Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Dua 
ayat dari akhir surah al-Baqarah, sesiapa yang membacanya maka cukuplah baginya 
daripada mengadakan qiamullail (atau kedua-duanya akan menjaganya dari segala 
kejahatan dan perkara-perkara yang tidak disukai.) ”

al-Bukhari dan Muslim

Huraian

Dalam musnad Imam Ahmad, juzuk ke empat, halaman 156 disebut mahfum hadis, 
"Sesiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara 
syirik.” Agama Islam amat melarang penggunaan tangkal meskipun tangkal tersebut 
menggunakan ayat-ayat al-Quran. Mengapa? Kerana untuk mengelak atau menjaga 
kesucian ayat al-Quran daripada terbawa ke tempat yang kotor seperti ke dalam 
tandas dan sebagainya selain untuk membulatkan keyakinan dan keimanan kita 
bahawa Allah SWT bersifat Maha Pelindung kepada manusia daripada segala mara 
bahaya dan malapetaka. Justeru adalah lebih baik untuk kita sebenarnya 
menghafal ayat-ayat al-Quran atau beramal dengan ayat-ayat al-Quran serta 
doa-doa khusus untuk memohon daripada Allah dan menghindari daripada apa yang 
tidak diingini. Jangan sesekali kita terjebak dengan amalan khurafat, termasuk 
percaya kepada bomoh yang kononnya dapat membantu menghalau jin dan syaitan 
yang kebiasaannya mereka memuja mengamalkan  perkara khurafat dan syirik kepada 
ALLAH sedangkan sebesar-besar dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT 
adalah dosa syirik. Perlu juga diingat bahawa tujuan al-Quran diturunkan bukan 
semata-mata untuk dijadikan azimat atau hanya disimpan untuk perhiasan di rumah 
sahaja, tetapi al-Quran diturunkan untuk dibaca, difahami, dikaji, dipelajari, 
diambil iktibar dan dijadikan pedoman serta diamalkan dalam kehidupan kita 
seharian. Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit. Allah SWT berfirman 
dalam Surah Yunus ayat 57, maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah 
datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan 
yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu 
dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi 
orang-orang yang beriman".

Subscribe to [email protected]



------------------------------------

*****************************************************
Waktu Solat Malaysia => http://www.waktusolat.net
Forum  => http://www.mymasjid.net.my/forum/
Majlis Ilmu => http://www.mymasjid.net.my/majlis-ilmu/

Percuma Untuk Orang Bujang http://webblog.myjodoh.net/
Mencari Jodoh Yang Soleh? => http://www.myjodoh.net

*****************************************************

1) Keluar : [email protected]
2) Sertai : [email protected]
3) Hantar Topik : [email protected]
4) Laman web : www.mymasjid.com.my

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke