Lidah rasmi Pas, Harakah dalam keluaran terbarunya untuk 16 hingga 30 April 2002, menyiarkan di muka depannya mengenai betapa media Arab mengecam Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad kerana kononnya mengisytiharkan pengebom berani mati Palestin sebagai pengganas. Menurut lidah rasmi itu juga media Arab juga mengecam Dr. Mahathir kerana menganggap pengebom berani mati Palestin sama dengan kumpulan pengganas Tamil Elam di Sri Lanka dan Serbia di Bosnia. Memang Perdana Menteri ada berkata demikian pada Sesi Khas Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (ICFM) Mengenai Keganasan.
Tetapi beliau tidak memaksudkannya kepada kumpulan pengebom berani mati Palestin. Pada persidangan tersebut, Dr. Mahathir telah mengemukakan definasinya mengenai keganasan dan pengganas. Ini kerana telah berkali-kali ditekankan yang tafsiran pengganas dan keganasan terlalu subjektif dan digunakan sewenang-wenangnya oleh negara-negara Barat untuk melabelkan pejuang-pejuang yang mempertahankan tanahair mereka. Contohnya Barat melabelkan pejuang-pejuang Palestin sebagai pengganas tetapi bagi rakyat Palestin mereka adalah pejuang kemerdekaan. Tafsiran yang berbeza terhadap sesuatu tindakan ini telah menyebabkan Islam dilabelkan sebagai agama yang mengajak penganutnya melakukan keganasan. Justeru itulah, maka Perdana Menteri mencadangkan tafsiran pengganas diperbetulkan. Beliau juga menawarkan tafsiran Malaysia untuk diterima oleh masyarakat antarabangsa. Iaitu seseorang hanya boleh disifatkan sebagai pengganas dan tindakan mereka dikategorikan sebagai keganasan sekiranya mereka menyerang orang awam. Biar bagaimana suci sekalipun perjuangan mereka maka ia tetap tindakan ganas kerana serangan tersebut melibatkan orang awam. Namun sekiranya orang awam tersebut secara tidak sengaja berada di dalam pertempuran, maka penyerangnya tidak harus diklasifikasikan sebagai pengganas. Malah definasi tersebut juga menuntut agar label pengganas tidak diletakkan ke atas sesuatu bangsa atau agama hanay kerana sebahagian dari bangsa atau penganut agama tersebut menganjurkan keganasan.
Di sini diperturunkan ucapan beliau untuk semua perhatian semua pembaca.
"I would like to suggest here that armed attack or other forms of attack against civilian must be regarded as acts of terror and the perpetrators regarded as terrorist. Whether the attackers are acting on their own or on the orders of their governments, whether they are regulars or irregulars, if the attack is against civilians, then they must be considered as terrorist. Groups or governments, which support attacks on civilians, must be regarded as terrorist, irrespective of the justification of the operations carried out, irrespective of the nobility of the struggle. However, if civilians are accidentally caught in the crossfire, the attackers should not be labeled as terrorist. According to this definition of terrorism, the attack on the World Trade Center on September 11, the human bomb attacks by Palestinians and the Tamil Tigers, the attacks against civilians by Israeli forces, the killings of Bosnian Muslims and others must be considered as acts of terror and the perpetrators must be condemned as terrorist. And anyone supporting them must be considered as terrorist. Where states are behind the acts of terrorism, the whole government must stand condemned. But no race or religion should be condemned or discriminated against simply because people of the same race or their co-religionist have been involved in terrorist activities."
Memang benar Perdana Menteri telah mengklasifikasikan serangan ke atas WTC sebagai tindakan pengganas dan memang benar beliau juga telah mengklasifikasikan mereka bersama-sama kumpulan pengganas Tamil Elam di Sri Lanka dan Serbia di Bosnia. Tetapi akhbar Harakah juga telah tidak memasukkan yang Perdana Menteri juga menghentam serangan Israel ke atas orang awam sebagai tindakan ganas. Memang benar menurut definasi ini secara umumnya seolah-olah Perdana Menteri mengisytiharkan yang pengebom berani mati Palestin sebagai pengganas. Tetapi ia hanya ditujukan kepada pengebom berani mati Palestin yang mengebom orang awam yang tidak berdosa. Sekiranya mereka membunuh orang awam, maka selayaknyalah mereka digelarkan pengganas kerana mereka tidak mengikut lunas-lunas Islam.
Tetapi pada pendapat penulis, sama ada pengebom berani mati tersebut mengebom orang awam atau tidak, tindakannya meletupkan dirinya adalah tidak sejajar dengan ajaran Islam. Islam ialah satu agama yang manganjurkan umatnya tidak berputus asa. Ia juga menganjurkan umatnya mencintai kehidupan. Justeru itulah ia melarang umat Islam membunuh diri. Mereka yang membunuh diri tergolong dalam mereka yang melakukan dosa besar. Malah Allah sendiri melarang umatnya membunuh diri dalam Surah An-Nisaa'a ayat 29 yang bermaksud "Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." Tidakkah ayat ini jelas menunjukkan Allah melarang membunuh diri sendiri. Walau apa sekalipun alasannya membunuh orang awam dilarang oleh Islam dan ia telah mempruntukkan adab-adab semasa berperang. Antara adab berperang di dalam Islam ialah, ia menghalang serangan ke atas orang awam seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang tua, dan juga serangan ke atas rumah-rumah ibadat seperti kuil, gereja, masjid dan lain-lain. Sekiranya Yahudi menyerang dan membunuh orang awam Palestin, adakah itu seharusnya menjadi alasan untuk pejuang-pejuang Palestin kembali bertindak menyerang orang awam Yahudi lain? Apatah lagi melakukan serangan ke atas orang awam yang tidak berdosa di WTC pada 11 September 2001.
Tindakan mengebom diri sendiri yang dilakukan oleh pejuang Palestin dan membunuh orang awam adalah satu tindakan yang tidak wajar. Akibat dari tindakan mereka, Islam telah diklasifikasikan sebagai agama yang ganas. Definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri bertujuan untuk menjernihkan salah faham terhadap Islam ini. Tetapi nampaknya Pas lebih berminat untuk mencari polemik politik murahan dari berusaha mencari penyelesaian. Jadi dalam konteks ini, siapakah yang sebenarnya yang menzalimi Islam?
[/ENDHTML]"kan ku pertahankan bumi melayu hingga ke titisan darah yang terakhir.....tak kan melayu diinjak�...hidup semangat melayu"
Oleh :*^^*nahza kurin kini dan selamanyer*^^*
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid
