**

Asy-Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi (hafizah-Ullah) telah di-kenal
oleh murid-muridnya sekalian dengan gelaran *Kiyai Agung,* kerana banyak
bekas murid-muridnya telah menjadi kiyai (yaitu gurua gama), dan banyak pula
orang-orang yang memang sudah menjadi kiyai telah belajar lagi padanya,
yaitu menjadi murid-muridnya. Tetapi orang­ orang yang lain daripada
murid-muridnya telah memanggilnya "Syeikh Muhammad Suhaimi" atau "Kiyai
Suhaimi" ataupun "Syeikh Suhaimi" saja.

*NASAB ATAU ASAL-USUL SHEIKH SUHAIMI.*

Awalnya adalah Sayid Abdurrahim dan puteranya Sayid Umar yang berhijrah dari
Hadhramaut ke Tanah Jawa beberapa tahun menjelang Perang Diponegoro meletus.
Ketika perang dimulai, segera saja Sayid Umar memilih berpihak kepada *Pangeran
Diponegoro* yang, bukan saja Islam, tetapi juga pengamal Tareqat *
Naqsyabandiyah* (Sayid Umar sendiri adalah seorang pengamal *Tareqat
Alawiyah*). Pangeran Diponegoro pun mengangkatnya sebagai salah seorang
panglima. Setelah perang Diponegoro selesai, Sayid Umar menyingkir ke daerah
Kaligintung di luar kota *Wonosobo* dan membuat perkampungan di sana.

*MUHAMMAD* bin *ABDULLAH* bin Umar bin Abdurrahim bin Abdul Karim bin
Muhyiddin bin Nuruddin bin Abdul Razak (Al Madani) bin Hassan bin Ali bin
Ahmad bin *Abu Bakar (Asy-Syaibani)* bin Muhammad (Asadullah) bin Hassan (At
Turabi) bin Ali bin Muhammad (Al Faqih) bin Ali bin Muhammad (Shahibul
Mirbat) bin Ali (Khali') bin Alawi (Ats-Tsani) bin Muhammad bin Alawi (Al
Awwal) bin Ubaidullah bin Ahmad (Al Muhajir) bin Isa (Ar Rumi) bin Muhammad
(An Naqib) bin Ali (Al Aridhi) bin Ja'far (Ash Shadiq) bin Muhammad (Al
Baqir) bin Ali Zainal Abidin bin Sayidina Husain r.a bin Sayidina Ali k.m.w
+ Sayidatina Fatimah r.a bin MUHAMMAD S.A.W

Dari silsilah ini nampak bahwa Muhammad bin Abdullah As Suhaimi adalah
seorang *Sayid* (keturunan Sayidina Husain r.a) dan tentu saja adalah
keturunan Baginda Rasulullah S.A.W. Sepuluh generasi di atas beliau adalah
Sayid Abu Bakar Asy-Syaibani yang merupakan seorang pendiri kabilah.
Keturunan Sayid Abu Bakar Asy-Syaibani di Nusantara ini disebut *Bani
Syaibani* atau *Basyiban *atau di-Jawa-kan fam-nya *"Baseban".*

*TEMPAT LAHIRNYA. *

Muhammad As Suhaimi atau lengkapnya Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As
Suhaimi telah dilahirkan pada *1259 H/1843 M di Sudagaran Wonosobo*. Kakek
Muhammad As Suhaimi, yaitu *Umar Sutodrono* adalah salah seorang *panglima
Pangeran Diponegoro*. Makam beliau (Sayid Umar) terdapat di Kaligintung
Wonosobo. Gelaran "Sutodrono" didapat beliau setelah menjadi panglima
tentara di Jawa. Sayid Umar dikaruniai 6 orang putera. Yang bungsu bernama *
Abdullah*. Sayid Abdullah setelah dewasa menetap di daerah Sudagaran di
Wonosobo. Beliau menikah dengan *AMINAH* yang masih keturunan Rasulullah
S.A.W dari Sayidina Hassan. Dari perkawinan ini lahirlah Muhammad.

*BUKAN UNTUK MEGAH.*

Eloklah diingatkan bahawa banyak orang-orang Arab, termasuk mereka yang
berketurunan daripada Rasulullah s.a.w., menetap di Negeri Jawa, dan
wali-Ullah wali-Ullah yang maqam-maqam mereka banyak terdapat di Negeri
Jawa, sepArti Wali Songo, berasal daripada Baginda Rasulullah s.a.w. juga.

Oleh kerana begitulah nasab Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) itu maka
anak-cucunya sekalian bersama-sama mengucapkan Alhamdulillah dan Syukur
kepada Allah, kerana mereka termasuk didalam golongan keturunan Rasulullah,
tetapi tujuan yang sebenar dinyatakan nasab Syeikh Suhaimi itu bukanlah
untuk bermegah-megah sebagaimana yang telah dituduh oleh setengah-setengah
pehak, bahkan ialah kerana tujuan lain, dan rengkasnya ialah sepArti berikut

Apabila Syeikh Suhaimi kembali daripada Timur Tengah dan telah membuat
keputusan hendak menetap di Singapura dan Malaysia, ia pun menyatakan ia ada
membawa satu 'amalan yang dinamakan Aurad Muhammadiah, dan ia menyatakan
juga ia boleh mengijazahkan (mengizinkan) orang-orang lain untuk
mengamalkannya bagi sesiapa yang sudi, dan ia telah menerangkan
faidah-faidah dan kelebihan-kelebihan bagi sesiapa yang mengamalkannya.
Alhamdulillah, semakin-banyak orang-orang yang mahu mengambil ijazah bagi
Aurad itu dan mengamalkannya. Ada orang menamakan 'amalan itu sebagai
TARIQAT. Berita'amalan ini semakin tersibar, dan nampaknya mulalah juga ada
orang-orang yang tidak suka kapadanya, lalu mereka mulalah menyibarkan
tuduhan bahawa TARIQAT Muhammadiah itu adalah karut, kerana pengasas sesuatu
Tariqat yang benar mestilah seorang yang berketurunan daripada Rasulullah
s.a.w., sedangkan Syeikh Suhaimi atau Kiyahi Suhaimi adalah seorang Jawa
sahaja, dan dengan sebab itu tidak mungkin ia menjadi pengasas sesuatu
Tariqat yang sebenar.

Syeikh Suhaimi telah memberitahu .kepada anak-anaknya bahawa ia dan mereka
adalah dari keturunan Rasulullah s.a.w. dan ia telah menunjuk­kan kepada
mereka catitan keturunan itu, tetapi keturunan yang dicatitkan oleh Syeikh
Suhaimi itu hanya sampai kepada Abu Bakr Asy-Syabani sahaja. Bagaimanapun,
ia berkata bahawa Abu Bakr Asy-Syabani itu adalah dari keturunan Rasulullah
s.a.w.

Selepas itu, apabila Syeikh Muhammad Fadhlullah (anak yang kedua bagi Syeikh
Suhaimi) telah pergi ke Tanah Jawa, ia telah dapat berjumpa dengan
orang-orang 'Arab yang berketurunan daripada Abu Bakr Asy­Syaibani itu
disana, dan ia telah dapat menyelidik didalam majallah yang dinamakan
"Arrabithah- yang diterbitkan oleh para Saiyid-Saiyid disana bahawa Abu Bakr
Asy-Syaibani itu terbukti betul berketurunan daripada Rasulullah s.a.w.
sebagaimana telah tercatit silsilah keturunannya didalam nasab Syeikh
Suhaimi dahulu itu.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda

Artinya : "Tiap-tiap anak bagi seorang bapa maka nasabnya adalah kepada
bapanya, kecuali anak-anak Fatimah maka sesungguhnya akulah bapa mereka."

Bagaimanapun perlulah diingat kan sabda Rasulullah s.a.w.lagi.

Artinya : "Bahawasanya semulia-mulia orang diantara kamu, pada sisi Allah,
ialah orang yang paling taat dan takut akanNya. Tiada siapa orang 'Arab
melebehi orang yang bukan 'Arab kecuali jika ia lebih taqwa (iaitu lebih
menjunjung perintah Allah dan menjauhkan laranganNya."

Dan sabdanya lagi

Artinya : "Syurga itu bagi orang yang takutkan Allah walaupun ia seorang
hamba yang berkulit hitam, dan neraka itu bagi orang yang menderhaka kepada
Allah walaupun ia itu seorang Saiyid yang berbangsa Quraisy."

Dan ada pula satu pepatah orang Arab begini

Artinya : "Kemuliaan itu ialah dengan sebab ilmu dan adab sopan, bukanlah
dengan sebab harta dan nasab (iaitu keturunan atau baka)."

Sumber :
http://aboutmiracle.wordpress.com/2008/05/15/figur-sayyid-muhammad-bin-abdullah-as-suhaimi/

Kirim email ke