Dari Salim bin Abdillah bin Umar dari ayahnya r.a bahawasanya Rasulullah SAW 
telah memberi sesuatu kepada Umar bin al-Khattab. Maka Umar berkata : 
“Berikanlah kepada orang yang lebih fakir daripada aku.” Nabi bersabda: 
“Ambillah lalu kembangkan atau engkau sedekahkan. Sesuatu yang datang kepada mu 
dari harta ini sedangkan engkau tidak mengharap dan tidak memintanya maka 
ambillah  dan sesuatu yang tidak datang kepada mu maka janganlah engkau ikutkan 
diri mu pada sesuatu itu.”

(Muslim)

Huraian

Masyarakat moden sekarang lebih mudah dan senang bersedekah. Ini bersesuaian 
dengan peredaran masa yang membolehkan kita bersedekah menggunakan potongan 
melalui bank serta yang terbaru bersedekah atau menderma menggunakan sistem 
perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon mudah alih. Al-Quran 
menyebut yang maksudnya: "Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah 
untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya 
dan orang-orang mu’allaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang 
memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk dibelanjakan 
pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan dalam perjalanan). 
(Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang 
datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha 
Bijaksana." (at-Taubah:60). Pada zaman ini tidak hairan jika dikatakan ramai 
manusia sanggup menipu untuk mendapatkan sedekah. Sebaliknya amat menghairankan 
dan jarang-jarang berlaku orang yang menolak sedekah sedangkan keadaan fizikal 
dan hidupnya amat memerlukan. Mereka tidak meminta jauh sekali ingin mendesak 
dalam mendapatkan sesuatu daripada orang lain. Dalam hal ini Islam sesungguhnya 
amat menggalakkan kita agar berusaha sedaya upaya untuk mencari rezeki untuk 
menyara kehidupan dan Islam tidak menggalakkan kita meminta sedekah. Namun 
seandainya sesuatu itu datang tanpa diduga atau diminta ia dianggap sebagai 
pemberian dan rezeki daripada Allah SWT. Terimalah ia dengan penuh kesyukuran 
mudah-mudahan rezeki itu akan bertambah bahkan  membolehkan kita bersedekah 
pula kepada orang lain. Kata orang ‘tangan yang di atas itu lebih baik daripada 
tangan yang di bawah.” Dengan perkataan lain Islam menggalakkan kita bersedekah 
namun Islam tidak sekali-kali menggalakkan kita menjadi orang peminta sedekah.

Subscribe to [email protected]



------------------------------------

*****************************************************
Waktu Solat Malaysia => http://www.waktusolat.net
Forum  => http://www.mymasjid.net.my/forum/
Majlis Ilmu => http://www.mymasjid.net.my/majlis-ilmu/

Percuma Untuk Orang Bujang http://webblog.myjodoh.net/
Mencari Jodoh Yang Soleh? => http://www.myjodoh.net

*****************************************************

1) Keluar : [email protected]
2) Sertai : [email protected]
3) Hantar Topik : [email protected]
4) Laman web : www.mymasjid.com.my

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke