Dari Abi Hurairah r.a katanya : “Telah bersabda Rasulullah SAW : “ Janganlah 
kamu saling dengki mendengki,  janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah 
kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan 
setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang 
Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai 
dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan 
tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke 
arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia 
merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain 
adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.

Riwayat Muslim

Huraian

Mengharungi kehidupan pada zaman serba moden ini memperlihatkan kepada kita 
akan struktur hidup bermasyarakat Islam hari ini menjadi semakin terlalu 
individualistik. Sesungguhnya sebagai agama “keamanan’, Islam sangat menuntut 
umatnya supaya menghormati sesama manusia. Antara perkara yang harus diberikan 
perhatian ialah seperti menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku pembunuhan 
sesama sendiri, menjaga maruah di dalam masyarakat daripada segala fitnah, 
tuduh-menuduh dan hasad dengki, menjaga keselamatan harta benda dan sebagainya 
daripada kecurian, rompakan pencerobohan dan lain-lain.Sebagai seorang Muslim 
kita mestilah menghormati maruah individu Muslim yang lain kerana setiap 
individu mempunyai hak dan tanggungjawab, seperti hak untuk dihormati oleh 
orang lain dan tanggungjawab untuk menghormati orang lain. Antara sebab mengapa 
puak Yahudi suka melakukan kezaliman terhadap umat Islam adalah dek kerana 
sikap tidak ambil peduli yang berlaku antara sesama umat Islam hari ini. 
Justeru musuh Islam berani bertindak sesuka hati menindas rakyat Palestin serta 
merampas tanah mereka sedangkan Israel pada hakikatnya dikelilingi negara Arab 
yang jumlah rakyatnya jauh lebih ramai daripada mereka. Namun malangnya mereka 
hanya mampu melihat kezaliman rejim Zionis ini tanpa mampu untuk berbuat 
apa-apa. Sebetulnya umat Islam harus hidup sepertimana yang disebut dalam 
pepatah Melayu “cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya”. Dengan perkataan 
lain, jika kita inginkan segala kebaikan untuk diri kita, maka kita juga ingin 
umat Islam lain juga menikmati kebaikan itu.

Subscribe to [email protected]



------------------------------------

*****************************************************
Waktu Solat Malaysia => http://www.waktusolat.net
Forum  => http://www.mymasjid.net.my/forum/
Majlis Ilmu => http://www.mymasjid.net.my/majlis-ilmu/

Percuma Untuk Orang Bujang http://webblog.myjodoh.net/
Mencari Jodoh Yang Soleh? => http://www.myjodoh.net

*****************************************************

1) Keluar : [email protected]
2) Sertai : [email protected]
3) Hantar Topik : [email protected]
4) Laman web : www.mymasjid.com.my

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke