Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:
'Berbezalah kamu daripada orang-orang musyrik, iaitu kau peliharalah janggut dan cukurlah misai" (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)-Hadith Sahih.
Diriwayatkan daripada Abi hurairah r.a, katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya orang-orang musyrik itu memelihara misai mereka dan mencukur janggut mereka; oleh sebab itu berbezalah kamu daripada mereka, iaitu dengan memelihara janggut dan memotong misai" (Riwayat Al Bazzar dengan sanat yg baik) - Hadith Hasan
Kata Syeikh Syah Waliyullah bin Abd. Rahim Ad Dahlawi :
Janggut merupakan pemisah di antara kanak-kanak dan orang dewasa. Janggut adalah keindahan kesempurnaan lelaki dan kesempurnaan kehidupan mereka. Oleh itu hendaklah dibiarkan ianya memanjang.
Mencukurnya adalah adat kebiasaan Majusi dan perbuatan ini bermakna mengubah fitrah yang dicipta Allah serta menyerupai perbuatan orang yang sombong dan dungu.
Barangsiapa yg panjang misainya, maka akan tersangkutlah makanan dan minuman padanya serta berhimpunlah berbagai kekotoran. Memanjangkan misai adalah juga adat kebiasaan Majusi..
'Wahai Tuhan kami, Engkau tidak menjadikan kesemua ini sia-sia. (Ali-Imran : 191)
Semoga dengan sedikit Ilmu ini, dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah swt.. Wallahua'lam
Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku
Oleh :Zindagi Ekk Safar (bohot bohot syukria)�
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid
