Budaya org melayu..!! Jangan permain ayat Quran pada cermin kenderaan..!!!
Pada masa sekarang dapat kita perhatikan semakin ramai orang Islam memasang
tinted film yang tertera ayat-ayat suci al-Quran pada cermin kenderaan
mereka tidak kira pada cermin depan atau belakang. Persoalannya di sini
ialah, adakah amalan ini digalak atau dilarang di sisi Islam ?

Apa yang jelas amalan tersebut buat masa ini nampaknya dipandang remeh dan
menjadi ikutan pemilik kenderaan. Adakah mereka sedar bahawa ayat-ayat suci
al-Quran sepatutnya perlu dihormati, dan tidak dipergunakan
sewenang-wenangnya atau dipasang sesuka hati?Hasil pemerhatian saya
kebelakangan ini mendapati mereka yang berbuat demikian kadang-kadang lupa
dan tidak berfikir bahawa mereka telah mencemarkan kesucian ayat-ayat suci
al-Quran dengan menjadikannya sebagai alat pelindung cahaya atau panas terik
matahari.Nampaknya, ayat-ayat suci al-Quran hanya digunakan untuk tujuan
melindungi diri daripada cahaya panas matahari, tetapi tidak dihayati dan
dipelajari maksudnya.

Ada ayat al-Quran yang dipasang berkeadaan usang, terkoyak, terhakis dan
kotor dimakan hari kerana kenderaan dipandu ke mana sahaja tidak kira waktu
dan cuaca. Pemasangan tinted film tersebut juga kini telah dijadikan alat
untuk mencari keuntungan oleh peniaga yang berkenaan.Lebih menyedihkan lagi,
apabila memerhatikan kenderaan yang mempunyai tinted film dengan ayat-ayat
al-Quran pada cermin kenderaannya, tidak mencerminkan identiti dan akhlak
orang Islam seperti memandu laju dan berbahaya selain tidak mengikut
undang-undang jalan raya.

Ini sudah tentu hanya akan mencemarkan imej Islam di mata masyarakat
sahaja.Saya telah mengambil inisiatif untuk bertanyakan persoalan ini kepada
pegawai di ruangan soal jawab kemusykilan agama yang disediakan oleh pihak
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di laman web www.islam.gov.my
<http://www.islam.gov.my>  dan ini adalah jawapan yang telah diberikan
mengenai amalan tersebut dan ingin saya kongsi bersama para pembaca.

Jawapan tersebut menyebut, ``Ayat suci al-Quran mesti diletakkan di tempat
yang tinggi kedudukannya sebagai penghormatan kepada kalamullah''.Oleh itu
berdosa meletakkan ayat suci di tempat yang tidak sewajarnya seperti di
cermin kenderaan dan seumpamanya. Justeru ia merupakan satu ibadah,
ayat-ayat al-Quran hendaklah dibaca mengikut adab dan diamalkan ajarannya
serta beroleh pahala membacanya, menambah keimanan, menenangkan jiwa dan
hati, menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa dan
seumpamanya.Disebabkan kejahilan masyarakat hari ini dan kurangnya
keprihatinan khususnya kepada orang-orang Islam yang tidak menghayati dan
merealisasikan tuntutan serta membudayakan ayat suci al-Quran ini,maka
dengan sewenang-wenangnya ayat-ayat al-Quran yang tertentu dijadikan bahan
pameran, jualan dan hiasan malahan ada sesetengah orang menjadikan sebagai
azimat atau tangkal untuk melariskan jualan dan sebagainya.

Ayat-al-Quran yang selalu dipamerkan adalah dalam surah al-Baqarah: ayat 41
dan 174, Ali Imran ayat 199, 77, 187 dan at-Taubah ayat 9, al-Isra' ayat
82.Kesimpulannya, ayat al-Quran hendaklah dibaca, dihafaz, dimuliakan
(diagungkan) dan hanya boleh menyentuhnya dalam keadaan berwuduk serta
diamalkan ajarannya sebagaimana Allah s.w.t menyebut dalam firman yang
bermaksud: Al-Quran adalah merupakan pengubatan (hati) kepada manusia dan
membawa rahmat sekalian alam.Saya amat berharap agar perkara ini dapat
diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan supaya ayat-ayat suci
al-Quran, tidak dijadikan bahan untuk mencari keuntungan dan
dipermainkan.Umat Islam juga perlu sedar, adalah penting untuk kita
mempelajari dan menghayati ayat-ayat suci al-Quran, dan mempamerkannya pada
cermin kenderaan sahaja tidak cukup untuk melahirkan umat Islam yang sejati


*****************************Internet Email Confidentiality Footer ***************************** Legal Privilege & Confidentiality --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- This email contains privileged and/or confidential information. If you are not the intended recipient (or responsible for delivery of the message to such person) or if you have inadvertently received this email, you should destroy or delete this message and notify the sender by reply email accordingly. If you or your employer do not consent to using Internet email for messages of this kind please advise immediately by sending an email to the sender of this message . All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of Zaid Ibrahim & Co shall be understood as neither given nor endorsed by Zaid Ibrahim & Co. Our company accepts no liability for the content of this email, or for the consequences of any actions taken on the basis of the information provided, unless that information is subsequently confirmed in writing. Caveat -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------WARNING: Computer viruses can be transmitted via email, and you should check this email and any attachments for the presence of viruses. Zaid Ibrahim & Co accepts no liability for any damage caused by any virus transmitted by this email. Our employees are expressly required not to make defamatory statements nor infringe or authorise any infringement of copyright or any other legal right via any communications. Any such communication is contrary to our company policy and outside the scope of the employment of said individual. We will not be liable for such communication.



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
INGIN MENCARI JODOH ? = > http://www.myjodoh.net
atau
HANYA MERAMAIKAN KENALAN ? => http://www.kenalan.net
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1) Keluar : [EMAIL PROTECTED]
2) Sertai : [EMAIL PROTECTED]
3) Hantar Topik : sila ke http://www.mymasjid.com.my/forum




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke