14-05-05 Selepas Asar --------------------------------------- Bangsaku bukan Melayu, Bangsaku ialah yang seagama denganku, Setiap muslim adalah bangsaku, Bangsaku ramai didunia ini, Ramai bolehlah dibanggakan... Bangsaku bukan satu keturunan darah, Bangsaku adalah satu pegangan dan satu aliran keyakinan, Bangsaku ada dimana-mana merata dunia, Yang ramai adalah di Asia atau di timur ini... Bangsaku amatlah menyedihkan, Berbagai-bagai penyakit masyarakat menyerang mereka, Diantaranya perpecahan, perbalahan, jatuh menjatuhkan,korupsi, ketidak adilan, mundur, miskin dan kotor, Hidup nafsi-nafsi bekerjasama dengan musuh secara tidak disedari atau secara disedari, Secara langsung mahupun secara tidak langsung, Mementingkan diri, hidup fikir diri sendiri, Mereka mengaku Islam tapi tidak kenal Tuhan, Jauh sekali ditakuti dan dicintai, Mereka ramai tapi tidak kuat dan tidak berdaulat, Mereka besar dari segi ramai tapi ibarat buih dilaut, Sampah sarap sahaja pun boleh memecah belahkan mereka, Inilah yang aku sedang sedihkan bahkan aku sedang tangiskan, Inilah yang sedang aku perjuangkan, Tapi kerana kejahilan mereka, mereka adalah menjadi musuh, Bukan orang yang tidak seagama, Aduh! Susahnya memperjuangkan Islam dimasa kini... Terpaksa bermusuh sesama sendiri. ---------------------------------------------- Ashaari Muhammad.
__________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com
