Friday, April 19, 2002

Soalan dan Jawapan 25 [Sosial] - mshukri @ 03:48 PST
SOALAN

Apakah hukum seseorang wanita membonceng motor bersama teman lelakinya?.

Pengirim: Mirza Harni
Negeri: Selangor


JAWAPAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani

Hukum seorang wanita membonceng motor bersama teman lelakinya termasuk dalam kes ikhtilat (percampuran). Ikhtilat adalah perbuatan yang diharamkan oleh Allah s.w.t dan termasuk dalam perkara yang sangat berbahaya. Ini kerana ikhtilat antara lelaki dan wanita merupakan sebab yang terbesar dan yang paling mudah berlakunya fahisya (kemungkaran seperti zina).

Allah telah berfirman yang bermaksud, "Dan janganlah kamu medekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk" (Surah al-Isra' ayat 23). Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Janganlah seorang wanita bepergian, kecuali bersama mahramnya” (Mutafaqun 'Alaihi). Ini kerana ia merupakan sebab terjadinya fitnah dan kehancuran.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w, "Zina kedua-dua mata adalah memandang, zina kedua-dua telinga adalah mendengar, zina lisan adalah bicara, zina tangan adalah memegang, dan zina kaki adalah melangkah" (Muttafaq 'alaih dengan lafadz Muslim).
Berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah di atas, jelaslah bahawa zina bukan sahaja khusus apabila lelaki dan wanita melakukan ‘persetubuhan haram’. Sebenarnya seseorang wanita membonceng motor dengan teman lelakinya dalam keadaan berpeluk-pelukan itu juga adalah salah satu daripada jenis ‘zina’. Ini kerana ia adalah salah satu penyumbang ke arah terjadinya hal-hal yang tidak baik dan barangkali akan melakukan perkara yang lebih keji dari itu.

Islam melarang berdua-duaan (antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim) tanpa disertai mahram. Banyak hadits sahih yang melarang hal ini. Antaranya ialah “Apabila seseorang lelaki bersunyi-sunyian dengan seorang wanita (yang bukan mahramnya), maka akan datang syaitan sebagai pihak ketiga.” (Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Hakim). Wallahua’lam.

Sekian, wassalam.




Oleh :KeLuBunGLuSuH
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid

Kirim email ke