Rasulullah SAW Sumber Limpahan Rahmat


Kelahiran Rasulullah SAW merupakan satu peristiwa sejarah yang paling besar dan 
paling agung
yang pernah berlaku di dunia ini. Tiada sejarah yang lebih besar,
penting dan agung selainnya, sama ada sebelum atau sesudahnya. Ia
adalah sejarah yang telah merubah watak dan peradaban manusia.

Justeru
itu, sejarah Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang luar biasa,
mengandungi rahsia-rahsia dan perkara yang tersirat pada setiap yang
ada hubungkait dengannya walau satu titik, lebih-lebih lagi satu huruf dan satu 
perkataan.
Padanya terkandung rahsia Tuhan yang patut kita kaji dan serlahkan.
Mari kita cungkil rahsia dan hikmah di sebalik tarikh kelahiran baginda
iaitu:

Sebelum Fajar, Isnin, 12 Rabi’ul Awwal, Tahun Gajah.

Kedatangan Rasulullah SAW membawa rahmat. Sebelum fajar bererti kegelapan sudah 
akan berakhir dan cahayaadalah umpama rahmat Allah yang akan menjelma.

Isnin dari bahasa Arab bererti dua.

Di saat kelahiran baginda, akidah manusia sudah rosak kerana sudah lama 
ketiadaan Nabi dan Rasul. Hanya dua yang mengenal Tuhan;
Zat Tuhan itu sendiri dan baginda Rasulullah SAW. Itulah isyarat dari
Tuhan di sebalik kelahirannya pada hari Isnin. Justeru, keIslaman
seseorang hanya sah apabila dia mengakui dan menyebut kedua-duanya.

Jika dirujuk pada malam, ia adalah kemuncak kegelapan.

Ertinya waktu kelahiran baginda, segala perkara negatif berada di tahap 
puncaknya.

Jika dirujuk pada siang, ia adalah seterang-terang cahaya matahari.

Ertinya
kedatangan baginda membawa rahmat dari Tuhan untuk segala alam, bukan
hanya untuk manusia, bahkan binatang, kayu kayan, batu batan dan
seluruh ciptaanNya. Berkat cahaya rahmat itu, seluruh makhluk mendapat
pembelaan dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati.

Jika dirujuk pada bulan, ia adalah kemuncak bulan dalam setahun.

Ertinya
baginda adalah penutup dan kemuncak para Rasul. Rasul terdahulu
didatangkan untuk sesuatu kelompok dan zaman sedangkan Rasulullah SAW
didatangkan untuk semua etnik, berlanjutan hingga berzaman.

Jika dirujuk pada bintang, ada bintang 12 yang mana ia adalah bintang yang 
paling terang di antara beribu bintang yang ada.

Ertinya
kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, petunjuk dan
rahmat yang lengkap dari dunia hingga akhirat. Ajaran yang dibawanya
paling sempurna berbanding ajaran Rasul-Rasul sebelumnya.

Rabi’ dari bahasa Arab bererti musim bunga.

Kedatangan
baginda menjadi contoh akhlak yang mulia dan akhlak yang agung adalah
umpama bunga yang cantik dan indah di awal musim bunga.

Tahun
Gajah. 


Ia dikaitkan dengan Abrahah dan tentera bergajahnya dari Yaman.
Sewaktu dia menyerang Ka’bah, dia telah merampas harta benda termasuk
kambing-kambing bapa saudara baginda, Abu Thalib dan datuknya Abdul
Muthalib. Akhirnya Abdul Muthalib keluar lalu bersemuka dengan Abrahah.
Beliau meminta supaya dipulangkan semula kambingnya kerana ia adalah
miliknya. Manakala tentang Kaabah, beliau berkata terpulanglah kerana
Ka’bah itu bukan miliknya tetapi milik Allah.

Jadi,
di sini, terbuka rahsia bahawa keluarga Rasulullah saw masih beragama
dengan agama Nabi Ibrahim. Ertinya keturunan baginda terpelihara,
bersih dan dijaga oleh Allah.


sumber : http://aboutmiracle.wordpress.com


      

Kirim email ke