Huzaifah Ibnu Yaman r.a berkata : “Rasulullah SAW menceritakan kepada kami dua 
buah hadis, aku telah melihat salah satunya dan aku menunggu yang satu lagi. 
Nabi menceritakan kepada kami bahawasanya amanah itu turun ke dalam pangkal 
(akar) jiwa  (hati) manusia, kemudian mereka pun mengetahui sebahagian 
al-Quran, sesudah itu mereka mengetahui sebahagian sunah. Dan nabi menceritakan 
kepada kami tentang pencabutan amanah. Sabdanya yang bermaksud : “Seorang 
lelaki tidur lalu dalam keadaan tidur, dicabut amanah dalam hatinya, maka 
tinggal bekas amanah seperti kesan sesuatu warna yang menyalahi warna asal, 
warna yang agak hitam. Kemudian ia tidur lagi lalu dicabut lagi amanah, maka 
tinggallah bekasannya yang merupakan kembung-kembung di tangan lantaran banyak 
bekerja dengan menggunakan kapak seperti bara api yang engkau guling-gulingkan 
di atas kaki mu lalu kembunglah kaki itu dan engkau pun melihatnya sudah 
bengkak dan penuh dengan air, padahal tidak ada apa-apa di dalamnya. Kerana 
manusia berjual beli tetapi hampir-hampir tidak ada seorang pun yang amanah 
lalu seseorang pun berkata” Sesungguhnya dalam golongan bani fulan ada seorang 
yang boleh dipercayai dan dikatakan kepada orang itu : “Alangkah tinggi 
akalnya, alangkah bijak bestarinya dan alangkah hebat ketabahannya. Padahal 
tidak ada di dalam hatinya sedikit pun keimanan walaupun seberat biji sawi. Dan 
sesungguhnya telah datang kepada ku suatu masa (telah berlalu suatu masa). Aku 
yang pada masa itu tidak peduli siapakah di antara kamu aku berjual beli 
dengannya. Demi Allah sungguh jika ia Muslim, nescaya keislamannya akan 
menolaknya kepada ku dan jika ia Nasrani, nescaya pengurus urusannya akan 
kembalikan kepadanya. Sedangkan pada hari ini aku tidak lagi berjual beli 
melainkan dengan si anu dan si anu.”

al-Bukhari ; Muslim

Huraian

Amanah hilang dari hati manusia sedikit demi sedikit. Pada awalnya ia hanya 
meninggalkan titik hitam dan semakin lama titik hitam tersebut menjadi semakin 
jelas hingga menggelapkan hati sekali gus menghilangkan sirnanya. Malah 
dikatakan amanah itu adalah nilai keimanan itu sendiri. Dahulu, jika dalam 
melakukan urusan jual beli seseorang yang Muslim bersifat amanah kerana 
agamanya yang menuntut ia bersifat demikian. Seorang Nasrani pula bersifat 
amanah kerana pengurusnya menyuruh ia bersifat demikian. Namun pada masa kini, 
amanah seakan hilang. Tidak ada sesiapapun yang layak diberi kepercayaan penuh 
sama ada Muslim mahupun kafir. Semua ini disebabkan keimanan manusia yang 
semakin rapuh dan luntur, mudah digoda dan tergoda oleh habuan dunia. Hilang 
amanah hingga sanggup menerima rasuah, menipu dan menyelewengkan harta. Justeru 
sebagai manusia yang beriman hendaklah kita sentiasa memohon kepada Allah SWT 
agar dikekalkan dengan sifat amanah dan mempunyai keimanan yang teguh dan 
mantap.

Subscribe to [email protected]



------------------------------------

*****************************************************
Waktu Solat Malaysia => http://www.waktusolat.net
Forum  => http://www.mymasjid.net.my/forum/
Majlis Ilmu => http://www.mymasjid.net.my/majlis-ilmu/

Percuma Untuk Orang Bujang http://webblog.myjodoh.net/
Mencari Jodoh Yang Soleh? => http://www.myjodoh.net

*****************************************************

1) Keluar : [email protected]
2) Sertai : [email protected]
3) Hantar Topik : [email protected]
4) Laman web : www.mymasjid.com.my

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke