Tak
terasa....
hari demi hari, jam demi jam, menit demi menit, detik demi detik...
bulan yang ditunggu-tunggu, dirindu-ridukan, dinanti-nantikan kedatangannya,
dan ditangisi kepergiannya....
itulah bulan Keagungan - bulan yang paling mulia .. dialah Bulan Ramdhan...
Oh Ramadhan,
Bulan yang diturunkan
Al-Qur'an,
Bulan rahmat dan bulan berkah,
Ramadhan al-Mubarak.
-Aku bersyukur
kepadaMu Ya Allah kerana diberi kesempatan menemui Ramadhan kali ini.Aku
berharap Engkau bukalah pintu keampunanMu dan rahmatMu untuk ku.Dan izinkan
lagi bagiku berjumpa Ramadhan ditahun depan dan seterusnya...
Oh Ramadhan,
kedatanganmu ditunggu
penuh harapan,
dan ketibaanmu kami mulia dan raikan,
para abidin dan solehin berpesta
peluang beribadat kepada Yang Esa.
-Dulu,puasa adalah
satu beban yang terpaksa aku tanggung kerana suruhanMu.Sekarang ianya satu
nikmat ibadat yang aku rela dan redha.Dan aku tersenyum gembira
melaksananya keranaMu. Dulu,aku lebih suka menonton Tv atau membeli-belah
bersama anak2 dan isteriku.Sekarang,aku lebih suka dan rela bersama mereka
setiap malam di rumahMu Ya Allah.
Oh Ramadhan,
Setiap tahun Kau
datang,
Hanya sebulan bersamaku,
Membawa bersamamu Lailatulqadar,
Dan Kau akan pergi lagi,
Di iringi tangisan para abidin dan solehin.
-Adalah menjadi
harapanku untuk memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan
istighfar,zikir dan solat memohon keampunan dan keredhaan Allah swt.Aku
panjatkan doa ini kepada Engkau Ya Allah untuk diperkenankan supaya aku
tidak termasuk dari mereka yang rugi saperti firmanMu dalam surah Al-Ansr.
Oh Ramadhan,
Lupakanlah peristiwa dulu,
maafkan aku karena menghardikmu,
Kini aku sangat senang bersamamu,
Aku lebih rela dan ridha,
Datanglah kepadaku,
Aku akan memeluk dan menciummu...
Abu Hurairah ra.
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan
lima perkara yang
istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau
mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah
daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan)
ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan
serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya:
"Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan
meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan
mendatangimu."
Pada bulan ini
syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah
maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan
diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai
Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah
SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan
setelah menyempurnakan tugasnya."
Ubadah Bin Somit ra.
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan
hampir menjelang: "Telah datang
kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan
keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa
kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan
berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada
Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah
dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra.
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada
bulan Ramadhan, Allah
Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan
pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan
diterima."
Abu Hurairah ra.
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang
doa mereka tidak ditolak;
doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa)
yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya
melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman:
"Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu
walaupun pada suatu masa nanti."
Ibn Umar ra.
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para
malaikatNya mengirim rahmat
ke atas mereka yang memakan sahur."
Abu Hurairah ra.
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di
siang hari bulan
Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak
akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa
sehingga ke akhir hayatnya."
اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان
Yaa... Allah berkahilah kami dibulan sya'ban dan sampaikanlah kami
dibulan Ramadhan...
________________________________________________________
Bergabunglah dengan orang-orang yang berwawasan, di di bidang Anda! Kunjungi
Yahoo! Answers saat ini juga di http://id.answers.yahoo.com/