Pelik: Puasa Ramadhan tak wajib
LAILAHAILLALLAH
Assallammualaikum
Sengaja saya guna tajuk dia atas, saya tahu dalam kepala otak anda sekarang nie
dah label saya sesat, nak hentam saya cukup-cukup, bagus itu tandanya masih ada
yang sayangkan agama. Bukan saya tak faham hukum, saya tahu dalam Al-Quran dah
ada ayat dimana:
183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (Al-Baqarah:183)
Maka wajiblah keatas semua umat Islam untuk berpuasa. Tapi bukan bab puasa yang
nak saya bangkitkan disini, tapi nak buka minda kita semua, tentang kewajiban
lain yang kita tinggalkan. Kalau tadi anda tak berpuas hati bila saya keluarkan
kenyataan berkenaan tak wajib puasa Ramadhan kerana seluruh umat Islam di
setiap penjuru dunia berpuasa, betul tak. Tapi dalam surah yang sama,
Al-Baqarah, jarak hanya awal 5 ayat dari ayat diatas, yang pelik macam mana
kita boleh beramal ayat 183, tapi tinggalkan ayat 178, cuba kita lihat ayat
terjemahannya:
178. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan
dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba
dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu
pema'afan dari saudaranya, hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara
yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang
memberi ma'af dengan cara yang baik (pula). yang demikian itu adalah suatu
keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. barangsiapa yang melampaui batas
sesudah itu, Maka baginya siksa yang sangat pedih[111].
[111] Qishaash ialah mengambil pembalasan yang sama. qishaash itu tidak
dilakukan, bila yang membunuh mendapat kema'afan dari ahli waris yang terbunuh
yaitu dengan membayar diat (ganti rugi) yang wajar. pembayaran diat diminta
dengan baik, umpamanya dengan tidak mendesak yang membunuh, dan yang membunuh
hendaklah membayarnya dengan baik, umpamanya tidak menangguh-nangguhkannya.
bila ahli waris si korban sesudah Tuhan menjelaskan hukum-hukum ini, membunuh
yang bukan si pembunuh, atau membunuh si pembunuh setelah menerima diat, Maka
terhadapnya di dunia diambil qishaash dan di akhirat dia mendapat siksa yang
pedih.
Kalau tadi saya kata puasa tak wajib tentu orang kata saya sesat, habis tue
Hudud. Alasan masyarakat kita masyarakat majmuk, Hudud dilaksanakan pada orang
Islam bukan pada yang bukan Islam. Hudud keras sangat, sebab keras lah umat
Islam akan takut nak buat kesalahan. Semua pemimpin Melayu, Cina India sepakat
dan setuju dengan perundangan sekarang. Kan ke kita dah merdeka kenapa guna
hukum British, apa kata kita gabung undang-undang Cina, India, Melayu digabung
jadi undang-undang Malaysia, bukan ikut undang-undang British. Atau masa kita
nak merdeka dulu ada syarat-syaratnya, yang dirahsiakan kerajaan?
Dua-dua ayat ni perintahnya wajib didahului dengan Hai orang-orang yang
beriman, diwajibkan atas kamu… ; Tapi kenapa banyak alasan bila nak jalankan
hukum ALLAH. Sesetengah ulama menentang hukum Hudud dengan pelbagai logic akal
mereka, takkan lah ALLAH s.w.t ada kelemahan sehingga Hudud tak releven zaman
sekarang. Islam terbatas pada ritual, sembahyang, puasa, kahwin, zakat, perkara
tertentu jer ikut Islam. Yang lain hukum hakam ikut perundangan British,
ekonomi riba dihalalkan, pergaulan bebas lelaki perempuan tiada batasan,
macam-macam lagilah kesilapan kita. Tak guna saya bicara panjang lebar cuma
saya menyampaikan amanah ALLAH dan Rasulullah s.a.w pada saya. Bukan mengajar
tapi sama-sama belajar. Kalau hari ini tak buat hukum Hudud, bila lagi, apa
anak cucu kita akan buat??? Hari nie pun berapa kerat sangat yang solat, ayuh
saudara Islam ku, risaulah, takutlah ALLAH, kembalilah pada Al-Quran dan Sunnah
jika tidak kita akan sesat, sedarlah saudara
Islam yang aku sayangi, kembali pada ALLAH s.w.t, LAILAHAILLALLAH,,,