> --- Roslan SMS  wrote:
>
> KABINET ISLAM HADHARI BEBASKAN RATU MAKSIAT
>
> Allah swt berfirman dalam surah Ali Imran: 110
>
>  Kamu (wahai ummat Muhammad) adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi
(faedah) ummat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang
baik dan melarang daripada segala perkara yang salah
> (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan
sebenar-benar iman)
>
>  Dengan imej Islam Hadhari yang Pak Lah jaja sehingga ke Pakistan hari ini
ramai yang menjangkakan isu serbuan JAWI ke pusat maksiat Zouk di Jalan
Ampang KL akan berakhir dengan keputusan mahkamah. Mereka yang ditahan pada
malam puaka tersebut dijangka didakwa di mahkamah pada bulan April ini.
>
> Akan tetapi rupa-rupanya kesungguhan pihak-pihak tertentu untuk mencalar
dan terus mengaibkan imej Islam dalam negara yang tak seberapa adanya itu
akhirnya berjaya jua. Sebagaimana yang dilaporkan oleh THE MALAY MAIL hari
ini pihak JAWI telah menarik balik saman ke atas semua yang ditahan pada
malam 20 Januari itu.
>
>  Mereka yang dituduh telah dipanggil ke pejabat JAWI semalam dan pegawai
yang bertugas telah bertindak membatalkan kesemua saman mereka. Ini bermakna
mereka tidak lagi akan didakwa di bawah enakmen
> jenayah syariah sebagaimana yang dijangka sepatutnya dan segala pertuduhan
terhadap mereka digugurkan.
>
>  Apa dah jadi? Adakah pembatalan ini kerana pihak pendakwa tidak
memperolehi bukti yang cukup ataupun ianya dibatalkan atas tekanan dan
arahan pihak tertentu?
>
>  Kebetulan dalam sisipan akhbar THE STAR hari ini Marina Mahathir anak
bekas PM telah menggunakan ruangan mingguannya untuk menyerang hebat JAWI
dan kerja-kerja nahi mungkar yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama.
Marina meminta para pembacanya menentang habis-habisan segala bentuk nahi
mungkar yang beliau anggap sebagai satu penderaan yang keterlaluan katanya:
>
>  We ought to fight against something that is so obviously abusive
especially when the grounds for the raid are suspicious in the first place
>
> = Kita sepatutnya menentang sebarang usaha yang jelas berbentuk
penyalahgunaan kuasa lebih-lebih lagi serbuan yang dimaksudkan dilakukan di
atas syak wasangka semata-mata.
>
>  (dalam hal ini Marina lupa semasa bapa beliau Menteri Dalam Negeri dulu
berpuluh ditahan di bawah ISA semata-mata kerana disyaki menggugat
kestabilan negara - kenapa tak ajak orang tentang bapanya sendiri)
>
>  Marina terus menusuk dengan mata penanya apabila menganggap mana-mana
pihak yang menyokong langkah JAWI itu sebagai berfahaman ala Taliban. Dan
beliau turut mendesak agar pihak kerajaan menghentikan sama sekali
kerja-kerja nahi mungkar ataupun penguatkuasaan kesalahan agama ini demi
mempertahankan imej Islam moderat yang kononnya cuba dipaparkan oleh negara
ini.
>
>  Rupa-rupanya memang pihak atasan berhasrat mempertahankan mereka yang
mungkar ini dan sekaligus menerima fahaman Marina dalam hal ini. Ianya
terbukti apabila MALAY MAIL melaporkan:
>
> The officer told us that the Cabinet instructed them to do so and that it
has to be settled by Tuesday before the Cabinet meeting on Wednesday (today)
>
>  Pegawai tersebut memberitahu kami bahawa pihak Kabinet telah mengarahkan
mereka membatalkan saman tersebut pada hari Selasa iaitu sebelum mesyuarat
Kabinet pada hari Rabu (hari ini).
>
>  Pak Lah kini berada di Pakistan dan kebetulan kabinet dipengerusikan oleh
Najib Tun Razak, anak emas Dr Mahathir yang memang tidak senang hati dengan
tindakan JAWI tersebut. Demikianlah berakhirnya episod seribu satu malam di
negara Islam Hadhari Malaysia.
>
>  Jelas dengan perkembangan ini Pak Lah tidak memiliki sebarang kekuatan
untuk menyuntik program Islam Hadharinya yang dah memang pun longgar itu.
Beliau cuma tegak dengan satu dua penyokong manakala yang selebihnya
dikeliling-kelalang beliau adalah mereka
> yang tidak gemar dengan corak Islam yang ingin beliau jaja itu.
>
>  Dalam sajak Pak Lah yang terkenal AKU CARI DAMAI DI HATI beliau ada
menyebut:
>
>  Aku cari mana dia Al Ghazali
>
>  untuk itu di sini saya petik tulisan Imam Al Ghazali di dalam kitabnya
BIDAYATUL HIDAYAH:
>
>  Dan ketahuilah apabila engkau cuai maka akibatnya akan kembali kepadamu
dan apabila engkau rajin maka mafaatnya juga akan kemabli padamu. Allah Maha
Kaya daripadamu dan Kaya daripada amalanmu tetapi setiap orang akan
tertakluk (pada hari kiamat nanti) dengan amalan yang dikerjakannya di
dunia. Maka jangan sekali-kali engkau berkata: Allah itu Tuhan yang Maha
Mulia lagi Pengampun. Ia mengampuni dosa-dosa hamba yang berbuat maksiat,
kerana ucapan seperti itu adalah ucapan yang benar tetapi mempunyai tujuan
yang salah. Orang yang memperkatakannya digelar AHMAQ (bodoh).
>
>  Semoga kita yang lain akan insaf dengan malapetaka yang kita hadapi ini.
Islam semakin dipermain dan dipersendakan oleh mereka yang dari kalangan
kita juga. Janganlah kita terpedaya lagi. Insaflah dan kembali ke jalan yang
benar. Allah swt berfirman dalam surah al Maidah ayat 49:
>
>  Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah dan janganlah enkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak
> memesongkan mu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah
kepadamu.
>
>  Berbahagialah Jeslina, Najib, Azalina, Noraini, Sisters in Islam dan
ramai lagi yang telah bersekongkol dalam menggelapkan kebenaran dan
> merendah serta mengaibkan Islam dimata ramai ini. Apakah kita juga turut
berbahagia?
>
>
>
>
> ~Ind�h K�stur�..�
>
> http://indahkasturi.com
>
>
>
>
>
> ---------------------------------
> Do you Yahoo!?
>  Yahoo! Search presents - Jib Jab's 'Second Term'


----------------------------------------------------------------------------
----


No virus found in this incoming message.
Checked by AVG Anti-Virus.
Version: 7.0.300 / Virus Database: 265.8.8 - Release Date: 2/14/2005



-- 
No virus found in this outgoing message.
Checked by AVG Anti-Virus.
Version: 7.0.300 / Virus Database: 265.8.8 - Release Date: 2/14/2005



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
INGIN MENCARI JODOH ? = > http://www.myjodoh.net
atau 
HANYA MERAMAIKAN KENALAN ? => http://www.kenalan.net
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1) Keluar : [EMAIL PROTECTED]
2) Sertai : [EMAIL PROTECTED]
3) Hantar Topik : sila ke http://www.mymasjid.com.my/forum 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke