Umat Islam & Sambutan Hari Natal: Satu Kupasan
Oleh : Mohamed Sirajudin (Bendahari, IPSI)         [email protected]
 
Bila tibanya penghujung tahun, salah satu soalan yang sering dilontarkan oleh 
mereka yang beragama Kristian kepada penganut Islam ialah seperti berikut:
 
Kalau benar umat Islam beriman kepada Yesus Kristus, mengapa mereka tidak 
berserta bersama dengan penganut Kristian menyambut Hari Natal sepertimana 
mereka memperingati Maulid Nabi?

Bagi kita, ini merupakan satu soalan yang sememangnya menarik dan perlu 
diberikan perhatian yang sewajar. Sebenarnya, ada beberapa sebab mengapa umat 
Islam tidak merayakan Hari Natal seperti yang dilakukan oleh penganut beragama 
Kristian.
 
Pertama sekali, perlu kita faham bahawa Hari Natal atau Krismas tidak ada 
kaitannya dengan Yesus Kristus. Perkara ini mungkin memeranjatkan bagi 
kebanyakkan orang tapi hakikatnya ialah tidak ada sebarang bukti atau dalil 
kukuh dari kitab Perjanjian Baru atau mana-mana buku sejarah yang mengatakan 
bahawa Yesus lahir pada 25 Disember. Cuba kita lihat beberapa pendapat.
 
“It is doubtful that Jesus was truly born on December 25th. Some early church 
fathers believed it to have been December 25th, but the Bible does not say when 
Jesus was born.  The Bible does not even really tell us what season he was 
born.  The early church declared December 25th to be Jesus’ birthday in order 
to replace a pagan Roman holiday.” (John Benza, Power to Change)
 
“The exact date of Christ’s birth is not known” (Encyclopaedia of Early 
Christianity)
 
“Was Jesus born on December 25? There is no evidence for this date. So then, 
who decided that Jesus' birth would be celebrated on that date? The early 
Christian church did not celebrate Jesus' birth. It wasn't until A.D. 440 that 
the church officially proclaimed December 25 as the birth of Christ. This was 
not based on any religious evidence but on a pagan feast. Saturnalia was a 
tradition inherited by the Roman pagans from an earlier Babylonian priesthood. 
December 25 was used as a celebration of the birthday of the sun god. It was 
observed near the winter solstice.”                      

(dari laman web allaboutjesuschrist.org)
 
Kedua, menurut bukti sejarah, tarikh Disember 25 merupakan sambutan hari 
kelahiran dewa matahari di zaman empayar Rom. Bila empayar Rom yang dahulunya 
mengamalkan penyembahan berhala menerima agama Kristian sebagai agama rasmi, 
perayaan hari kelahiran dewa matahari ditukar-ganti dengan menyambut hari 
kelahiran Yesus Kristus sebagai anak Tuhan. Ikuti penjelasan dibawah yang 
dipetik dari buku Jesus Christ, Our Promised Seed:
 
“In 274 A.D., the Romans designated December 25 as the birthday of the 
unconquered sun, being the time when the sun begins noticeably to show an 
increase in light, resulting in longer daylight hours. By 336 A.D., the church 
in Rome was adapting this festival, spiritualizing its significance as a 
reference to Jesus Christ and calling it the ‘Feast of the Nativity of the Sun 
of Righteousness.’ Attempting to Christianize and incorporate the pagan 
traditions of antiquity, the church in Rome adopted this midwinter holiday 
celebrating the birth of the sun god as one of its own observances, somewhat 
changing its significance, but retaining many customs of the pagan festival. As 
the Roman church spread its influence religiously and militarily, this holiday 
of December 25 became the most popular date in Christendom to celebrate the 
birth of Jesus Christ. A special mass was established for Christ, hence, the 
name, ‘Christmass,’ abbreviated
 ‘Christmas.’”
 
“One widespread explanation of the origin of this date is that December 25 was 
the Christianizing of the dies solis invicti nati (‘day of the birth of the 
unconquered sun’), a popular holiday in the Roman Empire that celebrated the 
winter solstice as a symbol of the resurgence of the sun, the casting away of 
winter and the heralding of the rebirth of spring and summer.” (Encylopaedia 
Britannica)
 
Pendek kata, tarikh Disember 25 dan sambutan Krismas bertitik tolak dari 
pemujaan berhala yang jelas berunsur syirik dan sesat. Ia bukan hari kelahiran 
Isa al Masih (as) yang sebenar tapi diwujudkan untuk meraikan kelahiran dewa 
matahari yang disembah oleh masyarakat Rom ketika itu. Oleh kerana Islam 
menegah umatnya dari terlibat dalam perkara-perkara yang mengandungi unsur 
syirik dan batil, maka sewajarnya kita perlu menjauhi diri dari menyertai 
sambutan Hari Natal.
 
Ketiga, menurut gambaran tentang kelahiran Yesus yang diberikan dalam bab 2, 
ayat 8 dalam Injil Lukas, semasa beliau lahir “gembala-gembala yang tinggal di 
padang menjaga kawanan ternak mereka pada waktu malam” (Al Kitab Indonesia 
Terjemahan Baru). Ini membawa maksud bahawa para pengembala kambing berada di 
kawasan padang terbuka pada waktu malam bersama-sama dengan haiwan ternakan 
mereka. 


Kalau peristiwa ini dikatakan berlaku pada penghujung bulan Disember ia adalah 
sesuatu yang tidak masuk akal. Ini kerana bumi Palestin pada setiap bulan 
tersebut mengalami musim sejuk, sepertimana di Eropah. Sudah tentu ia bukannya 
masa yang sesuai untuk menternak haiwan di kawasan terbuka kerana kemungkinan 
besar si pengembala dan haiwan ternakkannya akan mati kesejukan bersama.
 
Jadi, berkemungkinan besar Yesus Kristus lahir lebih awal dari bulan Disember, 
iaitu semasa musim panas yang membolehkan haiwan ternakan dilepaskan untuk 
berkeliaran di kawasan padang terbuka walaupun pada waktu malam. Hanya cuaca 
musim panas yang dapat mengizinkan perkara sedemikian.
 
Keempat, dalam kitab Perjanjian Baru tidak disebut bahawa Yesus Kristus 
menyambut hari lahirnya atau menyuruh para pengikut untuk memperingati tarikh 
kelahiran beliau. Malah tidak ada sebarang rekod yang membuktikan pengikut 
Yesus yang terawal mahupun generasi yang seterusnya merayakan hari kelahiran 
beliau.
 
Dan kelima, tidak ada sebarang nas atau dalil dalam sumber-sumber Islam yang 
mewajibkan atau menyuruh umat Nabi Muhammad (sas) untuk merayakan Hari Natal 
mahupun hari kelahiran mana-mana nabi atau rasul yang diutus oleh Allah s.w.t.
 
Dalam Islam, hanya ada 2 perayaan keagamaan yang mesti disambut, iaitu Hari 
Raya Eid-ul Fitr dan Hari Raya Eid-ul Adha atau Hari Raya Korban. Perayaan 
menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad (sas) merupakan satu bidaah kerana ia 
tidak pernah diajar oleh Nabi (sas) dan tidak disambut oleh para sahabat 
baginda, sepertimana yang dilakukan oleh segelintir umat Islam hari ini. Kalau 
sambutan Maulid Nabi itu merupakan bidaah, apatah lagi menyambut Hari Natal 
yang tidak ada kaitannya dengan kelahiran Isa putera Maryam (as).
 
Maka marilah kita sama-sama menjunjung tinggi sunnah Nabi (sas) dan ajaran 
Islam yang sebenar. Janganlah kita secara membuta tuli berturut serta merayakan 
sesuatu perayaan keagaaman yang telah jelas kesesatan dan kesyirikannya. Perlu 
kita ingat, bila penganut Kristian merayakan Hari Natal mereka bukan sekadar 
memperingati tarikh lahir seorang nabi berketurunan Bani Israel tapi seorang 
manusia yang mereka anggap sebagai Anak Tuhan yang telah turun ke bumi dari 
syurga untuk mati di tiang salib sebagai menebus dosa manusia.
 
Pegangan ini jelas bercanggah dengan akidah suci Islam yang menegaskan bahawa 
Isa al Masih (as ) bukan Tuhan atau Anak Tuhan tapi seorang nabi pilihan dan 
pesuruh Allah yang diutuskan kepada Bani Israel untuk membawa mereka kembali 
kepada syariat Nabi Musa (as) yang sebenar dan mengesakan Allah Yang Tunggal. 


Begitulah antara beberapa sebab mengapa umat Islam tidak menyambut upacara Hari 
Natal dan mengapa mereka perlu memastikan supaya tidak terlibat dalam apa jua 
cara sekali pun. Dan Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Islamic Propagation Society International (IPSI).
CO-33A-GF, Caring Society Complex, 
Jalan Utama, 10460 Georgetown, Penang, Malaysia.
Tel/Fax No. : 604-2274849 
E-mail : [email protected] / [email protected] 
Website : http://www.ipsi.com.my


 
Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan 
keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
 
[email protected]

Kirim email ke