Mohon laluan moderator untuk sedikit info..^_^

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..

Bismillahirrahmanirrahim..

PENGENALAN

Islamic Propagation Society International (IPSI) merupakan institusi bukan 
kerajaan (NGO) yang bergerak aktif dalam penyebaran agama Islam kepada 
masyarakat yang belum Islam di Malaysia khususnya di Pulau Pinang.

Mesej yang disampaikan oleh IPSI adalah ringkas dan tepat iaitu mengingatkan 
manusia untuk kembali kepada fitrah mereka iatu menyebah Tuahn yang satu iaitu 
Allah SWT.

Pada awalnya,dakwah yang disampaikan oleh IPSI tertumpu di sekitar Masjid 
Kapitan Keling. Berfokuskan kepada para pelancong yang hadir ke masjid 
bersejarah itu, IPSI menyampaikan kebenaran Islam kepada pelancong yang 
kebanyakannya beragama lain.

Sejak 18 tahun, gerakan IPSI semakin stabil dan dengan izinNYA dengan usaha 
kerdil ini, IPSI telah menerima hampir 60 syahadah. Kini, IPSI bukan sahaja 
berdakwah di Masjid Kapitan Keling, bahkan IPSI juga acap kali menganjurkan 
seminar, kuliah, forum dan pameran di
 seluruh Malaysia.


MEMOHON SUMBANGAN DERMA DAN SKIM WAKAF BANGUNAN IPSI
 
Dalam mengembangkan syiar Islam di bumi Allah ini, IPSI setapak lagi ke hadapan 
berusaha untuk mendapatkan sebuah bangunan khas sebagai One Stop Centre untuk 
gerak kerja dakwah IPSI. Sepertimana dalam sirah, pada awal kedatangan Islam, 
rumah Arqam Abi Arqam dijadikan pusat gerakan untuk dakwah Islam di Makkah.
 
Akan menjadi sejarah bagi Islam di Pulau Pinang, apabila kita memiliki sebuah 
bangunan yang bakal memberikan pelbagai kegunaan dan kemudahan serta memberikan 
pelbagai kegunaan dan kemudahan serta perkhidmatan kepada orang awam 
terutamanya non-Muslim.
 
Adapun objektif pembelian bangunan ini seperti berikut:
 
1. Memudahkan gerak kerja dakwah IPSI.
2. Sebagai pusat operasi gerakan dakwah IPSI
3. Pusat pertemuan atau tempat mesyuarat para ahli IPSI
4. Sebagai pusat kegiatan dakwah dan tarbiyyah IPSI
5. Sebagai gedung maklumat kepada orang bukan Islam
6. Menjalankan program penyebaran Islam lebih efektif dan produktif
7. Pusat latihan para dai'e yang berani menyebarkan dakwah kepada yang bukan 
Islam.
 
Bangunan yang akan dibeli akan digunakan sebagai:
1. Pusat penerangan Islam
2. Bilik pengislaman dan bimbingan saudara baru
3. Pejabat pentadbiran dan urusan ahli-ahli pentadbiran
4. Kelas perbandingan agama
5. Kelas umum (tafsir Al-Quran dan hadith)
6. Kelas-kelas latihan dakwah untuk melahirkan kader-kader Islam'
7. Bilik kuliah saudara baru dll.
 
Dalam mencapai hasrat murni ini, kami memerlukan bantuan dan sumbangan derma 
serta penglibatan skim wakaf daripada pihak YB Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan/ 
Saudara/ Saudari bagi memastikan pembelian bangunan ini berjaya.
 
Sumbangan boleh dibuat menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos/Cek atas nama 
Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI).
 
Selain itu, boleh juga disalurkan menerusi:
AKAUN BANK ISLAM: 07025010021464
AKAUN MAYBANK   : 557380300023
 
Untuk urusan berkaitan dan pertanyaan boleh berhubung terus kepada:
1. Brother Kamaruddin Abdullah : 019-4115665
2. Saudari Wan salwati             : 019-5511906
3. Pejabat                                : 04-2274849 (Tel/Faks)
4. Capaian maya                      : Email: [email protected]
                                                   Website: 
http://www.ipsi.com.my
 
 
Mudah-mudahan sumbangan dan bantuan daripada YB Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan/ 
Saudara/ Saudari mendapat nilaian ganjaran yang besar disisiNya. InsyaAllah.
 
Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum ayat 39:

" Dan sesuatu pemberian sedekah yang kamu lakukan dengan tujuan mengharapkan 
keredhaan Allah semata-mata,maka mereka yg melakukannya itulah orang2 yg 
beroleh pahala yang berlipat ganda."
_____________________________________________________________________________________________________________________________ 
 Maklumat Bangunan 
(Gambar boleh rujuk attachment) 
  
Alamat: 197, Jalan Argyll, 10050, Pulau Pinang 
Keluasan: 5549 kaki persegi (4 Tingkat) 
Lokasi: Pusat Bandar, Kawasan Non-Muslim 
Harga Bangunan: RM1.7 Juta 



      

Kirim email ke