Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa 
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :”Sebaik-baik wanita ialah yang 
menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila 
ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak 
menyukakannya  pada dirinya dan hartanya.”

Riwayat Muslim

Huraian

Seorang isteri melihat kebahagiaan sebagai matlamat unggul dalam kehidupan 
berkeluarga. Ia tidak boleh diukur tetapi dapat dirasai. Rasulullah SAW 
meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagiaan seseorang suami. 
Dengan perkataan lain isteri yang solehah akan menjadikan sesebuah rumah itu 
ibarat syurga yang menenangkan hati sesiapa sahaja yang bernaung padanya. Allah 
berfirman dalam al-Quran mengenai sifat-sifat seorang isteri yang solehah yang 
rmaksudnya: "Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat 
(kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa 
jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan 
pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya."(Surah an-Nisaa' ayat 34). Jika dilihat 
pada zaman sekarang, ramai isteri-isteri yang tidak lagi menghormati suami 
mereka bahkan cuba untuk berdiri sama tinggi dengan si suami. Akibatnya 
kerukunan rumah tangga terancam. Kes isteri yang meminta cerai daripada si 
suami bukan lagi perkara luar biasa. Pendek kata keharmonian rumah tangga 
semakin lama semakin goyah. Kasih sayang antara satu sama lain semakin tipis. 
Seharusnya seorang isteri mahupun suami harus sedar kedudukan dan tugas sebenar 
masing-masing dalam rumah tangga. Kenapa isteri ataupun suami gagal menjadikan 
pasangan mereka sangat mencintai diri mereka adalah persoalan yang mesti 
dijawab oleh empunya diri masing-masing. Mudah-mudahan jalan penyelesaian pada 
masalah yang mengancam keamanan rumah tangga pada hari ini dapat 
dijawab.(Sumber: Himpunan Hadis-hadis Sahih/ Sahih al-Jami’ as-Saghir 3299, 
Silsilatul-Ahadith as-Sahihati 1838)

Subscribe to [email protected]



------------------------------------

*****************************************************
Waktu Solat Malaysia => http://www.waktusolat.net
Forum  => http://www.mymasjid.net.my/forum/
Majlis Ilmu => http://www.mymasjid.net.my/majlis-ilmu/

Percuma Untuk Orang Bujang http://webblog.myjodoh.net/
Mencari Jodoh Yang Soleh? => http://www.myjodoh.net

*****************************************************

1) Keluar : [email protected]
2) Sertai : [email protected]
3) Hantar Topik : [email protected]
4) Laman web : www.mymasjid.com.my

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke