Bagaimana Hendak Menyekat Pengaruh Al-Arqam ? 
 










 
Syeikhbelalang menulis .

 
Salam buat semua . Topik kali ini adalah mengenai Darul Arqam , sebuah 
pertubuhan yang peliknya  tidak pernah berdaftar tetapi operasinya telah di 
haramkan oleh pehak berkuasa agama sejak tahun 1994 yang lalu . 
 
Topik ini juga tidak ada kaitan samada dengan pertubuhan Rufaqa atau Kumpulan 
Global Ikhwan yang beroperasi atas dasar perniagaan. Kerana majoritinya ramai 
bekas ahli-ahli Arqam telah membawa diri masing2 selepas pengharamannya. Yang 
tinggal cuma muka-muka baru serta mereka yang ingin mengemblengkan perniagaan 
terutama dalam bidang makanan mengikut syariat Islam yang besih, suci lagi  
harum. Mereka ini tidak ada kena mengena dengan bekas pertubuhan Al Arqam.
 
Pengharaman Darul Arqam telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 
tahun 1994. Jadi bila sudah diharamkan maka ertinya berakhirlah riwayat sebuah 
organisasi yang berbentuk gerakan kerohanian mengikut  pandangan Pusat Islam 
.Majoriti ahli dalam Pertubuhan Al Arqam mengamalkan terekat Aurad Muhamadiah .
 
 Pusat Islam menjadi terkenal kerana ia adalah  sebuah organisasi yang memantau 
pergerakan Darul Arqam yang bermula dari tahun 1968 sehingga 1994.
 
Kini tanggungjawab Pusat Islam telah diambil alih oleh agensi pehak kerajaan 
Pusat  atas nama yang baru  yang bergelar sebagai pehak Jabatan Kemajuan Islam 
Malaysia atau   pehak Jakim. Maka mudahlah sikit tugas dan tanggungjawab pehak 
Jakim kerana pengaruh Al-Arqam telah berjaya di hapuskan oleh Pusat Islam. 
 
Juga dipertanggungjawab sama kepada Jabatan Agama Islam Negeri di negeri-negeri 
di seluruh Malaysia . Seperti di Selangor atas nama Jabatan Agama Islam 
Selangor atau JAIS serta di Perak atas nama Jabatan Agama Islam Perak atau 
Jaipk atau Jabatan Agama Islam Melaka atau JAIM.
 
Sepatutnya pegawai-pegawai agama Islam terutama pegawai2 Jakim dan JAIS 
bolehlah bergoyang kaki atau memerap atau melepak didalam bilek pejabat masing2 
yang berhawa dingin  sambil berangan-angan menunggu gaji dan bonus yang bakal 
di terima pada penghujung bulan . 
 
Tak perlulah hendak berkerja keras dan bersusah payah turun kepadang untuk 
memegang amanah untuk memajukan ekonomi dan sosial umat Islam di Malaysia . 
Kecualilah pehak pegawai Jakim sekali sekala berkunjung ke tempat pemprosesan 
makanan sambil memantau status sijil halal pengusaha makanan di kawasan yang di 
syaki.  
 
Ingatkan riwayat Al Arqam berjaya dikuburkan atau pun berjaya ditamatkan walau 
pun tanpa berbatu nesan. Sepatutnya bolehlah pegawai-pegawai Jakim dan JAIS 
berlapang dada dan menghirup nafas yang segar dalam ruangan pejabat masing2.  
Sebab berjaya melaksanakan tugas yang  telah diamanahkan oleh  pehak pemerintah 
. 
 
Tetapi tidak rupa2nya kerana  pengaruh Darul Arqam makin berkembang pesat. 
Mungkin pehak Jakim dan Jais tidak menyangka bagaimana Darul Arqam boleh pesat  
berkembang sedangkan Pusat Islam mendakwa telah berjaya menguburkan dan 
mengkafankan riwayat  pertubuhan  Darul Arqam? Cuma pegawai Jakim tidak  sempat 
hendak  memandikan serta dibuat solat jenazah terhadap pertubuhan Darul Arqam.
 
Kadangkala kesian juga saya melihat pada pehak Jakim dan JAIS  . 
Pegawai-pegawai mereka bukan calang-calang orang . Ramai yang berkelulusan 
master dan Phd dalam bidang Pengajian Islam ketika menuntut di luar negara . 
Pun bukan koman-koman punya Universiti . Ada yang menuntut di universiti of 
Amerika di Mesir , universiti St Andrew dan entah beberapa banyak lagi  
universiti yang  sukatan dan kurikulumnya dibuat hasil dari bijak pandai pehak  
orientalis Yahudi dan Nasrani . 
 
Pada merekalah pegawai-pegawai Jakim berguru . Bukan calang2 dan koman2 punya 
guru . Walau pun majoriti guru mereka tidak beragama Islam, terdiri dari bangsa 
Yahudi dan Nasrani  tetapi taraf ilmu dan cendiakawan mereka mengenai ugama 
Islam ibarat langit dan bumi berbanding dengan cerdik pandai  Islam  yang 
majoritinya berfahaman Wahabi dan Syiah  .  Cuma tuan guru mereka  yang tidak 
beragama Islam sahaja.
 
Bab umat Islam yang berfahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah  yang mengamalkan ilmu 
Fekah menurut Imam Syafei , yang mengamalkan Ilmu Tauhid atau keTuhanan 
mengikut fahaman Imam Abu Hassan Assyaari dan Imam Al Maturidi serta pengajian 
Ilmu Tasawuf mengikut Imam Al Ghazali tidak dimasukkan dalam topik ini .
 
Sepatutnya pehak kerajaan Malaysia boleh berbangga mendapatkan kepakaran bab2 
agama Islam dari mereka . Maka dengan adanya  kehadiran dan peranan mereka maka 
syiar umat  Islam  makin gah dan berkembang pesat  serta berkumandang di 
Malaysia seperti dengan wujudnya majlis tilawah Al-Quran , Bank Islam , 
Universiti Islam , Pusat Pungutan Zakat , pembinaan masjid, Takaful Islam, 
Dakwah Islam dan banyak lagi hasil sumbangan dan kepakaran pehak berkuasa agama 
Islam.
 
Cuma dalam bab Al Arqam sahaja yang mereka gagal untuk menyekat 
perkembangannya . Dimana salah silapnya ? Tak kan dengan adanya pegawai2 yang 
memiliki Phd dalam bidang pengajian Islam tiada seorang pun pegawai2 Jakim dan 
Jais yang berjaya mencari idea atau ilham untuk menyekat pengaruh Al- Arqam ? 
Bukan sekuat mana pun  kumpulan Al-Arqam tu . Mereka mana ada bom C4 ? Apatah 
lagi roket berpandu Scud. Pun tak memiliki kapal selam atau tentera2 dari 
kumpulan militan samada pakar bunuh diri semasa menyerang atau meletupkan bom 
seperti tentera militan di Afghanistan tu
 
Apa yang kumpulan Arqam buat , mereka senantiasa mengutamakan  dan menjaga 
adab2  terutama  dalam bab2 bersolat  . Dengan berselawat dan berwirid dan 
pernah kaum lelakinya suatu ketika dahulu mengutamakan pakaian berjubah dan 
berserban dalam bersolat atau pun berjumpa dengan orang2 ramai berbanding 
dengan pegawai agama Kerajaan yang senantiasa bertali leher , berseluar dan 
berkot . Juga ramai majoriti pegawai agama tidak menutup kepala seperti 
berkopiah lebih2 lagi berserban seperti mana yang Rasululah lakukan .
 
Apa lebihnya kumpulan Al Arqam ? Mengikut fahaman saya yang jahil dalam bab 
agama Islam kekuatan mereka terletak pada Tarekat  Aurad Muhamadiah. Yang 
didalam terekat tersebut mengandungi rangkaian 2, himpunan2 bacaan  Wirid , 
Zikir , Tahlil , Maulud Nabi ,  Marhabban , Selawat  dan Doa2 Pilihan.  Yang 
kesemuanya bersumberkan dari  kitab Al Quran. 
 
Ahli2 kumpulan tarekat Muhammadiah bukan terdiri dari kumpulan Al Arqam sahaja 
bahkan merangkumi umat Islam yang lain yang tinggal di Malaysia , Singapura , 
Indonesia , Brunei serta negara2 Timur Tengah yang lain . Mereka terdiri dari 
kumpulan kerohanian atau kumpulan yang mengutamakan gerakan ahli sufi. Kumpulan 
yang mengutama rasa Cinta dan Takut Pada Allah melebihi dari segala2nya . 
 
Kumpulan mereka senantiasa mengutamakan solat secara berjemaah dan bukan solat 
secara bersendirian . Mereka berselewat tidak kurang 30 minit sebelum masuk 
waktu solat sambil  menunggu masuk waktu bersembahyang . Dan bukan macam 
setengah-tengah umat Islam  yang lain walau pun azan telah berkumandang masuk 
waktu solat lebih dari 3 jam yang berlalu namun masih ramai lagi yang 
melewat2kan dari  menunaikan solat. yang sepatutnya di segerakan.
 
Sebab itu hanya terdapat dua langkah sahaja untuk pehak Jakim dan Jais jika 
ingin menamatkan atau menyekat pengaruh Darul Arqam dari berkembang .
 
Langkah Pertama , ialah langkah dalaman , ialah dengan mengharamkan kegiatan 
bertarekat  yang merupakan kekuatan dalaman Al Arqam walau pun didalam ajaran 
bertarekat tersebut  mengandungi 100% bacaan dari ayat2 suci Al Quran . Dengan 
ini bermakna  Wirid , Zikir , Tahlil , Maulud Nabi ,  Marhabban , Selawat  dan 
Doa2 Pilihan mesti dilenyapkan bukan sahaja dalam minda pengamal2 tarekat 
bahkan pada umat Islam yang lain  . 
 
Juga kalau boleh pehak berkuasa agama mengeluarkan arahan mengharamkan kegiatan 
berselawat semasa menunggu waktu solat , solat secara berjemaah , bacaan2 
Al-Quran yang dijadikan amalan bertarekat , pemakaian jubah dan berserban serta 
kegiatan berpurdah. 
 
Setelah berjaya mengharamkan amalan2 dalam bertarekat , pehak berkuasa agama 
boleh melaksanakan langkah yang kedua iatu langkah 2 luaran seperti 
memperbanyakkan aktiviti2 yang bertentangan dengan amalan bertarekat . Seperti 
memperbanyakkan percampuran berlainan jantina  atau memperbanyakkan pergaulan 
bebas , menggalakkan pusat2 hiburan yang melalaikan seperti Jom Heboh atau 
Akademik Fantasia atau sistem Mentor . Juga menggalakan percampuran jantina 
dalam Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) 
 
Atau jika umat Islam ingin kembali juga pada ajaran Islam , lencongkan fahaman 
dan minda mereka pada fahaman2 yang bertentangan dengan Akidah Ahlul Sunnah Wal 
Jamaah seperti mempromosikan ajaran Fahaman Wahabi serta juga menggalakan 
Fahaman Syiah . Walau pun pada dasarnya fahaman Wahabi dan Syiah tidak boleh 
bersatu malah berseteru .
 
Juga mengharamkan amalan berpoligami . Kalau tidak boleh pun cukup sekadar 
menyekat atau pun menyukarkan umat Islam untuk melaksanakan amalan berpoligami 
. Kerana amalan berpoligami juga merupakan amalan-amalan kerohaniah orang2 
soleh dahulu kala. Pehak berkuasa agama boleh mengantikannya dengan  
memperbanyakkan nikah mutaah atau paling koman pun mengalakkan amalan kawin 
koboi . Atau pun mengantikan dengan nikah misyar yang mana peranan pehak lelaki 
cukup  hanya sekadar sebagai penderma air mani. 
 
Semoga dengan cadangan saya ini pehak berkuasa agama boleh mendapat ilham atau 
idea bagaimana hendak menyekat pengaruh Al Arqam dan dengan mereka-mereka yang 
sefahaman dengannya. Apa2 pun apa jua yang kita lakukan hendaklah atas dasar 
usaha dan bertawakal pada Allah .
 
Ingat , yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu datangnya 
dari sikap dan pemikiran kita sendiri. Allah swt tidak mensia-siakan sesuatu 
melainkan ada hikmah di sebaliknya . Samada berjaya atau pun gagal untuk 
menyekat pengaruh Al Arqam serahkan semuanya pada Allah swt . Apa2 pun carilah 
Kebenaran dan bukan mencari sekadar Kemenangan. Pada Allah jua Penentu 
Kebenaran dan bukannya pada manusia .
 
Oh Tuhan ku , berilah pada kaum ku petunjuk kerana mereka sesungguhnya tidak 
mengetahui apa yang Hak dengan apa yang batil . Yang HAK pasti menang . Dan 
yang BATIL pasti akan tenggelam dengan sendirinya . 
 
 
Salam dari Kamunting.
 
Syeikhbelalang
 
 
 
 
 
 
p/s - Pakailah akal untuk mencari keredhaan Illahi dan bukannya memakai akal 
untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu dan kepuasan diri sendiri. Janji Allah pasti 
benar pada Pencinta2 Kebenaran
 
 
 
 
 
Link       http://groups.yahoo.com/group/sibermelayu
 


      

Kirim email ke