Sayang, ianya berlaku di San Francisco , Amerika Syarikat, bukannya di Kuala 
Lumpur atau Seremban, Malaysia. Ianya bertujuan untuk mempromosi amalan 
pemakanan sihat dan memerangi gejala obesiti kanak-kanak. Kalau ini dicadangkan 
di Malaysia oleh NGO Islam, pasti ramai yang menentangnya terutama orang Islam 
sendiri.

Tak percaya cuba baca artikel Sedapnya Roti Telur Tahi Ayam pada blog berikut 
http://amkns.blogspot.com/2010/05/sedapnya-roti-telur-tahi-ayam-ni.html 

San Francisco haramkan hadiah percuma di McDonald
UTUSAN MALAYSIA 5 NOV 2010

LOS ANGELES 4 Nov. – San Francisco menjadi bandar raya utama Amerika Syarikat 
(AS) yang pertama meluluskan undang-undang menghentikan amalan popular 
memberikan barangan permainan percuma dengan makanan dari restoran itu, yang 
tidak sihat untuk kanak-kanak.

Lembaga Penyelia San Francisco meluluskan undang-undang itu dengan majoriti 
lapan undi veto menyokong, manakala tiga lagi undi veto membantah.

Undang-undang ini akan berkuat kuasa bermula pada 1 Disember 2011.

Peraturan ini sama seperti yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Santa Clara 
County awal tahun ini yang menetapkan makanan kanak-kanak yang disediakan oleh 
restoran perlu mematuhi piawaian pemakanan sebelum mereka boleh menjualnya 
dengan memberikan barangan permainan percuma.

Antara penentang undang-undang ini ialah Pertubuhan Restoran Kebangsaan dan 
McDonald’s Corp., yang secara meluas terkenal dengan hidangan Happy Meal dan 
merupakan perintis amalan menggunakan permaianan percuma untuk memasarkan 
secara langsung kepada kanak-kanak.

“Kami sangat kecewa dengan keputusan itu. Ini bukanlah yang dimahukan oleh 
pelanggan kami, mahu pun yang diminta oleh mereka,” kata jurucakap McDonald’s, 
Danya Proud dalam satu kenyataan.

“Memberikan barangan permainan dengan makanan kanak-kanak hanyalah sebahagian 
daripada kegembiraan dan pengalaman keluarga di McDonald’s,” katanya.

Undang-undang San Francisco menetapkan hanya makanan kanak-kanak yang kurang 
600 kalori, mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk minuman tanpa 
lemak dan gula berlebihan sahaja dibenarkan menggunakan amalan pemberian 
barangan permainan.

Penyokong peraturan ini berkata, mereka mensasarkan untuk mempromosi amalan 
pemakanan sihat dan memerangi gejala obesiti kanak-kanak. – Reuters

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1105&pub=utusan_malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_08.htm&arc=hive
 



      


------------------------------------

*****************************************************
Waktu Solat Malaysia => http://www.waktusolat.net
Forum  => http://www.mymasjid.net.my/forum/
Majlis Ilmu => http://www.mymasjid.net.my/majlis-ilmu/

Percuma Untuk Orang Bujang http://webblog.myjodoh.net/
Mencari Jodoh Yang Soleh? => http://www.myjodoh.net

*****************************************************

1) Keluar : [email protected]
2) Sertai : [email protected]
3) Hantar Topik : [email protected]
4) Laman web : www.mymasjid.com.my

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke