salam.

semoga kedatangan bulan haji memberi kita 1001 erti dalam kehidupan.. ku doakan 
moga jemaah haji tahun ni dalam rahmat Allah dan beroleh haji 
mabrur..insyaAllah..doakan moga diri ini dan muslim yang lain dapat kunjung jua 
ke Tanah Suci itu...sesungguhnya tempat itu memang menggamit hati-hati ini 
mengunjunginya...
semoga kita terpilih untuk datang kepadanya...Baitullah (Rumah 
Allah)..insyaAllah...


tanpa kita sedar, dalam kesibukan kita, kita hanya menumpu kepada perayaan 
sebenarnya...'hari raya' =) namun, ingatkah kita bahawa begitu banyak seerah 
tersingkap sewaktu peristiwa haji??

pada musim haji tahun ke10 hijrah, telah dikhabarkan kepada kita 
"Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agama-mu, dan telah Aku 
cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama 
bagimu ...” 
[Al-Maa’idah: 3]
itulah kalimat (firman Allah) yang rasul kita cintai sampaikan kpd para sahabat 
dan jemaah haji semasa haji wida' baginda. 

antara lain semasa baginda berkhutbah; pesanan utk semua umat manusia umat 
baginda:

*Wahai sekalian manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak 
aku katakan, aku tidak mengetahui apakah aku akan dapat bertemu lagi 
dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti 
kata-kataku ini dan sampaikanlah kepada orang yang tidak dapat hadir 
disini pada hari ini.

*Wahai sekalian manusia, sepertimana kamu menganggap bulan 
ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan setiap harta 
orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikanlah harta yang 
diamanahkan keatas kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu 
sakiti sesiapa pun jua agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. 
Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti 
membuat perhitungan atas segala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan 
riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai 
sekarang.

*Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu, 
dan (syaitan) tidak berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam 
perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak 
mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

*Wahai sekalian manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas 
para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya 
mereka menyempurnakan tanggungjawab mereka kepada kamu, maka mereka 
berhak juga diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. 
Layanilah isteri- isteri kamu dengan baik dan berlemah lembutlah 
terhadap mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu 
kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka adalah mereka sama sekali 
tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu, 
dan dilarang melakukan zina.

*Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
 sembahlah ALLAH, dirikanlah solat 5 kali sehari, berpuasalah pada bulan
 ramadhan, tunaikan zakat daripada kejayaan kamu, dan kerjakanlah ibadat
 haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah 
saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tiada seorang 
pun yang lebih mulia daripada yang lain kecuali dengan sebab taqwa dan 
beramal soleh.

*Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari 
untuk dipertanggungjawab atas apa-apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu
 awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran
 selepas ketiadaanku.

*Wahai sekalian manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang 
datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai 
manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku 
sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua 
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,
 nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, Iaitu Al-Quran dan 
Sunnahku.

*Hendaklah orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula 
kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikan kepada orang
 lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka 
yang mendengar terus daripadaku. saksikanlah YA ALLAH bahawasanya telah 
aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMU.
selepas peristiwa haji ini, rasulullah kembali ke madinah dan wafat beberapa 
bulan selepas itu..


27 zulkaedah 1431H, malaysia



Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan 
keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap 
sesuatu. [email protected]  

Kirim email ke