Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang 
bermaksud: “  “Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara 
kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu 
sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.”

Riwayat al-Bukhari

Huraian

Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan 
tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat 
menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki 
makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang 
bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya. Apa yang disebutkan di 
dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman 
kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari 
Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza 
Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat 
zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel 
sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan 
mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel 
tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada 
bahagian perut dan ke bawah. Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang 
Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya 
menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. Tahun 
1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama 
Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger 
(German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat 
kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan 
bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung 
kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat 
membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh 
oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang 
mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan 
mikroorganisma istimewa ini. Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan 
oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar 
menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan 
mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa 
badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat 
pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya 
junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Subscribe to [email protected]



------------------------------------

*****************************************************
Waktu Solat Malaysia => http://www.waktusolat.net
Forum  => http://www.mymasjid.net.my/forum/
Majlis Ilmu => http://www.mymasjid.net.my/majlis-ilmu/

Percuma Untuk Orang Bujang http://webblog.myjodoh.net/
Mencari Jodoh Yang Soleh? => http://www.myjodoh.net

*****************************************************

1) Keluar : [email protected]
2) Sertai : [email protected]
3) Hantar Topik : [email protected]
4) Laman web : www.mymasjid.com.my

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke