Dr Badrul Amin raikan hari jadi Deja Moss
Wednesday, 08 August 2007 Oleh Wartawan klpos.com
BEKAS Pensyarah UIAM, Dr Badrul Amin dijemput khas untuk menjadi imam solat
berjemaah di samping membaca surah Yasin ketika hari jadi penyanyi Sharifah
Hadijah Wan Moss atau Deja Moss.
Deja Moss menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 mengadakan majlis
kesyukuran bertempat di Restoran Puteri di Sg. Penchala milik pelakon Rubiah
Suparman dan penerbit filem Habsah Hassan semalam.
Dr Badrul yang juga bekas tahanan ISA itu dijemput khas untuk menyempurnakan
majlis tersebut dengan mengimamkan solat jemaah dan menjadi penghulu sewaktu
bacaan surah Yasin selain memberi tazkirah.
Deja Moss menyerahkan pulut kuning kepada Dr Badrul Amin (Gambar MStar)
Ramai rakan artis, wartawan serta sahabat handai Deja yang hadir untuk
memeriahkan majlis termasuklah Erra Fazira, Sharifah Zarina dan suami, Anuar
Zain, Rem, Nina Juren, Riezman Khuzaimi dan isteri, Ahmad Idham dan isteri.
Penyanyi yang popular dengan lagu Langit ke 7, Sharifah Zarina, turut bersetuju
dengan cara Deja menyambut harijadinya itu.
"Bagus untuk artis. Kita glamour pun, siapa yang jadikan. Jadi, kita perlu
ingat kepada Allah yang murahkan rezeki" katanya yang bakal melahirkan album
baru tidak lama lagi.
Manakala penyanyi, pelakon dan pengasas produk kecantikan Ferra Kosmolook, Erra
Fazira menganggap majlis tersebut adalah suatu petanda yang baik dan lebih
diberkati.
"The other way (Cara lain) sambut hari jadi..."katanya yang baru menyertai
syarikat rakaman SRC minggu ini.
Laporan lanjut boleh dibaca di mstar.com.my.
Join me :
http://groups.yahoo.com/group/ReSpeKs/join
cnw2u
Weblog : http://cnw2u.blogspot.com
http://health.groups.yahoo.com/group/respeks
---------------------------------
Fussy? Opinionated? Impossible to please? Perfect. Join Yahoo!'s user panel
and lay it on us.