Maaf, sekadar ingin tahu.

Dalam email sebelumnya ada menyebut, "Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., 
Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat 
bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa"

Pertanyaan: Adakah Maryam yang disebut ini merupakan ibu kepada Nabi Isa? 
Maksudnya Maryam hidup berats-ratus tahun dari zaman nabi Isa ke Nabi Muhammad?

Tolong confirmkan.

 

Sekian. Terima kasih.

asetip



 

-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED]
Sent: 2005-03-21T07:11:46.000Z
To: Mymasjid (E-mail)
Cc:
Subject: [myMasjid.com.my] FW: Keajaiban dunia sempena kelahiran Rasulullah
keajaiban dunia sempena kelahiran Rasulullah

Oleh ANISAH BAHYAH HJ. AHMAD

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah
al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi
utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa
utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks
sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan.
Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya
diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.


2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang
alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui
peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia
yang belum tersingkap.

Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik
kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah,
beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya
ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah
mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya
cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan
malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua
penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur,
pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat
dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah
al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan
menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan
berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan
mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat
menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan
ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan
kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia
untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi
penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.
Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi
darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang
seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari
tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di
Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh
kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh
dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang
menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda
dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya
mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau
mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat,
supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwaya
t
menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil
meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada
semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di
situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah,
tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku
mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang
akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini
dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra
dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya
runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan
tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun
telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan
orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat
mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap
suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa
pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya
iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah
mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak.
Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk
juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas
kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara
susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril
dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci
gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah
itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di
tempatnya.

hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah
melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun
nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan
baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab
terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

- ANISAH BAHYAH HJ. AHMAD, Pensyarah di Kolej Poly-tech MARA, Batu Pahat,
Johor.

apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat
seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga.fikir-fikirkanlah.
*****************************Internet Email Confidentiality Footer 
*****************************

Legal Privilege and Confidentiality
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

This email contains privileged and/or confidential information.  If you are not 
the intended recipient (or responsible for delivery of the message to such 
person) or if you have inadvertently received this email, you should destroy or 
delete this message and notify the sender by reply email accordingly. If you or 
your employer do not consent to using Internet email for messages of this kind 
please advise immediately by sending an email to the sender of this message .  
All opinions, conclusions and other information in this message that do not 
relate to the official business of Zaid Ibrahim and Co shall be understood as 
neither given nor endorsed by Zaid Ibrahim and Co. Our company accepts no 
liability for the content of this email, or for the consequences of any actions 
taken on the basis of the information provided, unless that information is 
subsequently confirmed in writing. 

Caveat
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------WARNING:
 Computer viruses can be transmitted via email, and you should check this email 
and any attachments for the presence of viruses. Zaid Ibrahim and Co accepts no 
liability for any damage caused by any virus transmitted by this email. Our 
employees are expressly required not to make defamatory statements nor infringe 
or authorise any infringement of copyright or any other legal right via any 
communications. Any such communication is contrary to our company policy and 
outside the scope of the employment of said individual. We will not be liable 
for such communication.



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
INGIN MENCARI JODOH ? = > http://www.myjodoh.net
atau 
HANYA MERAMAIKAN KENALAN ? => http://www.kenalan.net
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1) Keluar : [EMAIL PROTECTED]
2) Sertai : [EMAIL PROTECTED]
3) Hantar Topik : sila ke http://www.mymasjid.com.my/forum 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke