From: JIM International
Sent: Saturday, October 30, 2004 6:05 AM
Subject: Kenyataan JIM Isu Narathiwat


Assalamu`alaikum

Dikepilkan Kenyataan Akhbar yang diedarkan dalam sidang media tadi.


--------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan Akhbar JIM 20041030 Lagi Mandi Darah di Selatan Thai

KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) 

Sabtu 30 Oktober 2004
  

Lagi Mandi Darah di Selatan Thai
 

1.      Apakah nama yang sesuai bagi peristiwa pembunuhan yang melebihi jumlah 
kematian harian perang di Iraq, atau di Semenanjung Gaza, atau korban taufan 
Tokage (66) atau gempa bumi sekuat 6.8 pada skala Richter di Niigata?

 

         Apakah pula nama yang sesuai bagi pembunuh kepada sekurang-kurangnya 
lapan puluh lima (85) orang, tujuh puluh lapan (78) daripadanya semasa dalam 
tahanan?

 

         Jenis manusia bagaimana pula yang menindihkan manusia hidup setinggi 
lima hingga tujuh lapisan di dalam lori untuk perjalanan lima jam? Tentera Nazi 
semasa holocaust pun menindihkan jasad yang tidak bernyawa.

 

         Tiada nama yang sesuai untuk kekejaman ini; pembantaian (massacre) pun 
tidak cukup jelek untuk menamakan tindakan tidak berperikemanusiaan ini.

 

         Hakikat peristiwa ini berlaku enam (6) bulan selepas peristiwa Masjid 
Kerisek yang mengorbankan lebih seratus nyawa, menunjukkan tiada pengajaran 
telah diambil.

 

         JIM mengecam sekeras-kerasnya keganasan pasukan keselamatan Thai.

 

         JIM mendesak kerajaan Thai:

 

i.       menubuhkan satu suruhanjaya bebas dan terbuka untuk menyiasat 
peristiwa ini serta membenarkan pemerhati luar;

ii.       memastikan tindakan tegas diambil ke atas semua yang bertanggungjawab 
di atas kekejaman ini;

iii.      memberi pampasan yang sesuai kepada mangsa dan keluarga mereka yang 
terkorban;

iv.      memastikan peristiwa seperti ini tidak berulang.

 

         JIM mengesa kerajaan Malaysia, selaku pengerusi OIC menunjukkan sikap 
prihatin dan memainkan peranan proaktif terhadap malapetaka yang menimpa umat. 
JIM mencadangkan OIC menghantar satu delegasi khas untuk mengkaji kedudukan 
umat Islam di Selatan Thai.

 

         JIM ingin merakamkan ucapan takziah kepada kaum keluarga mangsa 
keganasan ini semoga-moga pengorbanan mereka tidak sia-sia dan diterima oleh 
Allah sebagai amal solih.

 

         JIM menyeru rakyat Malaysia untuk menyumbang apa sahaja kepada mana 
jua tabung sebagai tanda setiakawan (solidarity) serta usaha meringankan 
bebanan keluarga yang malang.

 

 

2.      Letupan bom balas dendam yang menyusul, akan menjerumuskan wilayah itu 
ke dalam suatu kitaran maut jika tiada usaha untuk mententeramkannya.

 

         Isu Selatan Thai yang terlalu banyak peristiwa hitam yang tidak dapat 
dilupakan oleh masyarakat, memerlukan penyelesaian jangka panjang.

 

         Masalah yang timbul disebabkan pendudukan atau penawanan oleh negara 
berjiran amat sukar untuk diselesaikan. Algeria memerlukan peperangan dengan 
Perancis sebelum dibebaskan; mungkin Laut Mediterranean membantu. Dalam dunia 
hari ini kebanyakan konflik adalah masalah seperti ini; Ireland Utara, Wilayah 
Basque, Kashmir, Chechenya, Mindanao, Pattani. Untuk menyelesaikannya 
memerlukan tekanan dan usaha masyarakat antarabangsa. Masyarakat antarabangsa 
(UN) perlu mengiktiraf ia sebagai satu masalah dan harus memberi tekanan 
apabila kerajaan tidak menunjukkan kesungguhan untuk menyelesaikannya. Masalah 
Pattani dan seumpamanya, memerlukan kesungguhan masyarakat antarabangsa (UN) 
seperti yang ditunjukkan di Timur Timor, Selatan Sudan dan di Darfur.

 

         JIM menyeru Kerajaan Thai:

         

        i.       menangani isu Selatan Thai ini dengan mencari penyelesaian 
jangka panjang yang menghormati hak dan kehendak rakyat di situ;

 

ii.       menimbangkan untuk memberi kebebasan politik yang lebih, seperti 
kerajaan tempatan (devolution);

 

iii.      mengambil langkah-langkah bagi memenangi hati rakyat.

 

         JIM menyeru kerajaan Malaysia memainkan peranan aktif dalam mencari 
penyelesaian jangka panjang bagi Selatan Thai. Jiran yang bergolak akan memberi 
kesan negatif kepada kita.

 

  

 

Zaid Kamaruddin

Presiden

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia

 


--------------------------------------------------------------------------------




Moderator [EMAIL PROTECTED]

IslahGateway


[Non-text portions of this message have been removed]






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar.
Now with Pop-Up Blocker. Get it for free!
http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/IYOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
INGIN MENCARI JODOH ? = > http://www.myjodoh.net
atau 
HANYA MERAMAIKAN KENALAN ? => http://www.kenalan.net
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1) Keluar : [EMAIL PROTECTED]
2) Sertai : [EMAIL PROTECTED]
3) Hantar Topik : sila ke http://www.mymasjid.com.my/forum 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke