2 yang kadang2 terkeluar 
dari hati yang fana dengan Allah.

Orang yang menanggung cinta dan rindu yang mendalam mempunyai bahasa2 
indah yang simbolik terhadap yang dicintai. Seperti `buah hati ku', 
`jantung hati ku' dan sebagainya.Demikian contoh2 ucapan pemujaan dari 
seseorang kepada orang yang dicintainya. Biasanya ucapan begini lahir 
pada waktu hati terlalu asyik dan mabuk rindu yang mendalam.

Begitulah juga dengan ulamak2 sufi yang sedang asyik `isyqun' dengan 
Allah swt. Ucapan –ucapan yang berbentuk melatah, `syattah' yang lahir 
dari hati yang fana yang mana bahasa lidah tidak dapat mentafsirkan 
bahasa hati, bukanlah bermaksud mensyirikkan Allah atau merupa-rupakan 
Allah. Tetapi membawa maksud yang tersirat yang menunjukkan rasa 
pemujaan yang agung terhadap kekasihnya iaitu Allah swt.Hal2 begini 
dijadikan sebab oleh ulamak2 rasmi untuk mensyirikkan dan menuduh 
zindiq kepada Ahlullah itu.Katanya membawa fahaman `hulul' atau 
`wahdatul wujud'. Hingga kerana itu mereka menghukum ulama2 sufi itu 
tadi. Diantara yang kena hukum ialah Al-Hallaj dan Ibnu Arabi.

Kalau kita tidak emosional, kita akan nampak dengan jelas bahawa 
tuduhan2 itu sebenarnya bukanlah dituju kepada ajaran atau keyakinan 
yang dibawa, tetapi lebih kepada peribadi orang2nya( tuduhan berbentuk 
peribadi) Ajaran2 dan keyakinan itu dijadikan sebagai alasan sahaja. 
Hal ini jauh bezanya dengan tuduhan yang betul2 ditujukan kepada 
ajaran yang salah, tanpa rasa sentimen pada orang2nya.

Satu soal kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah atau 
mungkin boleh dimaafkan sahaja, telah dijadikan begitu besar sampai 
ketahap haram mengharam dan tekan menekan. Ini tentu kerana ada ` 
perkara lain' yang tidak kena.  Bukannnya kerana soal kecil itu tadi 
tetapi sebab lain. Apakah sebab itu? Mengapa hal begini mesti berlaku? 
Dan dimana titik penyelesaian yang sebenar? Dan bila perdamaia akan 
tercapai? Saya pulangkan pada pertimbangan saudara-saudari sekalian 
untuk menjawabnya. Wallahualam.

Hasil Nukilan

~Sheikh Ashaari Muhammad~

Sumber dari http://www.groups.yahoo.com/group/sibermelayu





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Ajaklah teman dan saudara anda bergabung ke milis Media Dakwah.
Kirim email ke: [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/media-dakwah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke