Ketika aku menghadiri Sembahyang Jumaat di Masjid
Kampung Baru minggu lepas, semasa baru sampai tadi
masih sedikit jemaahnya tapi sekarang sudah mulai
penuh, sambil menunggu khutbah bermula, masjid
memainkan radio keset ayat Al-Quran bacaan qari yang
terkenal.

Mataku mula merasa agak layu, untuk cuba menyegarkan
mata ini, aku cuba melihat sekeliling, sambil menoleh
ke pada pintu masuk Masjid di sebelah kiri, sisi
belakang tempat dudukku, ternampak seorang budak
lelaki berkulit sawa matang yang comel dan gempal,
berkopiah biru gelap dan berbaju merah, dia sedang
memasuki pintu masjid bersama teman-temannya, matanya
meninjau-ninjau kedalam ruang masjid, mungkin sedang
mencari tempat duduknya.

Aku melayangkan mataku kembali kearah anak kecil tadi,
dia masih berdiri di sisi pintu itu, bilal kedengaran
sedang melaungkan azan, sekejap lagi khutbah akan
dibacakan, tiba-tiba mataku kali ini terfokus ke arah
badannya yang gempal, aku terpaku dan menjadi pelik
melihat budak lelaki itu, aku tertarik melihat baju
jersi merah darahnya itu, ada satu tulisan lusuh tapi
masih terang untuk dibaca, ia ditulis dengan tulisan
berwarna putih dengan perkataan.... "CALSBERG"

Fikiranku cuba mengenang kembali satu fakta yang aku
pernah baca dulu. Menurut sebuah kajian bir Carlsberg
yang berasal dari Denmark merupakan salah satu jenama
bir yang paling laris di dunia. Salah sebuah negara
dimana bir ini dikilang dan dijual secara meluas untuk
pasaran Asia Tenggara adalah Malaysia. Malah syarikat
ini disenaraikan di Bursa Malaysia dan diniagakan pada
harga RM10.60 seunit yang meletakkannya di kategori
saham mewah.

Menerusi kilangnya yang terletak di Shah Alam
Carlsberg menghasilkan produk birnya yang jualannya
untuk tahun 2003 sahaja mencecah RM900 juta. Menurut
Pengarah Urusannya sebagaimana dilaporkan di THE STAR
tempoh hari hasil pendapatan dari jualan ini mencecah
RM100 juta setahun iaitu satu pencapaian terbaik yang
tidak dapat ditandingi oleh para pesaingnya yang lain.

Dan kini Calsberg telah berjaya dapat publisiti secara
percuma dan berjaya menyusup masuk di dalam masjid
tempat aku sembahyang secara aku sedar atau tidak.
Begitulah peristiwa Jumaatku minggu lepas.

=====

ImpianaSoft myName� -- The Easiest and Most Powerful Software for Exploring 
Muslim Baby Names -- Library and search engine for exploring and creating 
muslim names and any related information. Get Free Download and latest update 
here: http://www.21stcenturymuslim.com/myname



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
INGIN MENCARI JODOH ? = > http://www.myjodoh.net
atau 
HANYA MERAMAIKAN KENALAN ? => http://www.kenalan.net
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1) Keluar : [EMAIL PROTECTED]
2) Sertai : [EMAIL PROTECTED]
3) Hantar Topik : sila ke http://www.mymasjid.com.my/forum 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke