Oleh: blalang
"
Al-Aqsa
Foundation menyeru agar umat Islam bersatu untuk menghentikan
penggalian di bawah komplek Masjid Al-Aqsa yang dilakukan oleh Yahudi
Israel, sambil mengatakan bahawa mereka telah menerima foto-foto terbaru
yang menunjukkan pendudukan zionis Israel telah mempercepatkan dan
semakin mengembangkan penggalian mereka dalam situasi yang belum pernah
terjadi sebelumnya.
Dalam
laporan yang diterbitkan pada hari Khamis lalu (21/10), Al-Aqsa
Foundation menegaskan bahawa penggalian di bawah kompleks Al-Aqsa
merupakan ancaman serius bagi Masjid Al-Aqsa.
Al-Aqsa
Foundation telah menerima dan memeriksa foto-foto yang menunjukkan
semakin luas dan besarnya penggalian yang dilakukan oleh zionis Israel
di bawah kompleks masjid Al-Aqsa dan sekitarnya yang berdekatan
sepanjang ratusan meter.
Ditambah
bahawa foto-foto yang terbaru yang diterima, menunjukkan bahawa ada
rangkaian terowong dan penggalian yang dilakukan oleh pendudukan Israel
di bawah laut berdekatan dengan masjid Al-Aqsa, dan kemungkin ada
dirancang untuk menyambung terowong ini.
Al-Aqsa
Foundation menjelaskan juga bahawa rancangan penggalian tersebut
merangkumi pembangunan pembinaan baru yang akan digunakan sebagai pusat
kegiatan dalam ritual Talmud serta pusat tentera.
Yayasan
tersebut menyatakan juga bahawa dari maklumat yang mereka dapat dari
saksi-saksi penduduk tempatan, pendudukan Israel bekerja siang dan malam
dengan beratus-ratus orang penggali dan pekerja, yang kebanyakan
merupakan pekerja asing dari Asia timur yang sama sekali tidak memahami
Bahasa Ibrani. (Fq / islamtoday)
Posted @ www.isuhangat.net