Dikisahkan bahwa ada seorang ahli ibadah bernama Isam
bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk
sembahyangnya. Namun demikian dia selalu khuatir
kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu
bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik
ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu
dirasanya kurang khusyuk.
Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid
bernama Hatim Al-Asam dan bertanya: "Wahai Aba
Abdurrahman (Nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya
tuan sembahyang?"
Berkata Hatim: "Apabila masuk waktu sembahyang, aku
berwuduk zahir dan batin."
Bertanya Isam: "Bagaimana wuduk batin itu?"
Berkata Hatim: "Wuduk zahir sebagaimana biasa, yaitu
membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara
wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh
perkara:
* Bertaubat.
* Menyesali akan dosa yang telah dilakukan.
* Tidak tergila-gila dengan dunia.
* Tidak mencari atau mengharapkan pujian dari manusia
* Meninggalkan sifat bermegah-megahan.
* Meninggalkan sifat khianat dan menipu.
* Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata: "Kemudian aku pergi ke
Masjid, kukemaskan semua anggotaku dan menghadap
kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku
bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah
kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut
berada di belakangku. Dan kubayangkan pula bahawa aku
seolah-olah berdiri di atas titian Shiratul Mustaqim'
dan aku menganggap bahwa sembahyangku kali ini adalah
sembahyang terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati
selepas sembahyang ini), kemudian aku berniat dan
bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam
sembahyang ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan
sujud dengan tawaduk (merasa hina), aku bertasyahud
(tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi
salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersembahyang
selama 30 tahun.
Apabila Isam mendengar menangislah ia sekuat-kuatnya
kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila
dibandingkan dengan Hatim.
____________________________________________________________________________________
You rock. That's why Blockbuster's offering you one month of Blockbuster Total
Access, No Cost.
http://tc.deals.yahoo.com/tc/blockbuster/text5.com