Daripada Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tiada 
jangkitan, tiada sial, tiada jangkitan safar  dan tiada jangkitan hammah 
(binatang berbisa yang membunuh) Seorang Arab Badwi berkata: “Apakah gerangan 
unta yang berada dalam pasir seakan-akan kijang betina lalu dicampuri oleh unta 
lain yang berkurap lalu menyebabkan ia berkurap? Rasulullah SAW bersabda : “ 
Siapakah yang menjangkitkan unta yang pertama?”

al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad

Huraian

Bulan Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam. Di dalam 
bulan ini masih ada sesetengah individu dalam masyarakat Islam yang melakukan 
perkara-perkara bidaah dan khurafat yang nyata bertentangan dengan syariat. 
Contohnya ialah upacara Mandi Safar yang pernah popular suatu ketika dahulu. 
Apabila tiba bulan Safar, mereka yang tinggal berhampiran dengan pantai atau 
sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dan kepercayaan perbuatan 
tersebut boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Selain daripada itu 
kepercayaan orang-orang tua juga tidak menggalakkan majlis perkahwinan diadakan 
dalam bulan Safar ini kerana mereka percaya bahawa kedua-dua pengantin tidak 
akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah 
dengan syariat Islam dan sesiapa yang masih berpegang padanya akan rosak 
akidahnya. Sebenarnya nahas atau bala bencana tidaklah berlaku hanya pada bulan 
Safar sahaja. Kepercayaan karut ini dilarang keras oleh Islam sebagaimana 
firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 51 yang maksudnya: “Katakanlah 
(wahai Muhammad) :“Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan 
apa yang telah ditetapkan Allah kepada kami. Dialah Pelindung yang 
menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah 
hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.”

Subscribe to [email protected]



------------------------------------

*****************************************************
Waktu Solat Malaysia => http://www.waktusolat.net
Forum  => http://www.mymasjid.net.my/forum/
Majlis Ilmu => http://www.mymasjid.net.my/majlis-ilmu/

Percuma Untuk Orang Bujang http://webblog.myjodoh.net/
Mencari Jodoh Yang Soleh? => http://www.myjodoh.net

*****************************************************

1) Keluar : [email protected]
2) Sertai : [email protected]
3) Hantar Topik : [email protected]
4) Laman web : www.mymasjid.com.my

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke