Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda 
yang maksudnya: “ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan 
sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah.”

Riwayat Muslim

Huraian

Rumah adalah sebahagian daripada kesempurnaan nikmat pemberian Allah SWT kepada 
manusia. Rumah menjadi tempat tinggal, tempat berehat dan banyak lagi manfaat 
lain yang boleh diperoleh daripadanya. Itulah yang dikatakan Ibnu Katsir ketika 
mentafsirkan surat An Nahl ayat 80 “Dan Allah menjadikan bagi mu rumah-rumah mu 
sebagai tempat tinggal”. Justeru  mereka yang dikurniakan kemampuan memiliki 
rumah sendiri tidak kira besar mahupun kecil perlu mensyukurinya. Islam 
mengajarkan kita tata cara tertentu dalam mendirikan rumah atau menduduki  
rumah baru iaitu membanyakkan membaca surat Al Baqarah dari ayat pertama 
sehingga ayat terakhir. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Bacalah 
surat al- Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan 
memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah” Surah 
al-Baqarah menceritakan asal usul kejadian manusia, serta asal usul kemurkaan 
Allah kepada syaitan. Hakikat inilah yang melemahkan syaitan apabila kita 
membaca surah tersebut. Ia mendedahkan kelemahan mereka dan kehormatan kita 
yang dilantik oleh Allah SWT sebagai khalifah di dunia. Dengan membacakan surah 
al-Baqarah suasana rumah akan menjadi lebih tenang dan akan dijauhi daripada 
gangguan syaitan. Jangan pula ketika memasuki rumah baru kita membawa masuk 
segala perkara baru yang bercanggah dengan agama  seperti mengamalkan perkara 
khurafat dan ritual-ritual seperti memanggil dukun dan paranormal agar rumah 
terhindar daripada gangguan syaitan atau perkara-perkara ghaib. Semua ini jelas 
merupakan perbuatan syirik dan mengundang kemurkaan Allah! Ketika di rumah sama 
ada rumah baru atau yang sudah lama didiami jangan sekali-kali kita melakukan 
perkara-perkara yang boleh mengundang syaitan untuk masuk dan tinggal di 
dalamnya seperti membawa masuk perkara-perkara haram dan maksiat, menyimpan 
patung berhala dan sebagainya. Mahukah kita mendiami rumah bersama-sama 
syaitan? Ketahuilah bahawa syaitan sekali-kali tidak akan pernah berhenti 
berusaha untuk memasuki rumah orang-orang yang beriman dengan tujuan untuk 
menyesatkannya.

Subscribe to [email protected]



------------------------------------

*****************************************************
Waktu Solat Malaysia => http://www.waktusolat.net
Forum  => http://www.mymasjid.net.my/forum/
Majlis Ilmu => http://www.mymasjid.net.my/majlis-ilmu/

Percuma Untuk Orang Bujang http://webblog.myjodoh.net/
Mencari Jodoh Yang Soleh? => http://www.myjodoh.net

*****************************************************

1) Keluar : [email protected]
2) Sertai : [email protected]
3) Hantar Topik : [email protected]
4) Laman web : www.mymasjid.com.my

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke