Motivasi: Sentiasalah berasa 'MAHU'


http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>



Apa jua yang kita lakukan kita perlu sentiasa berasa "mahu". Perkataan
mahu ini adalah titik tolak kepada kesempurnaan, keikhlasan dan
kecemerlangan apa jua yang kita usahakan itu. Lawan kepada mahu ialah
"tak mahu". Bayangkan sahaja apabila anda tidak inginkan sesuatu,
bermakna anda tidak mahu. Peratusan hati anda terhadap sesuatu usaha itu
tidak jitu, tidak seratus peratus. Hasilnya, tentulah tidak seratus
peratus baik.





Di tengah-tengah antara mahu dengan tidak mahu ini, "mahu tak mahu".
Yang ini lebih sulit sebab kedudukannya samar antara mahu dengan tidak
mahu. Rasa tidak mahu ini akan mempengaruhi seluruh hidup anda
seterusnya.  Anda mengambil wuduk dengan malas, sembahyang ala kadar dan
seterusnya menyediakan sarapan pagi untuk keluarga dengan rasa kelesa.
Senyuman pasangan anda terasa hambar dan malas hendak disambut. Teguran
atau mungkin juga gurauan sendanya tidak bermakna apa-apa.



http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>



Bagi orang yang mahu, tiada jalan yang susah baginya . Apalagi dalam
soal menentukan kebahagiaan rumahtangga. Ianya hanyalah persoalan hati
tanpa perlu banyak mengeluarkan modal ataupun pengorbanan. Kalau hati
sudah diberikan target untuk bahagia, ia tentu bahagia. Tapi kalau hati
sudah diracuni rasa tidak mahu bahagia, benci, menyampah dan rasa kesal
yang berlarutan, sudah tentulah bahagianya tidak datang menjengah.



Bahagia itu bermula dengan kata-kata yang baik. Untuk mendapatkan
kata-kata yang baik kita mesti sentiasa berasa mahu untuk hidup, mahu
untuk berasa ceria bersama suami ataupun isteri, anak-anak dan seluruh
ahli keluarga, jauh dan dekat. Daripada perasaan mahu bahagia ini akan
lahir ucapan yang baik-baik. Kalau menerima ucapan yang tidak baik pun
boleh dibalas dengan kata – kata yang baik, sebab targetnya mahu
bahagia bukan derita.



Kesimpulannya, perbezaan antara mereka yang berjaya dengan orang yang
tidak berjaya bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi
lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan.



http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>



Kirim email ke