Pada jam 7:30 pagi 9 Februari 1942 kumpulan Platun Adnan tiba di jambatan Sg Pandan. Suasana masih diselaputi kabus dan embun yang tebal. Leftenan Muda Adnan dibawa bertemu Leftenan GFD Stephen yang berkubu di atas bukit. Adnan kemudiannya membahagi-bahagikan kubu untuk anggotanya berlindung di sekitar kedudukan baru mereka di Sg Pandan. Beliau mengarahkan anggotanya menggali perlindungan sementara sahaja, di mana pihak Jepun akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Sedang Leftenan Adnan membuat pemeriksaan ke kawasan kubu anggotanya, beliau telah menerima arahan dari pihak atasannya untuk berundur. Ini menyebabkan beliau begitu kecewa sambil menyumpah yang 'orang putih' adalah penakut. Platun Adnan juga telah kehabisan bekalan makanan dan masih menunggu bekalan yang belum tiba dari Gap House.

Kira-kira jam 6:30 petang, tentera Jepun kelihatan menghampiri jambatan Sg Pandan. Leftenan GPD Stephen yang cuba meletupkan jambatan yang sudah dipasang bahan letupan, segera dihalang oleh Adnan dan berlaku pergelutan antara Adnan dan Stephen. Adnan dimarahi Stephen kerana menghalangnya dari meletupkan jambatan tersebut. Adnan menasihati Stephen supaya membenarkan pihak Jepun tiba di seberang sungai berhampiran mereka agar lebih ramai lagi tentera Jepun dapat dibunuh. Nasihat Adnan tidak diterima oleh Leftenan GFD Stephen kerana Adnan merupakan seorang askar yang dibawah jajahan bangsanya sahaja serta lebih rendah pangkat darinya. Dan tugas yang diberikan kepadanya adalah untuk meletupkan jambatan itu sahaja.

Selang beberapa minit kemudian, dalam samar-samar cahaya bulan, kelihatan tentera Jepun kian ramai dan mengambil perlindungan di kiri dan kanan jambatan tanpa menyeberangi sungai. Kelihatan 2 orang tentera Jepun di atas jambatan membuat pemeriksaan. Tanpa disedarai oleh Adnan, Leftenan GFD Stephen menekan perenggu letupan menyebabkan seluruh jambatan musnah. Maka serentak itu berlakulah tembak-menembak di antara kumpulan Leftenan Muda Adnan dan Leftenan GFD Stephen dengan tentera Jepun. Sepuluh minit kemudian, kedudukan mereka dihujani tembakan mortar dan meriam Jepun. Ramai askar Platun Adnan dan Leftenan GFD Stephen cedera dan terkorban. Leftenan GFD Stephen pula tergesa-gesa meninggalkan kedudukan di Sg Pandan bersama anggotanya.

Pertempuran di Sg Pandan berterusan. Pihak Jepun yang ternyata cukup terlatih terus menyeberangi sungai. Anggota Askar Melayu yang belum berganjak menembak sasaran tentera Jepun yang sedang berenang menyeberangi sungai. Ramai tentera Jepun dari Rejimen Ke 56 terkorban. Namun, makin ramai pula yang tiba dari arah seberang sungai. Tembakan peluru mortar dan meriam lebih dahsyat lagi, ini lebih menyulitkan anggota-anggota Adnan untuk bertahan dengan lebih lama lagi. Tembakan meriam dari belakang pertahanan Adnan telah banyak juga mengorbankan tentera Jepun. Terdapat juga peluru meriam yang tersilap sasar mengenai perkampungan Melayu menyebabkan beberapa buah rumah musnah akibat letupan peluru meriam yang mengganas itu. Adnan mempunyai kedudukan yang lebih baik dari pihak Jepun yang terpaksa menyeberangi sungai. Sehingga jam 10:00 pagi, tentera Jepun masih belum dapat menyeberangi Sg Pandan. Sg Pandan kini menjadi perkuburan tentera Jepun di mana beratus-raut mayat tentera Jepun terapung hanyut ke muara sungai.

Sarjan Ngah memberitahu Leftenan Muda Adnan bahawa anggota mereka pula kekurangan peluru. Adnan mulai sedar bahawa beliau tidak akan dapat bertahan lebih lama lagi disebabkan mereka kekurangan bekalan yang mencukupi. Beliau memberitahu Sarjan Ngah bersiap sedia untuk berundur ke Gap House. Beliau dapat merasakan banyak jiwa akan terkorban jika mereka terus bertahan. Koperal Md Noor di arah berundur dahulu bersama 4 anggota yang cedera, diikuti dengan seksyen Koperal Ibrahim, sementara beliau dan anggota kumpulan Markas Platun memberi tembakan perlindungan. Mereka merempuh hutan bakau yang berselut bagi mengelak dikesan pesawat udara Jepun yang sentiasa berlegar-legar di udara. Hampir 45 minit perjalanan, mereka sampai dengan selamat di simpang jalan Air Rajah Road / Pasir Panjang Road di GR 015564.

Setelah 10 minit berehat, Leftenan Adnan mengarahkan anggotanya meneruskan perjalanan ke Gap House dengan mengikuti jalan hutan dan ladang getah supaya tidak dapat dikesan oleh pesawat udara Jepun yang kini telah menguasai ruang udara Singapura sejak pendaratan mereka pada 8 Disember 1941 lalu. Hampir 2 kilometer berjalan, mereka terpaksa lalui kawasan lapang yang berlalang. Apabila terdengar pesawat udara Jepun datang dari arah utara, masing-masing telah mengambil perlindungan. Platun Adnan telah dibedil dengan mesin gun. Satu tembakan terkena lengan Prebet Adnan lalu terkulai semasa pihak Jepun mengebom kedudukan Leftenan Adnan.

Leftenan Adnan dan anggotanya segera mengambil perlindungan di kawasan perkampungan yang telah ditinggalkan. Tentera Jepun kian rapat memburu mereka dari arah belakang. Adnan mengarahkan Sarjan Ngah membawa anggotanya berundur dahulu sementara beliau dan beberapa anggota lain akan memberi tembakan perlindungan. Ramai tentera Jepun yang mara ditembak mati. Tetapi ramai lagi yang datang seolah-olah lebah datang menyerang mereka. Prebet Ibrahim yang cuba mengambil perlindungan tiba-tiba terkena tembakan musuh. Dalam keadaan marah, Adnan membalut luka Prebet Ibrahim lalu segera memikul sahabatnya berundur. Prebet Basri dan Prebet Hussain telah terkorban.

Prebet Ibrahim meminta beliau diturunkan dari bahu Leftenan Muda Adnan setiba saja di kawasan pokok getah yang tebal diselaputi hutan. Prebet Ibrahim mendesak Adnan segera beredar agar tidak ramai lagi yang menjadi mangsa keganasan tentera Jepun. Tentera Jepun kini kian ramai yang datang dan memburu Platun Adnan. Dalam keadaan sebak dan mengalirkan air matanya, Adnan terpaksa mengikut nasihat Prebet Ibrahim dan meninggalkan sahabatnya di situ. Beberapa minit kemudian, setelah 1/2 jam mereka berundur, keadaan menjadi senyap seketika dan tiada kedengaran lagi. Tidak berapa lama kemudian, sayup-sayup kedengaran bunyi letupan memecah kesunyian hutan yang mereka redahi itu. Adnan berhenti seketika, dalam hatinya beliau telah kehilangan sahabat karibnya


TAAT SETIA......chief gunturean's.....chief ragger of the century

Oleh :[EMAIL PROTECTED]
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid

Kirim email ke