Ibu bapa dan guru sebenarnya sam2 penting dalam mendidik anak bangsa ke arah yang cemerlang. Guru akan mengatakan mereka akan menokok tambah mana yang kurang dan selebihnya adalah tanggung jawab ibu bapa dan begitulah sebaliknya.

Ibu bapa sebagai pengasas dalam membentuk jiwa rohani anak2 dan memberi sekadar yang termampu kerana bukan semua ibu bapa bijak dalam segala segi. Guru pula sebagai penggilap dan terus mencorakkan anaj tersebut dan guru seharusnya punya pengetahuan dalam banyak bidang. Tidak hairanlah sekaranng ini lebih dari seorang guru yang memasuki satu kelas, bertujuan bagi melengkapkan penerimaan murid.

Jika salah apa yang diberikan menjadikan murid pincang bak kata pepatah guru kencing berdiri, anak murid akan kencing berlari. Walau pun ini satu ungkapan lama, sewajarnyalah guru2 mengambilnya sebagai panduan dalam menyampaikan sebarang ilmu dan tunjuk ajar.

Ibu bapa juga tidak bolih mengharap guru seratus peratus. Mereka juga punya peranan tersendiri. Sebab itulah aku katakan bahawa guru2 dan ibu bapa mempunyai tanggung jawab yang hampir serupa dan sama berat cuma pendekatannya yang berbeda.

maaf, jika aku tersasar...hanya pandangan.


ku sedari siapa diri ku ini...insan yg serba kekurangan...!

Oleh :ahba
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid

Kirim email ke